Blog ini dibangunkan pada 28 Nov 2009 iaitu hari yang sama diadakan Perhimpunan Perdana Keluarga Haji Salleh
Blog iko dibuek pado 28 Nov 2009 iaitu ari nan samo diadokan Parimpunan Pardano Kaluargo Haji Salleh

MAKLUMAT TERKINI

Warna hijau adalah dalam bahaso urang awak. Kok salah arok dapek dimaafkan


01/01/2011 - 1.00 pg
Selamat Menyambut tahun baru 2011. Semoga tahun baru ini lebih mendekatkan lagi tali silaturrahmi antara kita anak cucu cicit piut Haji Salleh.




Arkib MAKLUMAT TERKINI di sini
 
Jom sembang-sembang di sini. Nak komen ke, nak bagi cadangan ke, nak kutuk ke, semua boleh demi kebaikan bersama. Tolong bagi tau cucu cicit piut Haji Salleh yang lain-lain tu..
Molah sembang siko. Nak komen ko, nak bagi cadangan ko, nak kutuak ko, kasado buliah dami kabaikan basamo. Toloang bagi tau cucu cicik piuik Haji Salleh nan lain-lain tu..
Memaparkan catatan dengan label Besday. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Besday. Papar semua catatan

26 Februari 2010

Selamat Ulang Tahun Jahis Syahar Binti Jamal


JAHIS SYAHAR BINTI JAMAL menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-17 pada hari ini 26 Februari 2010. Jahis Syahar lebih mesra dipanggil Jahis ialah anak ke-5 dari pada 8 adik-beradik.

Anak kepada pasangan Ustaz Jamal bin Dato' Haji Hussain dan Puan Jemelah bt Saad, kini sedang menuntut di SMK Syed Mohamad Al-Bukhary, Alor Setar dalam tingkatan 5. Beliau akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada hujung tahun ini. Bapanya Ustaz Jamal bin Dato' Haji Hussain bin Haji Salleh adalah seorang guru dan ibunya juga seorang guru.

Semoga Jahis akan belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM nanti. Kami juga mendoakan semoga Jahis beroleh kesihatan yang baik dan berjaya dalam mencapai cita-citanya. Amin

25 Februari 2010

Selamat Ulang Tahun Muhammad Zikri Bin Ahmad Najib


MUHAMMAD ZIKRI BIN AHMAD NAJIB menyambut hari ulangtahun kelahirannya yang ke-22 pada hari ini 25 Februari 2010. Dilahirkan di Alor Setar, Muhammad Zikri adalah anak ke-3 bagi pasangan Tuan Haji Ahmad Najib bin Dato' Haji Hussain dan Puan Hajah Fathillah binti Ahmad Nasaruddin. 

Kedua-dua ibu bapa Muhammad Zikri adalah guru dan kini mereka baru sahaja bersara dari bidang pendidikan dan menetap di Taman Mulia, Alor Setar.

Muhammad Zikri kini sedang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Puncak Alam, Shah Alam, Selangor dalam bidang kejuruteraan. Muhammad Zikri adalah dari Generasi ke-4 Keluarga Haji Salleh. 

Beliau memulakan pelajaran di SK Taman Uda dan kemudian menyambung pelajaran di SMK Dato Syed Omar sehingga ke Tkn 5. 

Kami mendoakan Muhammad Zikri diberikan Allah SWT kesihatan yang baik berjaya dalam mengejar cita-citanya. Amin

Selamat Ulang Tahun Mohd Asri Bin Mohd Din


MOHD ASRI BIN MOHD DIN menyambut hari ulangtahun kelahirannya yang ke-34 pada hari ini 25 Februari 2010. Mohd Asri adalah anak kepada pasangan Mohd Din bin Yusof dan Almarhum Rosnah binti Abdul Hamid. 

Anak bungsu dari 5 adik beradik ini yang terdiri dari 3 perempuan dan 2 lelaki ini telah berumahtangga dengan pasangannya Puan Siti Hamidah binti Mohamad Lasim pada 10 Februari 2002.  

Ibunya Almarhum Rosnah binti Abdul Hamid meninggal dunia beberapa minggu selepas Mohd Asri dilahirkan akibat 'tumpah darah'. Sejak dari hari itu, Mohd Asri dibesarkan oleh Mak Longnya iaitu Puan Hajah Shamsidar bin Abdul Hamid. 

Memulakan persekolahannya di SK Langgar dan kemudian ke Maktab Mahmud Alor Setar, kini Mohd Asri atau lebih mesra dengan panggilan Asri atau 'E', bekerja sebagai pegawai kastam di Klang, Selangor. Manakala isterinya, Puan Hamidah pula adalah seorang guru, juga bertugas di Klang, Selangor. Mereka masih belum dikurniakan cahaya mata. 

Kami mendoakan semoga Asri dan isteri dimurahkan rezeqi, diberikan kesihatan yang baik oleh Allah SWT dan bergembira dengan kerjaya masing-masing. 

Di samping itu jangan putus harapan untuk berdoa supaya cepat dikurniakan zuriat. Insya Allah

21 Februari 2010

Selamat Ulang Tahun Nurin Darwiesya Binti Mohamad Zaki


NURIN DARWIESYA BINTI MOHAMAD ZAKI menyambut hari ulangtahun ke-3 kelahiran pada hari ini 21 Februari 2010. Nurin Darwiesya adalah anak kepada pasangan Puan Nurul Lydia binti Ahmad Taufik dan Encik Mohamad Zaki bin Abu Bakar. 

Cucu kepada Encik Ahmad Taufik bin Abdul Hamid bin Haji Salleh ini adalah dari Generasi ke-5. Ibu Nurin Darwiesya bekerja sebagai Jurupulih Anggota (Fisiotrafi) di Pendang, Kedah. Ibu bapa Nurin telah mendirikan rumahtangga pada 1 Mei 2006. 

Kini ibu bapanya telah berpisah sejak beberapa bulan yang lalu. Nurin Darwiesya kini tinggal bersama ibu dan datuknya di Alor Setar. 

Kami mendoakan semoga Nurin Darwiesya bertambah sihat dan bergembira bersama keluarga.

13 Februari 2010

Selamat Ulang Tahun Tiara Puteri Zalzana bt Nursyah Rizal


TIARA PUTERI ZALZANA BT NURSYAH RIZAL menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-4 pada hari ini 13 Februari 2010. Tiara Puteri adalah anak kepada Encik Nursyah Rizal bin Syariffuddin bin Abdul Hamid bin Haji Salleh.

Tiara Puteri dari Generasi ke-5 adalah anak sulung dari dua adik beradik. Beliau adalah cahaya mata kepada pasangan Encik Nursyah Rizal bin Syarifuddin dan Puan Nurjannah Binti Sulaiman Ali. Tiara Puteri mempunyai seorang adik lelaki bernama Muh. Attarsyah Rizal yang baru berusia 11 bulan.

Satu-satunya ahli keluarga Haji Salleh yang masih menetap di Indonesia., datuk kepada Tiara Puteri, Syarifuddin bin Abdul Hamid dari Generasi ke-3 kini  menetap di Pekan Baru, Sumatera Barat dan ada ketikanya menetap di Tanjung Pinang, Indonesia kerana beliau juga mempunyai rumah di Tanjung Pinang. 

Bapa Tiara Puteri, Nursyah Rizal bin Syarifuddin kini menetap di Jalan Cempaka Putih, Jakarta Pusat, Jawa Barat, adalah seorang Jurutera (insinyur) dan bertugas dengan Pemerintah (Kerajaan) Indonesia. Bidang kerja beliau adalah dalam urusan galian dan alam sekitar. Manakala ibu Tiara Puteri, Puan Nurjannah berasal dari Aceh, juga bertugas dengan Pemerintah Indonesia dalam bidang perubatan. 

Kami mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-4 kepada Tiara Puteri Zalzana, semoga panjang umur, cepat membersar, dimurahkan rezeqi dan diberikan kesihatan yang baik oleh Allah SWT. Amin.


***nota: Maaf, tiada gambar untuk disertakan. Harap bersabar

12 Februari 2010

Selamat Ulang Tahun Puan Hajah Nor Kamaliah bt Ghazali


Puan Hajah Nor Kamaliah bt Ghazali, dilahirkan pada 12hb Februari 1958, hari ini menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-52. Anak sulung dari 2 orang adik-beradik, Puan Hajah Nor Kamaliah telah berkahwin dengan Tuan Haji Aizuddin bin Dato' Haji Hussain bin Haji Salleh, pada pada 30hb Disember 1982 kini mempunyai 4 orang cahaya mata. Aizul Kamal (27), Maryam Jameelah (23), Ibrahim Hanif (19) dan Aisyah Nuroni (17).

Puan Hajah Nor Kamaliah adalah graduan Sains lepasan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dahulunya dikenali dengan nama Institut Teknologi Kebangsaan, Jalan Gurney, Kuala Lumpur. Beliau yang dilahirkan di Changkat Jering, Perak kini bertugas di sebuah sekolah mengngah di Taiping, Perak.

Suami beliau, Tuan Hai Aizuddin juga seorang guru kini bertugas di sebuah sekolah mengengah di Trong, Perak sebagai Pengetua. Mereka kini menetap di Changkat Jering, Perak.

Kepada Puan Hajah Nor Kamaliah, kami mendoakan semoga beroleh kesihatan yang baik, dimurahkan rezeqi oleh Allah SWT dan berbahagia di samping keluarga.



***Nota: Harap Maaf, tiada foto untuk diletakkan.

11 Februari 2010

Selamat Ulang Tahun Puan Hajah Sokkeria A Hamid


Puan Hajah Sokkeria Bt A Hamid dilahirkan pada 11hb Februari 1955, hari ini menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-55. Anak kedua dari 6 adik-berdik ini adalah anak kepada Almarhum Haji Abdul Hamid bin Haji Salleh dan Hajah Sanijah bt Haji Salleh Lembut. Puan Hajah Sokkeria telah berkahwin dengan Tuan Haji Abdull Jalil bin Bahari pada 29.hb Mei 1983 dan  kini mempunyai 6 orang cahaya mata iaitu 3 lelaki dan 3 perempuan.

Anak-anak Puan Hajah Sokkeria adalah Anis Fitriah (25), Mohd Asyraf (23), Muhammad Afnan (21), Auni Najihah (19), Muhamad Afiq (17) dan Aufa Syukrina (13). Puan Sokkeria kini bertugas sebagai guru di SMK Ideal Heights, Selayang, Selangor. Insya Allah, tahun 2011, Puan Sokkeria akan mula bersara. Beliau yang lebih mudah dikenali dengan panggilan 'Kak Kiya',  'Kak Syuk' atau 'Mak Ngah' adalah seorang peramah dan menyayangi kanak-kanak.

Puan Hajah Sokkeria mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Langgar, Alor Setar, kemudianya melanjutkan pelajaran menengahnya di SMK Sultanah Asma, dan seterusnya ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dahulunya dikenali dengan nama Institut Teknologi Kebangsaan (ITK), Jalan Gurney, Kuala Lumpur.

Memulakan kerjayanya sebagai guru di SMK Seri Gunung Alor Setar, kemudian ke SMK Tajar dan bertukar ke SMK Bukit Gading, Sungai Buluh, Selangor selepas berkahwin. Kini Puan Sokkeria sudah berkhidmat selama  lebih 30 tahun sebagai pendidik dan matapelajaran utamanya ialah Sains menengah rendah.

Puan Hajah Sokkeria kini tinggal di Desa Jaya, Selangor bersama-sama suaminya Tuan Haji Abdull Jalil bin Bahari. Semoga Puan Sokkeria ceria di samping keluarga dan dikurniakan oleh Allah kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeqi.


**ralat: Insya Allah, Puan Hajah Sokkeria akan bersara pada tahun 2013 pada usia 58 tahun.
**ralat kedua juga sudah dibetulkan, terima kasih atas teguran

06 Februari 2010

Selamat Ulang Tahun Zulfadzli bin Haji Zaini


ZULFADZLI BIN HAJI ZAINI dilahirkan pada 19hb Januari 1986 menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-24 pada 19hb Januari yang lalu. Oleh kerana maklumat yang dimasukkan sudah lewat beberapa hari, kami mengucapkan selamat hari ulangtahun kepada Zulfadzli hari ini.

Zulfadzli adalah anak sulung daripada 6 adik-beradik anak-anak pasangan Tuan Haji Zaini bin Haji Hussain dan Puan Hajah Roziyati bt Rahim. Beliau adalah dari Generasi ke-5 Keluarga Haji Salleh iaitu cicit Haji Abdul Hamid bin Haji Salleh.

Zulfadzli, seorang peniaga yang berjaya, mempunyai 2 adik lelaki dan 3 adik perempuan. Beliau mengikuti jejak bapanya Tuan Haji Zaini, juga seorang peniaga yang berjaya. Ibunya pula suri rumahtangga sepenuh masa.

Dikenali dengan panggil 'Zul' kini masih bujang dan tinggal bersama-sama ibu bapanya di sebuah taman perumahan di Sungai Lalang, Sungai Petani.

Kepada Zulfadzli, kami mendoakan anda semakin maju jaya dalam karier dan dikurniakan Allah SWT kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeqi. Amin.

04 Februari 2010

Selamat Ulang Tahun Puan Hajah Sarifah Binti Sharif


Puan Hajah Sarifah Binti Sharif menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-66 pada hari ini. Dilahirkan pada 4hb Februari 1944, Puan Hajah Sarifah adalah balu kepada Almarhum Haji Abdullah bin Haji Omar bin Haji Salleh. Almarhum Haji Abdullah meninggal dunia pada 24hb Disember 2006 kerana mengidap penyakit kencing manis.

Puan Hajah Sarifah adalah anak ke-3 dari 6 orang adik-beradiknya yang mana kesemuanya masih sihat wal'afiat. Oleh kerana aruah bapanya Haji Sharif bin Sutan Sidi seorang pegawai perhutanan, beliau bersekolah di banyak tempat, antaranya di Selangor dan Melaka (peringkat sekolah rendah), di Kelantan (Tkn 1-3) dan di SMK Sultanah Asma, Alor Setar semasa di tingkatan 4 dan 5.

Puan Hajah Sarifah telah berkahwain dengan Almarhum Haji Abdullah bin Haji Omar pada 31hb Disember 1960, semasa beliau tinggal dengan keluarganya di Jitra, Kedah. Beliau dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Sharain binti Haji Abdullah (44) dan Azlan bin Haji Abdullah (34). Kedua-dua anak beliau juga telah berkahwin dan kini beliau mempunyai 4 orang cucu.

Puan Hajah Sarifah yang juga dikenali sebagai 'Ipah', 'Kak Ipah', 'Mak Long' atau 'Opah' kini tinggal di Petaling Jaya, Selangor berhampiran kediaman adik iparnya Prof Dr Asmah @ Asriah Haji Omar. 

Kami mendoakan semoga Puan Hajah Sarifah diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeqi oleh Allah SWT.

**nota: jika tersalah gambar, harap beritahu

03 Februari 2010

Selamat Ulang Tahun Muhammad 'Imaduddin bin Aziz


Muhammad 'Imaduddin Bin Aziz menyambut hari ulangtahunnya yang ke-12 dilahirkan pada 3hb Februari 1998. Beliau kini sedang belajar dalam Tahun 6 di SK Taman Uda, Alor Setar. Tahun ini beliau akan menduduki UPSR bersama dengan beberapa orang lagi saudara-mara kita.

Muhammad 'Imaduddin yang lebih gemar dipanggil IMAD adalah anak bongsu bagi pasangan Encik Aziz bin Osman dan  PuanNorlela bt A Hamid. Beliau mempunyai 2 orang abang dan 2 orang kakak. Imad adalah daripada Generasi ke-4 Keluarga Haji Salleh, sebelah Haji Abdul Hamid bin Haji Salleh. Imad juga adalah seorang yang murah senyman dan bercita-cita menjadi seorang doktor satu hari kelak.

Bapa Imad, Encik Aziz bin Osman bekerja di Telekom Malaysia, Alor Setar dan ibunya pula Puan Norlela bekerja di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra. Imad kini tinggal bersama-sama kedua ibubapanya di Jalan Langgar, Alor Setar.

Semoga Imad akan mencapai cita-cita yang diidamkan itu dengan belajar bersungguh-sungguh dari sekarang. Kami doakan Imad diberi oleh Allah kesihatan yang baik dan berbahagia di samping keluarga

02 Februari 2010

Selamat Ulang Tahun Ashadi Azmi


ASHADI BIN AZMI menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-30 dilahirkan pada 2 Februari 1980 adalah seorang pakar komputer kini bertugas sebagai Pegawai Teknologi Maklumat di salah sebuah Jabatan Kerajaan Persekutuan di Negeri Kedah.

Anak sulung kepada pasangan Encik Azmi bin Haji Omar dan Puan Zainah binti Haji Shuib mempunyai 2 orang adik perempuan dan seorang adik lelaki. Beliau adalah daripada Generasi ke-4 keluarga Haji Salleh telah mendirikan rumahtangga dengan pasangannya Puan Laili Husna bt Othman pada 2 Februari 2004.

Bapa Ashadi, Azmi bin Haji Omar adalah seorang juruhebah popular radio Kedah FM yang dikenali sebagai 'AO'. Kini bapanya sudah bersara.

Ashadi yang lebih mesra dipanggil 'ADI' telah dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Arifah (5) dan Arifuddin (8 bulan) kini menetap di Hutan Kampung, Alor Setar, Kedah.

Semoga Ashadi sihat dan ceria selalu di samping isteri dan anak-anak dan diberikan oleh Allah SWT kesihatan yang baik sepanjang masa. Amin.

***nota: Maaf, tiada foto untuk dipamerkan.

31 Januari 2010

Selamat Ulang Tahun Jalaluddin bin Jamal


JALALUDDIN BIN JAMAL menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-22 dilahirkan pada 31 Januari 1988 di Kuching, Sarawak. Anak sulung kepada Ustaz Jamal bin Dato' Haji Hussain dan Puan Jemelah bt Saad terdiri dari 8 beradik, 3 lelaki dan 5 perempuan.

Bercita-cita menjadi seorang guru, Jalaluddin kini sedang menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, mengikuti jejak kedua ibu bapanya yang juga menjadi guru. Beliau juga lebih mesra dengan panggilan 'Jalal'.

Apa yang menarik dari keluarga Jalaluddin ialah kesemua nama adik-beradik beliau termasuk kedua-dua ibu bapanya bermula dengan huruf 'JIM" atau "J". Mereka kini menetap di Langgar, Alor Setar, Kedah.

Beliau adalah seorang yang peramah, periang dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Semoga Jalaluddin bin Jamal berjaya mencapai cita-citanya sebagai seorang pendidik yang cemerlang dan diberikan Allah SWT kesihatan yang baik sepanjang masa. Amin.

29 Januari 2010

Selamat Ulang Tahun Nafisah Amani Ahmad Najib


Nafisah Amani bt Haji Ahmad Najib dilahirkan pada 29 Januari 1981 adalah cahayamata sulung bagi pasangan Tuan Haji Ahmad Najib bin Dato' Haji Hussain dan Puan Hajah Fathillah bt Ahmad Nasuruddin.

Nafisah Amani menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-29 adalah daripada Generasi ke-4 keluarga Haji Salleh. Dikenali dengan panggilan 'Kak Chaq', Nafisah Amani sangat mudah bermesra dengan sesiapa sahaja terutama kanak-kanak, walau pun beliau adalah seorang OKU.

Beliau mempunyai 2 adik lelaki dan seorang adik perempuan kini tinggal bersama ibu bapanya di Alor Setar, Kedah. Kedua-dua ibu bapanya baru sahaja bersara dari tugas sebagai guru.

Semoga Nafisah Amani ceria selalu dan diberikan oleh Allah SWT kesihatan yang baik sepanjang masa. Amin.

Selamat Ulang Tahun Puan Azmiyah Elias


Puan Azmiyah bt. Elias, seorang surirumah sepenuh masa adalah anak kepada Hajah Zabedah bt Haji Ibrahim dan Almarhum Elias bin Jamil. Cucu kepada Hajah Mariam bt Haji Salleh ini telah mendirikan rumahtangga dengan pasangannya Encik Roslan bin Mohd Yunus pada 31 Ogos 1985.

Beliau telah dikurniakan 6 orang cahayamata 2 lelaki dan 4 perempuan, iaitu Khairul Athiyah (23), Farhana (22), Adilah (19), Amal Hayati (18), Muhammad Aidil (13) dan Muhammad Ariff (8).

Puan Azmiyah atau lebih mesra dipanggil 'Yah', 'Cik Yah' atau 'Anak Yah' menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-48 hari ini adalah daripada Generasi ke-4 keluarga Haji Salleh kini menetap di Shah Alam, Selangor.

Semoga Puan Azmiyah dikurniakan Allah SWT kesihatan yang baik dan bergembira di samping keluarga

26 Januari 2010

Selamat Ulang Tahun Muhamad Afiq Abdull Jalil


MUHAMAD AFIQ BIN ABDULL JALIL, 17 thn menyambut hari ulangtahun kelahirannya pada hari ini, Selasa, 26 Januari, kini sedang menuntut dalam tingkatan 5, Maktab Mahmud Alor Setar, Kedah.

Seorang pelajar yang pendiam dan sangat bertekun dalam pelajarannya. Beliau yang memperolehi keputusan cemerlang 9A dalam PMR 2008 lalu adalah cahayamata ke-5 kepada pasangan Haji Abdul Jalill bin Bahari dan Hajah Sokkeria A Hamid.

Keluarganya sekarang ini menetap di Desa Jaya, Selangor dan beliau kini tinggal di asrama Maktab Mahmud.

Muhamad Afiq adalah dari Generasi ke-4 keluarga Haji Salleh, bercita-cita melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah dalam bidang perubatan.

Kepada Muhamad Afiq, selamat menyambut hari ulangtahun kelahiran yang ke-17. Semoga anda berjaya dalam segala cita-cita dan diberkati oleh Allah SWT, amin.

23 Januari 2010

Selamat Ulang Tahun Nur Adibah Ahmad Shukri


Hari ini ialah hari ulangtahun kelahiran NUR ADIBAH BT AHMAD SHUKRI yang dilahirkan pada 23 Januari, 18 tahun yang lalu. Nur Adibah adalah seorang pelajar yang sedang menunggu keputusan SPM yang bakal diumumkan pada bulan Mac 2010 nanti.

Anak ke-3 dari 5 adik beradik adalah anak pasangan Ahmad Shukri bin Elias dan Rositah bt Ibrahim. Empat lagi saudaranya adalah perempuan belaka. Mereka kini menetap di Puncak Alam, Shah Alam, Selangor.

Nur Adibah adalah dari keluarga seni. Bapa beliau Ahmad Shukri adalah seorang pelukis seni halus (fine art artis) dan juga pensyarah sambilan di UiTM Shah Alam, manakala ibunya adalah seorang guru pendidikan seni visual di sebuah sekolah menengah di Shah Alam.

Kepada Nur Adibah, kami mendoakan anda memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM dan berjaya mencapai cita-cita anda.

Amin ya Robbal 'alamiin.

21 Januari 2010

Selamat Ulang Tahun Suha Wafieya Mohd Syahir



SUHA WAFIEYA BT MOHD SYAHIR dilahirkan pada 21 Januari 2009, adalah anak pertama dari pasangan Puan Ruhill Husna bt Mohamad dan Mohd Syahir bin Haji Soffian.

Suha Wafieya dari Henerasi ke-5 keluarga Haji Salleh, baru menyambut ulangtahun kelahirannya yang pertama. Beliau kini tinggal bersama ibunya di Pulau Pinang.

Bapanya Mohd Syahir adalah seorang Pengetua Sekolah Agama di Pendang, Kedah, manakala ibunya adalah seorang guru di Pulau Pinang. Ibunya masih menunggu kelulusan pertukaran ke Negeri Kedah.

Semoga Suha Wafieya sentiasa sihat dan cepat membesar.

Amin, ya rabbal 'alamiin

Selamat Ulang Tahun Aizul Kamal



AIZUL KAMAL BIN AIZUDDIN dilahirkan pada 21 Januari 1984 adalah anak kepada pasangan Tuan Haji Aizuddin bin Dato' Haji Hussain dan Hajah Kamaliah bt Ghazali.

Aizul adalah dari Generasi ke-4 keluarga Haji Salleh. Beliau merupakan anak sulung dari 4 orang adik beradiknya yang masih hidup.

Aizul Kamal yang lebih dikenali dengan panggilan Aizul adalah seorang yang peramah dan periang. Beliau kini tinggal di Changkat Jering, Taiping, Perak bersama-sama kedua orang tuanya.

Tuan Haji Aizuddin adalah seorang Pengetua sekolah dan Hajah Kamaliah juga seorang guru. Kedua-dua mereka kini masih bertugas di Negeri Perak, Darul Ridzuan.

Dengan ulangtahun kelahirannya yang ke-26 ini, kita mendoakan semoga Aizul akan bejaya dalam segala usaha dan cita-citanya.

Amin, ya rabbal 'alamiin

16 Januari 2010

Selamat Ulang Tahun Mohd Fakhrul Ariff Bin Hamaru


Mohd Fakhrul Ariff Bin Haji Hamaru dilahirkan pada 12 Januari 28 tahun yang lalu. Beliau adalah dari Generasi ke-5. Anak sulung daripada 7 adik beradik dari pasangan Norainon binti Hussin dan Hamaru bin Mamat, kini menyambung pelajarannya di UiTM Shah Alam dalam jurusan Senibina (Architecture),

Bapa beliau berasal dari Trengganu dan kini menetap di bandar Kuala Trengganu.

Kepada Mohd Fakhrul Ariff kami semua doakan anda berjaya mencapai cita-cita dan dirahmati Allah SWT sepanjang masa.

Amin.

Mohd Fakhrul Ariff bin Haji Hamaru dilahirkan pado 12 Januari 28 tahun nan lalu. Inyo adolah dari katurunan ka limo. Paja partamo daripado tujuah adiak baadiak dari pasangan Norainon binti Hussin jo Hamaru bin Mamat kini manyambuang balaja di UiTM Shah Alam dalam jurusan Senibino (Architecture),

Ayah inyo barasa dari Trengganu jo kini manatap di banda Kualo Trengganu

Bakeh Mohd Fakhrul Ariff kami kasado doakan waang barjayo mancapai cito-cito jo dirahmati Allah SWT sapanjang maso.

Amin


**nota
Maklumat beliau baru diperolehi hari ini. Sebab itulah terlewat 4 hari
Maklumaik inyo baru denai dapek ari iko sabab itulah talapeh ompek ari

12 Januari 2010

Selamat Hari Lahir Puan Najat Dato' Haji Hussain


Puan Hajah Najat bt Dato' Haji Hussain dilahirkan pada 12 Januari 1960 adalah seorang guru Pendidikan Seni di Sekolah Menengah Kebangsaan Langgar. Mempunyai 27 tahun pengalaman mengajar dalam bidang Pendidikan Seni. Beliau berkahwin dengan Tuan Haji Othman Yaakob seorang ahli perniagaan yang berjaya. Putera tunggal mereka Sofuan Najen sekarang ini sedang menuntut di Universiti Teknologi PETRONAS di Perak.

Beliau menetap di Kampong Baru Langgar, berdekatan dengan Maktab Mahmud Pokok Sena. Beliau dikenali dengan panggilan Ummi di kalangan anak-anak saudaranya.

Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik oleh Allah SWT.

Amin