Blog ini dibangunkan pada 28 Nov 2009 iaitu hari yang sama diadakan Perhimpunan Perdana Keluarga Haji Salleh
Blog iko dibuek pado 28 Nov 2009 iaitu ari nan samo diadokan Parimpunan Pardano Kaluargo Haji Salleh

MAKLUMAT TERKINI

Warna hijau adalah dalam bahaso urang awak. Kok salah arok dapek dimaafkan


01/01/2011 - 1.00 pg
Selamat Menyambut tahun baru 2011. Semoga tahun baru ini lebih mendekatkan lagi tali silaturrahmi antara kita anak cucu cicit piut Haji Salleh.




Arkib MAKLUMAT TERKINI di sini
 
Jom sembang-sembang di sini. Nak komen ke, nak bagi cadangan ke, nak kutuk ke, semua boleh demi kebaikan bersama. Tolong bagi tau cucu cicit piut Haji Salleh yang lain-lain tu..
Molah sembang siko. Nak komen ko, nak bagi cadangan ko, nak kutuak ko, kasado buliah dami kabaikan basamo. Toloang bagi tau cucu cicik piuik Haji Salleh nan lain-lain tu..
Memaparkan catatan dengan label Kenangan Manis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kenangan Manis. Papar semua catatan

27 Januari 2010

gambar keluarga




Keterangan Gambar:
Gambar ini dirakamkan semasa Majlis Perkahwinan anak kepada Puan Hajah Norainon bt Haji Husin dan Haji Hamaru bin Mamat, iaitu Nor Ismak Muliana dengan Mohamad Aflaha Solihin yang berlangsung pada bulan Oktober tahun lalu.

Dari kiri: Kak Teh Na (Puan Hajah Noraini bt Mohd Din - G4), Kak Non (Puan Hajah Norainon bt Haji Husin - G4), Pak Njang Aziz (Encik Abdul Aziz bin Ahdul Hamid - G3), Emak (Hajah Shamsidar bt Abdul Hamid - G3) dan Emak Fadhillah (Puan Hajah Fadhillah bt Jimat, isteri kepada Haji Mohd Din bin Yusuf)

G - Generasi Haji Salleh

Kiriman: Mohd Asri bin Mohd Din

26 Januari 2010

Naik Bajaj Di Jakarta


Semasa Pak Anjang dan Mak Anjang bercuti di Jakarta bulan Disember yang lalu, kami mencuri peluang untuk mendapat pengalaman menaiki sejenis 'Angkot' atau Angkutan Kota yang terkenal dalam Bandaraya Jakarta, atau Jakarta Pusat. Kenderaan itu dikenali sebagai 'BAJAJ' disebut 'bajai'.


Salah satu BAJAJ yang terdapat di Jakarta Pusat

Selepas mendapat sedikit maklumat mengenai BAJAJ dari pemandu wisata kami, Pak Anjang bercadang membawa Mak Anjang keliling Jakarta Pusat. Pemandu wisata kami mencadangkan kami ke Pasar Baru atau Metro yang terletak kira-kira 6 km dari tempat kami berhenti. Di sana katanya, kami boleh membeli belah dan juga mengurup wang kerana Pak Anjang sudah kehabisan matawang Rupiah.


Lihat peta, Metro (Pasar Baru) adalah destinasi kami


15 Januari 2010

KERAHAN TENAGA


Dari laman Toek Life

salam..
Hari raya kedua aidil adha
family besar ya aku punyai..akan membuat satu perjumpaan..
"PERHIMPUNAN KELUARGA HJ SALEH"
HJ Salleh neh moyang aku..
perjumpaan ini diadakan di rumah atok aku..iaitu HJ Hussain B HJ Salleh
yg terletak di Makam Diraja Langgar.. (Pondok Hj Hussain)

setelah atuk aku meninggal..
tok aku pon pndah..
dia pindah kat kawasan perumahan..dekat la dengan umah aku..
so, rumah tuh ditinggal kan kepada mak cik aku..(kakak ayah aku tp mak lain..)
p/s atuk aku kawin 3..
hehe

semua org panggil kat makcik aku neh Cik Not..dia neh dh tua..
so..umah atok aku neh..tak terurus la..dh lama ditinggal kan..
lebih dr 10 tahun...lama tuh..
kalo tok aku balik tgk..kompom..mesti dia sedey..umah dia mcm tongkang pecah..hahah..

ada upah org indon utk kemas umah tuh..tp depa mcm x buat kerja jah..
kotar mcm tuh jgk..(hampa)
so, apa lagi..abg aku, adk aku..ngan semua sepupu2 aku.,kena kerahan tenaga laaa...
mcm zaman jepun..( kena paksa)
tapi kami ikhlas,,hahaha..
nk baut perjumaan keluarga punya pasal...
kena la buat..
x kn nk biar buruk..
dianggarkn..haji salleh mempunyai anak,cucu,cicit, dn menantu seramai 30o org ..banyk tuh..
aku pon x kenal sapa..
hahahahaha...

penat sgt2 kami semua mengemas rumah tuh..hahaha..
rumah neh besaq..2 tinggkat..siap smbong ngan surau lg..

09 Januari 2010

Gambar gambar saya dan Hanis bersama Tok Wan kami, Allahyarham Haji Abdullah Haji Omar






Gambar-gambar dikirim oleh Syahirah bt Hazidi