Di antara nikmat Allah s.w.t yang terbesar telah diberikan kepada hambanya adalah nikmat akal. Kerana nilai seseorang didunia ini dimata orang lain bergantung pada akal yang dimilikinya. Jika ia mempunyai akal yang baik,cerdas dan sempurna,maka nilainya semakin tinggi. Namun jika ia mempunyai akal yang lemah,maka nilai dirinya pun lemah juga. Seseorang menjadi mulia tidak lain kerana mempunyai akal yang kuat dan sihat dan seseorang menjadi hina dan pandir kerana akal yang dimilikinya lemah.
Jika anda mahu mengamati dengan baik, maka anda akan mampu menilai sama ada seseorang mempunyai akal yang kuat atau sebaliknya mempunyai akal yang lemah. Perkataan yang tidak kena pada tempatnya menunjukkan akal yang lemah.Perkataan yang buruk dan kotor,tidak mempunyai rasa malu,merupakan tanda lemahnya akal.Sikap tergesa-gesa ,tidak memikirkan dan mempertimbangkan akibat yang akan terjadi juga merupakan salah satu tanda lemahnya akal. Adapun tanda-tanda yang lainnya anda dapat mengqiaskannya dengan contoh:
”Dan kamu benar-benar akan mengenali mereka dari kiasan-kiasan perkataan mereka.” (Surah Muhammad ayat 30)
Bersikap tenang dan penuh percaya diri di dalam suatu majlis,jawapan yang baik dan tepat.mampu memilih kata-kata yang sesuai dan baik, mampu mengambil langkah yang tepat dan sesuai dengan keadaan yang ada,mampu dengan baik menguasai suasana,tidak tergesa-gesa dalam segala hal dan mempertimbangkan berbagai akibat yang mungkin terjadi,semua ini merupakan tanda tanda akal yang kuat dan sempurna.
Akal boleh menjadi kuat dan baik dengan berbagai pengalaman yang di lalui,dengan mempelajari sejarah menuntut ilmu dan mendidik jiwa dengan baik.Sesuatu yang paling baik bagi seseorang yang mempunyai akal yang lemah ialah diam, akan tetapi diam sebenarnya juga perlu kepada akal fikiran. Kalau begini bererti kita kembali kepada sesuatu dimana kita bermula.
0 comments:
Catat Ulasan