Blog ini dibangunkan pada 28 Nov 2009 iaitu hari yang sama diadakan Perhimpunan Perdana Keluarga Haji Salleh
Blog iko dibuek pado 28 Nov 2009 iaitu ari nan samo diadokan Parimpunan Pardano Kaluargo Haji Salleh

MAKLUMAT TERKINI

Warna hijau adalah dalam bahaso urang awak. Kok salah arok dapek dimaafkan


01/01/2011 - 1.00 pg
Selamat Menyambut tahun baru 2011. Semoga tahun baru ini lebih mendekatkan lagi tali silaturrahmi antara kita anak cucu cicit piut Haji Salleh.




Arkib MAKLUMAT TERKINI di sini
 
Jom sembang-sembang di sini. Nak komen ke, nak bagi cadangan ke, nak kutuk ke, semua boleh demi kebaikan bersama. Tolong bagi tau cucu cicit piut Haji Salleh yang lain-lain tu..
Molah sembang siko. Nak komen ko, nak bagi cadangan ko, nak kutuak ko, kasado buliah dami kabaikan basamo. Toloang bagi tau cucu cicik piuik Haji Salleh nan lain-lain tu..
Memaparkan catatan dengan label Artikel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artikel. Papar semua catatan

25 Januari 2010

Tarikh Terima Gaji 2010



JADUAL PEMBAYARAN GAJI
KAKITANGAN AWAM KERAJAAN
MALAYSIA TAHUN 2010



BULAN
TARIKH GAJI
SELA
(hari)
Januari
25-01-2010
39
Februari
08-02-2010
14
Mac
25-03-2010
45
April
22-04-2010
28
Mei
24-05-2010
32
Jun
24-06-2010
31
Julai
22-07-2010
28
Ogos
25-08-2010
34
September
23-09-2010
29
Oktober
25-10-2010
32
November
10-11-2010
16
Disember
20-12-2010
40

17 Januari 2010

Hari Keputeraan Sultan Kedah



Hari ini ialah hari kelepasan am bagi seluruh Negeri Kedah Darul Aman kerana menyambut keputeraan DYMM Sultan Kedah yang ke-82. Baginda adalah sultan yang ke-28 dalam Pemerintahan Beraja Negeri Kedah Darul Aman.

Inilah serba ringkas mengenai Sultan Kedah

Tarikh Keputeraan
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan telah diputerakan pada 28hb. November 1927. Mula-mula Baginda menuntut di Sekolah Melayu Titi Gajah kemudiannya di Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar hingga 1948.

Pendidikan
DYMM Tuanku Sultan pernah bersemayam di asrama Maktab Sultan Abdul Hamid di Alor Setar bersama-sama dengan murid-murid lain. Semasa Duli Tuanku bersekolah di sini, baginda telah bercampur dengan murid-murid dari semua lapisan. Guru-guru dan rakan-rakan sekolah baginda masih ingat dengan bangganya atas sifat baginda yang bertolak-ansur dengan rakan-rakan, dan tidak pernah membesarkan diri walaupun baginda ketika itu adalah seorang bakal Raja Negeri Kedah Darulaman. Pada tahun 1949 Baginda telah berangkat ke England untuk melanjutkan pelajaran.

Setelah mengikuti satu kursus persiapan yang singkat, baginda telah diterima masuk ke Maktab Wadham pada awal tahun 1952. Di maktab inilah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah mempelajari Sains Kemasyarakatan dan Pentadbiran Awam. Setelah tarnat kursus ini, DYMM Tuanku telah berangkat ke tanahair dan terus berkhidmat di Pejabat Daerah Kota Setar dan kemudiannya di Pejabat Perbendaharaan. Ketika di England pad a 6hb. Ogos tahun 1949, baginda telah dilantik sebagai Raja Muda Kedah. Pada 9hb. Mac 1957 pula DYMM Tuanku telah dilantik menjadi Pemangku Sultan Kedah. Ini ialah kerana pada 12hb. Mac hingga 3hb. Julai 1957, Almarhum DYMM Sultan Badlishah berangkat keluar negeri.Setelah mengikuti satu kursus persiapan yang singkat, baginda telah diterima masuk ke Maktab Wadham pada awal tahun 1952. Di maktab inilah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah mempelajari Sains Kemasyarakatan dan Pentadbiran Awam.

Perkhidmatan
Setelah tamat kursus di Maktab Wadham, DYMM Tuanku telah berangkat ke tanahair dan terus berkhidmat di Pejabat Daerah Kota Setar dan kemudiannya di Pejabat Perbendaharaan. Ketika di England pada 6hb. Ogos tahun 1949, baginda telah dilantik sebagai Raja Muda Kedah. Pada 9hb. Mac 1957 pula DYMM Tuanku telah dilantik menjadi Pemangku Sultan Kedah. Ini ialah kerana pada 12hb. Mac hingga 3hb. Julai 1957, Almarhum DYMM Sultan Badlishah berangkat keluar negeri.

Pertabalan Sebagai Sultan Negeri Kedah Darul Aman
DYMM Tuanku telah naik takhta kerajaan Negeri Kedah Darul Aman pada 14hb. Julai 1958 apabila ayahanda Baginda, Almarhum DYMM Tuanku Badlishah mangkat. Pada 20hb. Februari 1959 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah ditabalkan sebagai Sultan Negeri Kedah Darul Aman dalam satu istiadat gilang-gemilang yang meliputi keseluruhan Negeri Kedah.

Hobi
Antara kegemaran baginda, selain dari bermain golf, tennis, billiard dan fotografi adalah melancong. Dan baginda telah berangkat ke Eropah pada tahun 1950 dan 1954, dan telah juga mengelilingi dunia pada tahun 1963. Dalam masa pemerintahan, DYMM Tuanku banyak membuat lawatan ke tempat-tempat di luar bandar demi untuk mendapat 'First Hand Information' berkenaan keadaan rakyat jelata baginda. Baginda sentiasa berkenan bertitahmesra dengan rakyat ketika berangkat ke tenipat- tempat ini. Dengan ertikata yang lain baginda Tuanku bolehlah disifatkan sebagai "Sultan Berjiwa Rakyat". Seorang Sultan yang dikasihi dan disegani rakyat.

Sumber: http://kdymmtuankusultan.kedah.gov.my/index.php

16 Januari 2010

Gerhana Matahari Jumaat 15/01/2010


Tengah hari tadi saya pergi ke masjid. Sebelum masuk waktu tok imam ada membuat pengumuman, katanya petang ini akan terjadi gerhana matahari mulai jam 3 petang hingga 5.45 petang. Dia ajak semua ahli qariah datang ke masjid untuk sembahyang solat gerhana.

Tongah ari cako denai pai ka musajik. Sebelum masuak wakatu tok imam ado mambuek pengumuman, katonyo patang iko ka terjadi garhano matoari mulai jam 3 patang inggo 5 45 patang. Inyo ajak kasado ahli qariah poi ka musajik untuak sambahyang solat garhano.





15 Januari 2010

KERAHAN TENAGA


Dari laman Toek Life

salam..
Hari raya kedua aidil adha
family besar ya aku punyai..akan membuat satu perjumpaan..
"PERHIMPUNAN KELUARGA HJ SALEH"
HJ Salleh neh moyang aku..
perjumpaan ini diadakan di rumah atok aku..iaitu HJ Hussain B HJ Salleh
yg terletak di Makam Diraja Langgar.. (Pondok Hj Hussain)

setelah atuk aku meninggal..
tok aku pon pndah..
dia pindah kat kawasan perumahan..dekat la dengan umah aku..
so, rumah tuh ditinggal kan kepada mak cik aku..(kakak ayah aku tp mak lain..)
p/s atuk aku kawin 3..
hehe

semua org panggil kat makcik aku neh Cik Not..dia neh dh tua..
so..umah atok aku neh..tak terurus la..dh lama ditinggal kan..
lebih dr 10 tahun...lama tuh..
kalo tok aku balik tgk..kompom..mesti dia sedey..umah dia mcm tongkang pecah..hahah..

ada upah org indon utk kemas umah tuh..tp depa mcm x buat kerja jah..
kotar mcm tuh jgk..(hampa)
so, apa lagi..abg aku, adk aku..ngan semua sepupu2 aku.,kena kerahan tenaga laaa...
mcm zaman jepun..( kena paksa)
tapi kami ikhlas,,hahaha..
nk baut perjumaan keluarga punya pasal...
kena la buat..
x kn nk biar buruk..
dianggarkn..haji salleh mempunyai anak,cucu,cicit, dn menantu seramai 30o org ..banyk tuh..
aku pon x kenal sapa..
hahahahaha...

penat sgt2 kami semua mengemas rumah tuh..hahaha..
rumah neh besaq..2 tinggkat..siap smbong ngan surau lg..

13 Januari 2010

Statistik Ahli Keluarga Haji Salleh bin Khatib


08057853593207813065.png

Klik imej untuk paparan lebih besar dan jelas

09 Januari 2010

Cara-cara membuat mee 'Pak Hashim'


Cara-cara membuat mee 'Pak Hashim'

Kira-kira jam 4.30 pg tadi, telefon Pak Anjang berdering. Mak Ngah Kia dari Kuala Lumpur call. Bila terbangun, dah miss call dah 3 kali rupa-rupanya. Pak Anjang tengok ada nombor, tak ada nama pon. Lepas tu pulak ada mesej. Bila baca baru tau yang Mak Ngah Kia call. Dia minta Pak Anjang jemput dia di Shahab Perdana, stesyen bas ekspres di Bandaraya Alor Setar ni.


So Pak Anjang call dia balik. Nasib baik dia 'on the way', belum sampai lagi di Alor Setar. Jam 6.15 dia bagitau dah sampai. Pak Njang minta dia solat subuh di surau stesyen bas itu.

05 Januari 2010

Ilmu Tadika


Artikel ini dikutip dari laman Mak Teh kerana saya dapati ianya ada kena mengena dengan saudara mara kita.Saya harap pemilik artikel ini berikan kebenaran untuk disiarkan di sini. Jika ada bantahan sila kemukakan.


Assalamualaikum !

Mak teh nak menceritakan kisah ini supaya kita dapat berfikir dan berhibur dengannya. Kisah ini berlaku kira-kira 30 tahun yang lalu di sebuah kampung di Negeri Kedah.

Seorang anak buahku ( kita namakan dia Ali ) sangat cerdik dan mudah mempelajari sesuatu perkara. Semasa dia berumur 5 tahun dia telah di hantar ke sebuah Tadika. Dia amat seronok dapat belajar membaca dan mempelajari perkataan-perkataan baru setiap hari. Suatu hari, di Tadika dia telah belajar bahawa buah nyiur itu di sebut sebagai kelapa dalam bukunya. Sebagai yang umum tahu buah kelapa orang Kedah sebut " Nyiok " Maka berlarilah dia pulang amat teruja untuk memberitahu orang lain perkara baru yang di pelajarinya.

Alkisah Ali ada seorang bapa saudara ( dia panggil Pak Lang ) yang selalu melayan kepetahannya. Mereka berdua selalu buat teka-teki. Jadi pada hari itu, Ali rasa dia akan kenakan Pak Lang dengan sebuah teka-teki. Pada sangkaannya tentu Pak Lang tidak boleh menjawab teka-teki ini.

Ali berkata, " Pak Lang, ini ada satu teka-teki best. Cuba jawab! "

Pak Langpun berlagak kehairanan, " Apakah teka-teki itu. Tentu susah nak jawab ! "

Ali berkata, " Dia bulat. Pokok dia tinggi. Daun dia macam ni, macam ni, ( sambil menggayakan dengan tangannya bentuk daun kelapa ). Ada orang panggil dia kelapa. Buah apa ? "

Pak lang yang hendak tertawa, melenyapkan senyumannya, lalu berpura-pura cemas. " Isy ! Isy ! Isy ! Susah sungguh nak jawab teka-teki ini. Haaa.....Pak Lang tahu, Buah durian !" teka Pak Lang.

Sambil menggeleng-gelengkan kepalanya, Ali berkata, " Bukaaan ! "

Kata Pak Lang lagi, " Buah cempedak....." Maka banyaklah lagi nama buah-buahan tekaan Pak Lang.

Kepada semua jawapan itu Ali menggeleng-gelengkan kepalanya dan berkata " Bukaaan ! "

Akhirnya sambil tersenyum kemenangan Ali berkata, " Buah nyiok !! "

Di kalangan ahli keluarga kami menyimpan kisah ini untuk di ceritakan dan berderailah gelak-tawa mengenangkan telatah si kecil yang petah itu.

Sekarang Ali adalah seorang jurutera dan bekerja sebagai Konsultan Pakar IT dengan pendapatan yang amat lumayan. Alhamdulillah !

Pada masa kini, sesekali Ali menghantar SMS kepadaku nasihat-nasihat agama dari ilmu yang di pelajarinya. Untuk mengeluarkan pendapat dalam perkara-perkara agama sudah tentu Ali memastikan ilmunya tidak secetek ilmu Tadika !

29 Disember 2009

Pemegang Kad Kredit Bakal Mula Bayar Cukai Perkhidmatan


KUALA LUMPUR: Pemegang kad kredit boleh menjangka melihat jumlah cukai perkhidmatan yang patut dibayar dalam penyata mereka secara berasingan, yang mana dikenakan cukai semasa pengeluaran, pada tempoh genap setahunnya, atau semasa diperbaharui.

Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM) semalam berkata, sekiranya kad kredit baharu dikeluarkan tahun depan sah bagi satu tahun, cukai perkhidmatan RM50 akan dikenakan pada tarikh ia dikeluarkan.
Bagaimanapun, jika kad baharu dikeluarkan bagi tempoh lima tahun, cukai perkhidmatan akan dikenakan pada tarikh pengeluaran dan setiap tarikh genap setahun berikutnya.

Bagi kad sedia ada yang sah untuk lima tahun, cukai perkhidmatan akan dikenakan pada tarikh genap setahun pengeluaran bermula 2010.

Ini kerana cukai perkhidmatan RM50 yang akan dikenakan bagi setiap kad utamadan RM25 ke atas setiap kad tambahan hanya berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan,seperti yang diumumkan dalam Bajet 2010.

Persatuan itu berkata, cukai perkhidmatan tersebut tidak terpakai bagi kad-kad lain termasuk kad debit, kad petrol, kad caj, kad kesetiaan dan e-wang seperti "Touch n' Go". - BERNAMA

28 Disember 2009

Pisang Bolen Bandung


Pisang Bolen Bandung



Bahan :
- Tepung terigu protein tinggi 250 gram -
- Air es 125 ml -
- Gula halus 10 gram -
- Garam secukupnya -
- Susu bubuk 10 gram -
- Kuning telur 1 butir -
- Margarin 25 gram -
- Mentega 15 gram -
- Shortening/mentega putih 125 gram -

Bahan isi :
- Pisang raja 5 buah, kupas potong 2 bagian -
- Gula pasir 5 sdm -
- Air 100 ml -
- Keju cheddar 100 gram, potong memanjang -

Olesan :
- Kuning telur 1 butir, kocok untuk olesan -

Cara membuat :
1. Campur semua bahan kulit kecuali shortening, uleni hingga kalis.
2. Diamkan adonan dalam lemari pendingin selama 10 menit. Tipiskan adonan hingga setebal 0,5 cm.
3. Oleskan 1/3 bagian shortening pada permukaan adonan, lipat 3 bagian. Simpan dalam lemari pendingin selama 15 menit.
4. Ulangi mengoles shortenign dan melipat adonan hingga 3 kali (hingga shortening habis). Istirahatkan adonan dalam lemari pendingin selama 30 menit.
5. Isi : Rebus pisang raja, gula pasir dan air hingga pisang matang. Angkat dan tiriskan.
6. Keluarkan adonan kulit dari lemari pendingin, tipiskan hingga setebal 0,3 cm. Potong kotak 4x4 cm.
7. Letakkan keju dan pisang di atas tiap potong adonan kulit, gulung dan lipat.
8. Atur adonan di atas loyang bersemir margarin. Oles permukaannya dengan kuning telur.
9. Panggang dalam oven bersuhu 160oC hingga matang. Angkat.
10. Sajikan.

Untuk 10 buah

26 Disember 2009

My Grandfather - Haji Abdullah bin Haji Omar


my grandfather

Jumaat, Disember 25, 2009
Haji Abdullah bin Haji Omar


Yesterday,I could not sleep.I could not stop thinking about my late Tok Wan. He passed away when I was in Standard 5.It was the saddest moment in my life and no matter how much I try, the wound will never heal. I was so young and my heart was completely broken.

He was a great man. He was smart, he was caring, and he loved my sister and I so much. I still cannot forget him, sitting in front of the television, and his happy face when he saw us when we came to his house during weekends.

I used to be so retarded and I always ask stupid questions (still do). One day at Batu Gajah, I was writing something, and I asked my Tok Wan, what year was he born? He told me he was born in the year 37. I asked him, is it in 19th or 20th century? Well, I was still young, and I thought older people were born in 19th century.

At his house, he always recited Al-Quran in the evenings. My sister and I always came to him and listened to him reciting the Quran. His sounded so good reciting the Quran, that I wish I could recite like him. And even now, I cannot forget his advice, "Bila Ira ngan Hanis takut, baca 4 Qul, and kalau baca, hantu sume takut, dorang takkan kacau dah"..It will work, and all you need to do is to believe.

I looked at pictures taken when I was still a baby, there's a lot of them. Quite a few albums. Mom told me that my Tok Wan at that time loved taking pictures of me. He was so excited being a grandfather, as I was his first grandchild. I smiled at Hanis, who's obviously not satisfied as there aren't many pictures of her as she's the second. Whatever, she said. "Wan sayang Hanis lagi,pasal Hanis lagi pandai jawi" . Now, it's my turn to say, "whatever!". Because in my heart, I know he loves both of us equally.

The day he died is still fresh in my mind. My sister and I were preparing ourselves to go to some kenduri when mom got an emergency call from the hospital. Mom and my Opah rushed to the hospital, but they said, things will be okay. I still remember that something told me that something was wrong and I better prepare myself. Yeah, my dad got a call from my mom, she told us that Tok Wan was gone, forever.

And now, I'm full of regret. I regret that he didn't get the chance to see how well I've done. I regret that he didn't get the chance to see that I got 5A's in my UPSR,I regret that he isn't here to listen to me telling him about my high school life, the craziness in my life, the competition I had in my class. And I regret not saying goodbye. And that's why, until now, I will never, ever forgive myself.

I love you Wan, I will always love you.


(syahirah hazidi-generasi ke-5)

25 Disember 2009

Bertemu Nusyah Rizal Syarifuddin di Jakarta


Dalam lawatan ke Jakarta/Bandung, Pak Anjang sempat bertemu sanak saudara kita di Jakarta, Nusyah Rizal bin Syarifuddin bin Abd Hamid bin Haji Salleh bin Khatib. Pertemuan itu berlaku di Hotel Triniti Jakarta pada 20/12/2009 jam 10.30 malam.



Pak Anjang dan Mak Anjang cuma dapat bertemu Rizal sahaja, kerana pada waktu itu anak-anaknya sudah nyenyak tidur. Dalam pertemuan itu banyak yang kami bualkan, dari hal-hal famili hingga kepada hal-hal negara dan profesyen.

Antara yang dibualkan itu ialah tentang asal usul Haji Salleh Khatib. Rizal bertanyakan samada Panglima Khatib yang makamnya terletak berhampiran Bangkinang di jalan Bangkinang - Pekan Baru itu orang yang dimaksudkan bapa kepada Haji Salleh.

Dari cerita yang Pak Anjang dengar, Dato' Afifuddin dan Dato' Arfanuddin pernah ke Bangkinang dan membawa menziarahi pusara/makam Panglima Khatib. Pernah juga Dato' Afifuddin beritahu, semasa beliau menjadi Timbalan Menteri Kewangan satu ketika dahulu, beliau pernah mendapatkan dana dari Kerajaan Malauysia untuk membantu memulihara makam Panglima Khatib.

Haji Salleh adalah keturunan Tok Tabano yang terkenal dengan kegagahannya melawan penjajah Belanda di Kampar. Nama Jalan Tok Tabano diabadikan di sebatang jalan di pasar Bangkinang. Dari bacaan dan cerita-cerita yang Rizal dengar, tidak ada terdapat kaitan antara Panglima Khatib dan Tok Tabano, mungkin disebabkan tiada bukti dan cerita yang sahih.

Diandaikan, setelah Tok Tabano mati dibunuh oleh soldadu Belanda., Panglima Khatib, yang pusaranya terletak di Bangkinang itu adalah anak kepada Tok Tabano. Keberanian Tok Tabano dituruti oleh Panglima Khatib dan juga Haji Salleh. Oleh itu satu usaha untuk menemukan bukti-bukti bahawa Panglima Khatib itu adalah anak kepada Tok Tabano dan bapa kepada Haji Salleh perlu dicari.



Nusyah Rizal berkata, sekarang ini setiap propinsi (wilayah) di Sumatera itu mempunyai ikon-ikon mereka tersendiri yang terdiri dari pahlawan-pahlawan masa lalu yang berlawan dengan penjajah Belanda. Kacamatan Kampar masih belum ada ikon mereka.

Oleh itu kita menganggap ini satu peluang untuk kita perkenalkan yang kita adalah cucu cicit Tok Tabano dan Panglima Khatib kerana tiada pihak yang menuntut pusara Panglima Khatib. Saya harap Dato' Afifuddin ada penjelasan ini.

Antara yang dicadangkan oleh Nusyah Rizal ialah keturunan Haji Salleh Khatib menubuhkan satu yayasan sosial untuk menghubungkan keluarga kita dengan Bupati Kampar. Bupati adalah penguasa Wilayah Kampar. Apabila kita sudah ada yayasan yang sah, maka dengan mudah kita dapat menghubungi pihak Bupati Kampar dan seterusnya membongkarkan sejarah-sejarah Tok Tabano dan Panglima Khatib, yang mana kita adalah warisan mereka yang masih hidup.

Di samping itu juga dapat memberi satu pendedahan kepada pihak Bupati Kampar bahawa Tok Tabano adalah ikon kepada Kacamatan Kampar. Apa yang kita perlukan sekarang ialah bukti yang jelas dan diterima oleh semua pihak. Saya rasa usaha kita masih belum terlambat.

Hampir jam 1.00 pagi barulah pertemuan ini berakhir.Pak Anjang harap Nusyah Rizal dapat hantar kiriman yang lebih terperinci dari perbincangan kita tempoh hari.

Nizar.

23 Disember 2009

MAKAM HAJI SALLEH KHATIB


Mungkin ramai di antara cucu, cicit, piut Haji Salleh Khatib tidak tahu di mana letaknya makam beliau.





Gambar makam Haji Salleh di atas terletak di Langgar, Alor Setar, Kedah. Berhampiran Pondok Tuan Guru Haji Hussain bin Haji Salleh, iaitu salah seorang dari anak beliau yang menetap di Langgar dan membangunkan madrasah yang di kenali sebagai Pondok Haji Hussain. Makam ini terletak di tepi jalan ke Masjid Tunku Kalsom Langgar dan di seberang jalan tersebut terletak Makam Di Raja Langgar yang menempatkan makam-makam kerabat Raja Negeri Kedah Darul Aman.




Jika dilihat dari pandangan Google Maps, sila ke sini dan jika menggunakan Wiki Maps pula sila ke sini

14 Disember 2009

IRFAN MASUK JAWI!


Gambar-gambar Ifran selepas masuk jawi dan majlis kesyukuran yang diadakan pada hari Ahad 13/12/2009. Cerita panjang kita tunggu dari Paksu Sukarno/Bakri.


Tilam yang disediakan kosong, sebab tuannya suka jalan-jalan


Sedang mengira 'wang ehsan'

Lagi gambar di bawah

06 Disember 2009

CARTA SALASILAH ANAK CUCU HAJI SALLEH (PDF)


Di bawah ini anda boleh lihat carta Salasilah Anak Cucu Haji Salleh dalam format PDF.



Jika anda ingin muaturun/simpan fail ini dan lihat dalam komputer sendiri dengan lebih jelas, sila Klik di sini



02 Disember 2009

Pengasas Raudhatul Ulum Langgar


Biodata Pengasas Raudhatul Ulum
(Tuan Guru Dato Hj Husin Langgar)

(Raudhatul Ulum Langgar kini dikenali sebagai Maktab Mahmud Pokok Sena, selepas berpindah ke tapak baru berhampiran Pusat Kesihatan Langgar)

Tuanguru bukan anak jati negeri Kedah. “Saya lahir di Tanjung Pura, Langkat,Sumatera Utara pada tahun 1906”. Tahun kelahiran beliau ditandai dengan suatu peristiwa besar dalam sejarah negeri Langkat,iaitu isti’dat perasmian Masjid Besar Langkat oleh baginda Sultan Langkat waktu itu – Sultan Abdul Jalil.[1]

Ayah beliau bernama Hj Soleh Bin Muhammad Khatib, manakala ibunya bernama Hajjah Kalsom Binti Muhammad Arif. “ Saya anak kedua dari empat orang saudara seibu sebapa”, Menurut beliau lagi, meskipun saya di lahirkan di Tanjung Pura, tetapi keluarganya berasal dari Bankinang,Kampar ( sekarang termasuk dalam prupinesi Riau).



Pada waktu beliau berumur antara dua hingga tiga tahun, ayahnya berhasrat mahu mendalami ilmu agama di Kedah.Apabila hasrat ini akhirnya berbuah menjadi kenyataan dan ayahnya betul-betul belajar kepada Tuan Guru Haji Muhammad Bin Umar di Langgar,beliau dibuyung ke Kedah.Turut berpindah ialah ibu dan saudara sulungnya ( tidak jelas lelaki atau perempuan ). Tidak lama di Kedah, Hj Husin beroleh dua orang adik lagi menjadikannya empat orang adik beradik seibu sebapa – dua lelaki dua perempuan.

“ Ayah kemudian memilih untuk menetap di Kedah. Sambil belajar beliau berkebun. Beliau meninggal tidak lama sebelum Jepun masuk” .[2]

Sebelum itu, ayahnya sempat kahwin lagi di Kedah.Perkhawinan ini melahirkan seorang lagi adik beradik lelaki bernama Hj Umar yang kemudiannya dikenali dengan nama Tuan Guru Hj Umar, Jitra ( ayahanda kepada Profesor Doktor Ismah Hj Umar, Universiti Malaya dan Doktor Afifuddin, Timbalan Menteri Kewangan ).

Hj Husin mulai belajar mengaji al-Quran pada waktu berusia 8 tahun. “ Saya belajar mengaji dalam pondok ayah” .Menurut beliau lagi, gurunya selain ayahnya ialah menantu Tuk Guru Tua bernama Hj Ahmad B. Hj Yasin. “ Apabila menjejak usia empat tahun , saya belajar bahasa arab pula”.

Selepas memperoleh ilmu-ilmu asas ini( al-Quran dan bahasa arab) juga ilmu-ilmu seperti aqidah (Usuluddin) dan Feqah,beliau mendapat restu ayahnya untuk belajar di peringkat yang lebih tinggi di Makkah.

“Saya naik ke Makkah bersama seorang kawan dari Indonesia bernama Hj Sihi” . Waktu itu umur beliau baru 19 tahun.[3]

Di Makkah, Hj Hussin tinggal selama 3 tahun.Selama di Makkah,beliau antara lain sempat belajar kepada guru-guru seperti Syeikh Abdul Qadir al-Mandili ( Tua ),Hj Abdul Majid Jambi, Syeikh Jamal ( Mufti Maliki ), Syeikh Ahyad, Syeikh Mukhtar Bogor, Tok Senggora dan lain-lain.

“ Saya pulang ke Kedah pada waktu Wahabbi mula-mula masuk ke Makkah” ,tuturnya. Walaupun menurutnya beliau bercadang untuk tinggal lebih lama di Makkah , akan tetapi huru hara perang Wahabbi telah menyebabkannya mengambil keputusan untuk pulang lebih awal.[4]

“Pada waktu itu orang yang baru pulang dari Makkah,apalagi alim pula,cukup laku”. Kenang beliau sambil tersenyum. “Tidak lama selepas pulang, saya segera dikahwinkan dengan Hajjah Zawiyah Bt. Hj Abu Bakar B. Hassan , seorang warga Kedah tetapi berasal dari N9”, terang beliau.

Selepas kahwin, Hj Hussin mula mengajar di Pondok mertuanya di Alor Keladi , Langgar. “Saya mengajar selama enam tahun”. Selepas enam tahun beliau berpindah ke Langgar : mengajar dan kemudian mendirikan madrasahnya sendiri- Madrasah Raudhatul Ulum pada tahun 1351H ( bersamaan 1932 ).

Menurutnya, selama mengajar di Langgar inilah beliau baru merasakan bahawa ilmu beliau yang ditimba beliau di Makkah dahulu tidak cukup banyak. “ Masa belajar dahulu terlalu singkat, dan saya terburu pulang kerana perang”, sesalnya. “Inilah masanya,saya berulang alik ke Kelantan , belajar kepada Tuk Kenali, Hj Ahmad Maher , Hj Ya’kob Legor dan lain-lain”.

Hj Husin belajar di Kelantan sekitar tahun mulai 1931.Tidak lama selepas Tuk Kenali meninggal dunia pada bulan November 1933, Hj Hussin memilih untuk mengakhiri kembara ilmunya, bagi memberi perhatian kepada pondok yang dibangunkan pula.Beliau berkhidmat di pondok ini sehingga umurnya tua.

Di Kedah, Hj Hussin dikenali sebagai ulama yang sangat dihormati dan disegani. Beliau dikenang kerana sumbangan beliau yang banyak dalam membina dan memperkembangkan ilmu-ilmu Islam di negerinya.Selain mendirikan Madrasah Raudhatul Ulum dan menjadi “ Tuk guru” yang dituakan,Hj Hussin, sehingga keakhir hayatnya, dilantik menjadi ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah, dan ahli Majlis Zakat Negeri Kedah.Selain dari itu, beliau juga aktif “mendokong perjuangan Islam yang diterajui PAS sejak daripada mula hingga ke akhir hayatnya”,[5].

Bagi mengenang jasa-jasanya dalam pembangunan ilmu dan kehidupan Islamiah di negeri Kedah,Hj Hussin sempat menerima anugerah “ Tokoh Ma’al Hijrah” peringkat negeri Kedah daripada kerajaan negeri pada tahun 1990 , di samping mendapat kurnian gelaran “Dato’” daripada baginda Sultan Kedah pada tahun 1994.Selain itu, dalam perjuangan parti yang disertainya pula(PAS) beliau adalah penerima anugerah “Tokoh Ulama PAS Kedah” sempena Hari Penerangan PAS pada tahun 1996.

Hj Hussin termasuk tokoh ulama senior negeri Kedah, malah mungkin tertua dalam tempoh 10 tahun terakhir abad ke-20 ini. Ulama sebaya beliau, Hj Abdullah B. Hj Yusuf ( lebih dikenali dengan Hj Abdullah Langgar)[6].Manakala dua orang lagi ulama sezaman- Hj Abd . Aziz B. Hj Ibrahim,Pendang dan Hj Yahya Junid,Padang Lumat ,diperkirakan beberapa tahun lebih muda daripada beliau.[7]

Allahyarham meninggalkan dua orang balu – Hajjah Derma Bt. Hj Muhd dan Hajjah ‘Izzah Bt. Syeikh Ismail Hafiz ( isteri pertama beliau- Hajah Zawiyah-meninggal dunia pada masa pendudukan Jepun di Tanah Melayu). Daripada tiga orang isteri ini Allahyarham beroleh 16 orang anak.Tujuh lelaki dan sembilan perempuan .[8]

Anak sulung beliau , Muhammad ( sekarang dikenali dengan Syeikh Muhammad) , mengimami jenazah Allahyarham.Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Islam Pondok Tasak,Langgar.

“Ya Allah ,jadikanlah kuburnya taman dari taman-taman syurga yang bersama-sama dengannya nikmat-nikmat yang Kau kurniakan ke atas mereka dari kalangan anbia’, sodiqin ,syuhada’ dan orang-orang soleh”


Sumber :

I. Pengasuh ( Majalah Bulanan Dakwah & Hadharah Islamiah) – Bil. 549

II. HARAKAH keluaran 8hb Ogos 1997

III. Ulama-ulama Negeri Kedah –Keluaran Pertama

IV. Sumber gambar-gambar kajian- Koleksi Peribadi Ibnufathani

V. http://ibnufathani.blogspot.com/

VI. http://rijalmuhibbin.blogspot.com/

p/s : Alhamdulilah ,ibnufathani selesai menaip pada malam Selasa ( 11 Ramadhan 1430H) pada jam 11.50 malam.Sebenarnya sejarah tokoh diatas sudah dikaji oleh ibnufathani pada tahun 2006, ketika itu ibnufathani berusia 15 tahun dan menuntut ilmu di Maktab Mahmud Pokok Sena yang dahulunya dikenali Madrasah Raudhatul Ulum.Semoga manfaat buat semua sahabat-sahabat dan kita semua diberkati .Jika ada sebarang teguran, pembetulan atau penkongsian bahan bolehkan e-mail kepada syababul_muslim91@yahoo.com.my atau ibnufathani@gmail.com .Sekian.


________________________________________


[1] PENGASUH ( Majalah Bulanan Dakwah& Hadharah Islamiah – Bil.549)

[2] Segala perbualan tersebut adalah diantara Tuan guru Hj Husin sendiri dengan Ustaz Abdul Razak Mahmud 1993 bersama Hj Syamsuddin B. Muhd Yusuf dari Persatuan Sejarah Malaysia cawangan negeri Kedah.

[3] Beliau tidak menyatakan pada tahun berapa beliau ke Makkah,tetapi berdasarkan tarikh lahirnya pada tahun 1906, maka adalah diperkirakan tahun keberangkatan ke Makkah ini berlaku pada tahun1925.

[4] Adalah diperkirakan tahun kepulangannya di Kedah terjadi antara penghujung 1927 dan awal 1928.

[5] HARAKAH keluaran 8hb Ogos 1997

[6] Beliau telah mengasas pondok beliau yang lebih dikenali “Pondok Syeikh Abdullah al-Masri”.Meninggal dunia jauh lebih awal daripada Hj Hussin ( pada 1 Disember 1976).

[7] Dengan posisinya yang sedemikian,maka kedudukan Hj Hussin dalam banyak hal adalah menyerupai kedudukan Hj Nor Bot (1904-1994) di Kelantan, Hj Ahmad B. Hj Abdul Wahab al-Fusani ( 1902-1996) di Patani,Hj Abas Bukit Putri (1909-1997) di Terengganu dan Hj Ibrahim Bungik ( lahir 1907) di N9.Kelima –lima mereka bolehlah dianggap sebagai tokoh-tokoh ulama “abad ke-20” di peringkat negerinya masing-masing.

[8] Anak-anak dari isteri pertama ialah Muhammad dan Fauziah.Dari isteri kedua(Hajjah Derma-berasal dari Batu Pahat,Johor) ialah Lukman,Busyra, Raihati, ‘Azir,Najah dan Da’iyah.Manakala dari isteri ketiga ( Hajjah ‘Izzah-berasal dari Gombak,Selangor ) ialah ‘Irfanuddin, Khasi’ah , Mujma’ah, Nasirah, Ahmad Najib, Izuddin , Jamal dan Sahir.

28 November 2009

Liputan TV1 mengenai himpunan bersejarah


Hari Bersejarah - Segalanya berjaya dilaksanakan


Satu perhimpunan keluarga telah berjaya diadakan pada hari ini bermula jam 9.00 pg hingga 2.00 ptg. Perhimpunan keluarga bertempat di Pondok Haji Hussain Langgar, Alor Setar, Kedah. Lima ekor lembu disediakan untuk perjumpaan kali ini.

Pada hari raya pertama, seekor lembu dikorbankan dan daging korban diagih-agihkan kepada golongan yang sepatutnya di sekitar Langgar. Hari ini pula diadakan perjumpaan keluarga. Seekor lagi lembu dikorbankan dan dibuat kenduri.

Esok ada lagi 3 ekor lembu akan dikorbankan sempena perjumpaan keluarga Haji Salleh Haji Muhamad Khatib Al-Kampari. Daging-daging korban tersebut akan diagih-agihkan pada pagi esok juga.