Puan Hajah Sokkeria Bt A Hamid dilahirkan pada 11hb Februari 1955, hari ini menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-55. Anak kedua dari 6 adik-berdik ini adalah anak kepada Almarhum Haji Abdul Hamid bin Haji Salleh dan Hajah Sanijah bt Haji Salleh Lembut. Puan Hajah Sokkeria telah berkahwin dengan Tuan Haji Abdull Jalil bin Bahari pada 29.hb Mei 1983 dan kini mempunyai 6 orang cahaya mata iaitu 3 lelaki dan 3 perempuan.
Anak-anak Puan Hajah Sokkeria adalah Anis Fitriah (25), Mohd Asyraf (23), Muhammad Afnan (21), Auni Najihah (19), Muhamad Afiq (17) dan Aufa Syukrina (13). Puan Sokkeria kini bertugas sebagai guru di SMK Ideal Heights, Selayang, Selangor. Insya Allah, tahun 2011, Puan Sokkeria akan mula bersara. Beliau yang lebih mudah dikenali dengan panggilan 'Kak Kiya', 'Kak Syuk' atau 'Mak Ngah' adalah seorang peramah dan menyayangi kanak-kanak.
Puan Hajah Sokkeria mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Langgar, Alor Setar, kemudianya melanjutkan pelajaran menengahnya di SMK Sultanah Asma, dan seterusnya ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dahulunya dikenali dengan nama Institut Teknologi Kebangsaan (ITK), Jalan Gurney, Kuala Lumpur.
Memulakan kerjayanya sebagai guru di SMK Seri Gunung Alor Setar, kemudian ke SMK Tajar dan bertukar ke SMK Bukit Gading, Sungai Buluh, Selangor selepas berkahwin. Kini Puan Sokkeria sudah berkhidmat selama lebih 30 tahun sebagai pendidik dan matapelajaran utamanya ialah Sains menengah rendah.
Puan Hajah Sokkeria kini tinggal di Desa Jaya, Selangor bersama-sama suaminya Tuan Haji Abdull Jalil bin Bahari. Semoga Puan Sokkeria ceria di samping keluarga dan dikurniakan oleh Allah kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeqi.
**ralat: Insya Allah, Puan Hajah Sokkeria akan bersara pada tahun 2013 pada usia 58 tahun.
**ralat kedua juga sudah dibetulkan, terima kasih atas teguran
**ralat kedua juga sudah dibetulkan, terima kasih atas teguran
5 comments:
pembetulan - puan sokkeria kini tinggal bersama suaminya encik abdull jalil DAN anak dara tua mereka wakakakak
anak sulung lah
Ralat pada entry. Mula ngajar kat SMK Seri Gunung, lepas tu baru pi SMK Tajar, lepas tu pulak berhijrah ke SMK Bukit Gading (bukan Gadong..hehe). Sekarang ni di SMK Ideal Heights,Selayang.
sorry lah
aku tembak saja tu!
kot2 betoi!
ANAK TAK DERHAKA DAH JADI ADIK DERHAKA. WAKAKA...
Catat Ulasan