Blog ini dibangunkan pada 28 Nov 2009 iaitu hari yang sama diadakan Perhimpunan Perdana Keluarga Haji Salleh
Blog iko dibuek pado 28 Nov 2009 iaitu ari nan samo diadokan Parimpunan Pardano Kaluargo Haji Salleh

MAKLUMAT TERKINI

Warna hijau adalah dalam bahaso urang awak. Kok salah arok dapek dimaafkan


01/01/2011 - 1.00 pg
Selamat Menyambut tahun baru 2011. Semoga tahun baru ini lebih mendekatkan lagi tali silaturrahmi antara kita anak cucu cicit piut Haji Salleh.




Arkib MAKLUMAT TERKINI di sini
 
Jom sembang-sembang di sini. Nak komen ke, nak bagi cadangan ke, nak kutuk ke, semua boleh demi kebaikan bersama. Tolong bagi tau cucu cicit piut Haji Salleh yang lain-lain tu..
Molah sembang siko. Nak komen ko, nak bagi cadangan ko, nak kutuak ko, kasado buliah dami kabaikan basamo. Toloang bagi tau cucu cicik piuik Haji Salleh nan lain-lain tu..

21 Disember 2010

NIKMAT AKAL





Di antara nikmat Allah s.w.t yang terbesar telah diberikan kepada hambanya adalah nikmat akal. Kerana nilai seseorang didunia  ini dimata orang lain bergantung pada akal yang dimilikinya. Jika ia mempunyai akal yang baik,cerdas dan sempurna,maka nilainya semakin tinggi. Namun jika ia mempunyai akal yang lemah,maka nilai dirinya pun lemah juga. Seseorang menjadi mulia tidak lain kerana mempunyai akal yang kuat dan sihat dan seseorang menjadi hina dan pandir kerana akal yang dimilikinya lemah.

Jika anda mahu mengamati dengan baik, maka anda akan mampu menilai sama ada seseorang mempunyai akal yang kuat atau sebaliknya mempunyai akal yang lemah. Perkataan yang tidak kena pada tempatnya menunjukkan akal yang lemah.Perkataan yang buruk dan kotor,tidak mempunyai rasa malu,merupakan tanda lemahnya akal.Sikap tergesa-gesa ,tidak memikirkan  dan mempertimbangkan akibat yang akan terjadi juga merupakan salah satu tanda lemahnya akal. Adapun tanda-tanda yang lainnya anda dapat mengqiaskannya dengan contoh:
”Dan kamu benar-benar akan mengenali mereka dari kiasan-kiasan perkataan mereka.” (Surah Muhammad ayat 30)

Bersikap tenang dan penuh percaya diri  di dalam suatu majlis,jawapan yang baik dan tepat.mampu memilih kata-kata yang sesuai dan baik, mampu mengambil langkah yang tepat dan sesuai dengan keadaan yang ada,mampu dengan baik menguasai suasana,tidak tergesa-gesa dalam segala hal dan mempertimbangkan berbagai akibat yang mungkin terjadi,semua ini merupakan tanda tanda akal yang kuat dan sempurna.
Akal boleh menjadi kuat dan baik dengan berbagai pengalaman yang di lalui,dengan mempelajari sejarah menuntut ilmu dan mendidik jiwa dengan baik.Sesuatu yang paling baik bagi seseorang yang mempunyai akal yang lemah ialah diam, akan tetapi diam sebenarnya juga perlu kepada akal fikiran. Kalau begini bererti kita kembali kepada sesuatu dimana kita bermula.

09 Disember 2010

Perkahwinan Mohammad Aizad dan Mardiana


ACHS menerima seorang lagi ahli baru. Kali ini dari generasi ke-5.

Anak lelaki kepada pasangan Haji Mohammad Bokhari bin Shariff dan Hajah Salmiah binti Alias, iaitu Mohammad Aizad telah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya Mardiana binti Ahsmad Zabidin pada 5 Disember 2010 di Kuala Kangsar, Perak.

Msjlis kenduri disebelah pihak lelaki akan diadakan pada 11 Disember 2010 nanti di rumah mereka di Shah Alam, Selangor nanti.

Kepada seluruh sanak saudara yang telah dijemput diharap dapat meluangkan masa untuk memeriahkan majlis itu nanti.

Kepada kedua-dua mempelai, Kami mendoakan kalian bahagia dan bergembira selalu didalam Rahmatallil alamin.

07 Disember 2010

Majlis Perkahwinan Muhammad Zakir & Nabila Hani



Muhammad Zakir bin Haji Ahmad Najib dan Nabila Hani bt Haji Mohd Noor telah selamat diijabkabulkan pada 4 Disember 2010 lalu di kediaman pengantin perempuan di Ipoh, Perak. Kini mereka sudah sah menjadi suami isteri. Majlis persandingan mereka diadakan di Dewan KEMAS Gopeng pada 5 Disember 2010 dalam suasana gilang gemilang.

Majlis perkahwinan sebelah pihak lelaki pula akan diadakan pada 11 Disember di Taman Mulia, Alor Setar, Kedah. Kepada sanak saudara yang telah dijemput, diharap dapat meluangkan masa dan memeriahkan majlis di rumah Tuan Haji Ahmad Najib bin Datuk Haji Hussain dan Puan Hajah Fathillah bt Ahmad Nasuruddin.

Keluarga Anak Cucu Haji Salleh dengan besar hati menyambut kehadiran Nabila Hani sebagai anggota keluarga besar ini. Semoga kedua mempelai akan berbahagia melayari kehidupan rumahtangga mereka sehingga ke akhir hayat. Amin.