Blog ini dibangunkan pada 28 Nov 2009 iaitu hari yang sama diadakan Perhimpunan Perdana Keluarga Haji Salleh
Blog iko dibuek pado 28 Nov 2009 iaitu ari nan samo diadokan Parimpunan Pardano Kaluargo Haji Salleh

MAKLUMAT TERKINI

Warna hijau adalah dalam bahaso urang awak. Kok salah arok dapek dimaafkan


01/01/2011 - 1.00 pg
Selamat Menyambut tahun baru 2011. Semoga tahun baru ini lebih mendekatkan lagi tali silaturrahmi antara kita anak cucu cicit piut Haji Salleh.




Arkib MAKLUMAT TERKINI di sini
 
Jom sembang-sembang di sini. Nak komen ke, nak bagi cadangan ke, nak kutuk ke, semua boleh demi kebaikan bersama. Tolong bagi tau cucu cicit piut Haji Salleh yang lain-lain tu..
Molah sembang siko. Nak komen ko, nak bagi cadangan ko, nak kutuak ko, kasado buliah dami kabaikan basamo. Toloang bagi tau cucu cicik piuik Haji Salleh nan lain-lain tu..

15 Disember 2009

JEMPUTAN KE BLOG http://anakcucuhajisalleh.blogspot.com


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Mula-mula kami perkenalkan diri dulu. Kami Ahmad Nizar bin Haji Abd Hamid bin Haji Salleh bin Haji Khatib. Kami telah membangunkan sebuah blog di http://anakcucuhajisalleh.blogspot.com di mana blog ini adalah permulaan kepada mengeratkan silaturrahim antara kita kaum keluarga dan sanak saudara dari keturunan Haji Salleh bin Haji Khatib.

Tujuan blog ini juga untuk menghubungkan kita semua dalam dunia internet. Yang jauh dapat didekatkan. Di samping itu juga kita dapat berkenal-kenalan dan mengenal setiap ahli keluarga Haji Salleh.

Antara ciri-ciri yang telah dipasangkan di blog itu ialah

1. Gambar beramai-ramai yang diambil semasa Majlis Himpunan Keluarga Haji Salleh pada 28-11-2009 yang lalu di Langgar.

2. Gambar candid semasa majlis tersebut

3. Carta Salasilah Keluarga kita yang besar ini

4. Tayangan slaid

5. Ruangan sembang-sembang

6. Borang e-Maklumat

7. Kenali Keluarga Kita

dan banyak lagi.

Oleh itu kami dengan besar hati menjemput saudara/saudari menjenguk blog yang seadanya itu. Coretkanlah sepatah dua kata sebagai permulaan bicara dengan keluarga kita yang besar ini.

Untuk borang e-Maklumat pula, ianya hendaklah diisi oleh setiap ahli keluarga, anak-anak termasuk juga menantu. Jika mereka tiada kelapangan atau uzur atau masih kecil, maka sudilah kiranya ada ahli yang sanggup membantu untuk mengisi borang tersebut bagi pihak mereka. Maklumat ini sangat-sangat diperlukan.

Carta Salasilah boleh dimuat turun. Gambar-gambar yang ada di blog ini juga dibenarkan untuk dimuat turun.

Seperkara lagi, kami sentiasa menanti apa juga laporan daripada saudara/saudari semua mengenai peristiwa-peristiwa semasa yang telah dan akan dilakukan. Contohnya: majlis perkahwinan, majlis khatan, majlis kesyukuran dan sebagainya sama ada berita gembira atau pun berita sedih. Lebih menarik lagi jika laporang itu disertakan dengan gambar-gambar sekali.

Sila emailkan kepada kami anizar256@gmail.com laporan atau berita-berita tersebut supaya dapat dimasukkan ke dalam blog ini dengan kadar yang segera. Tujuannya untuk memberi makluman kepada semua ahli keluarga kita. Idea, komen dan maklumbalas dari saudara/saudari semua amatlah diharapkan supaya blog ini dapat memenuhi citarasa semua.

Sekian.

Jangan lupa klik pautan ini http://anakcucuhajisalleh.blogspot.com

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Yang benar

Nizar



0 comments:

Catat Ulasan