Dalam lawatan ke Jakarta/Bandung, Pak Anjang sempat bertemu sanak saudara kita di Jakarta, Nusyah Rizal bin Syarifuddin bin Abd Hamid bin Haji Salleh bin Khatib. Pertemuan itu berlaku di Hotel Triniti Jakarta pada 20/12/2009 jam 10.30 malam.
Pak Anjang dan Mak Anjang cuma dapat bertemu Rizal sahaja, kerana pada waktu itu anak-anaknya sudah nyenyak tidur. Dalam pertemuan itu banyak yang kami bualkan, dari hal-hal famili hingga kepada hal-hal negara dan profesyen.
Antara yang dibualkan itu ialah tentang asal usul Haji Salleh Khatib. Rizal bertanyakan samada Panglima Khatib yang makamnya terletak berhampiran Bangkinang di jalan Bangkinang - Pekan Baru itu orang yang dimaksudkan bapa kepada Haji Salleh.
Dari cerita yang Pak Anjang dengar, Dato' Afifuddin dan Dato' Arfanuddin pernah ke Bangkinang dan membawa menziarahi pusara/makam Panglima Khatib. Pernah juga Dato' Afifuddin beritahu, semasa beliau menjadi Timbalan Menteri Kewangan satu ketika dahulu, beliau pernah mendapatkan dana dari Kerajaan Malauysia untuk membantu memulihara makam Panglima Khatib.
Haji Salleh adalah keturunan Tok Tabano yang terkenal dengan kegagahannya melawan penjajah Belanda di Kampar. Nama Jalan Tok Tabano diabadikan di sebatang jalan di pasar Bangkinang. Dari bacaan dan cerita-cerita yang Rizal dengar, tidak ada terdapat kaitan antara Panglima Khatib dan Tok Tabano, mungkin disebabkan tiada bukti dan cerita yang sahih.
Diandaikan, setelah Tok Tabano mati dibunuh oleh soldadu Belanda., Panglima Khatib, yang pusaranya terletak di Bangkinang itu adalah anak kepada Tok Tabano. Keberanian Tok Tabano dituruti oleh Panglima Khatib dan juga Haji Salleh. Oleh itu satu usaha untuk menemukan bukti-bukti bahawa Panglima Khatib itu adalah anak kepada Tok Tabano dan bapa kepada Haji Salleh perlu dicari.
Nusyah Rizal berkata, sekarang ini setiap propinsi (wilayah) di Sumatera itu mempunyai ikon-ikon mereka tersendiri yang terdiri dari pahlawan-pahlawan masa lalu yang berlawan dengan penjajah Belanda. Kacamatan Kampar masih belum ada ikon mereka.
Oleh itu kita menganggap ini satu peluang untuk kita perkenalkan yang kita adalah cucu cicit Tok Tabano dan Panglima Khatib kerana tiada pihak yang menuntut pusara Panglima Khatib. Saya harap Dato' Afifuddin ada penjelasan ini.
Antara yang dicadangkan oleh Nusyah Rizal ialah keturunan Haji Salleh Khatib menubuhkan satu yayasan sosial untuk menghubungkan keluarga kita dengan Bupati Kampar. Bupati adalah penguasa Wilayah Kampar. Apabila kita sudah ada yayasan yang sah, maka dengan mudah kita dapat menghubungi pihak Bupati Kampar dan seterusnya membongkarkan sejarah-sejarah Tok Tabano dan Panglima Khatib, yang mana kita adalah warisan mereka yang masih hidup.
Di samping itu juga dapat memberi satu pendedahan kepada pihak Bupati Kampar bahawa Tok Tabano adalah ikon kepada Kacamatan Kampar. Apa yang kita perlukan sekarang ialah bukti yang jelas dan diterima oleh semua pihak. Saya rasa usaha kita masih belum terlambat.
Hampir jam 1.00 pagi barulah pertemuan ini berakhir.Pak Anjang harap Nusyah Rizal dapat hantar kiriman yang lebih terperinci dari perbincangan kita tempoh hari.
Nizar.
Tetrus - New Advanced Tetris Online Game
-
If you are a fan of Tetris, there is a new and incredibly more advanced
version of the game called Tetrus. Tetrus is my favorite version because it
is s...
5 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan