Blog ini dibangunkan pada 28 Nov 2009 iaitu hari yang sama diadakan Perhimpunan Perdana Keluarga Haji Salleh
Blog iko dibuek pado 28 Nov 2009 iaitu ari nan samo diadokan Parimpunan Pardano Kaluargo Haji Salleh

MAKLUMAT TERKINI

Warna hijau adalah dalam bahaso urang awak. Kok salah arok dapek dimaafkan


01/01/2011 - 1.00 pg
Selamat Menyambut tahun baru 2011. Semoga tahun baru ini lebih mendekatkan lagi tali silaturrahmi antara kita anak cucu cicit piut Haji Salleh.




Arkib MAKLUMAT TERKINI di sini
 
Jom sembang-sembang di sini. Nak komen ke, nak bagi cadangan ke, nak kutuk ke, semua boleh demi kebaikan bersama. Tolong bagi tau cucu cicit piut Haji Salleh yang lain-lain tu..
Molah sembang siko. Nak komen ko, nak bagi cadangan ko, nak kutuak ko, kasado buliah dami kabaikan basamo. Toloang bagi tau cucu cicik piuik Haji Salleh nan lain-lain tu..
Memaparkan catatan dengan label Gambar Lama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gambar Lama. Papar semua catatan

13 Februari 2010

Gambar Keluarga Haji Omar bin Haji Salleh


Gambar Keluarga Haji Omar bin Haji Salleh

 
Klik gambar untuk imej yang lebih jelas

Duduk, dari kiri:
Hajah Sarifah (isteri Haji Abdullah), Hajah Aishah, Haji Omar, Asmah@Asriah, Aunah dan Aas@Azman

Berdiri, dari kiri:
Azizah, Haji Abdullah, Affifuddin, Khalid (suami Asmah) dan Azizi

Gambar dirakam sekitar tahun 60'an

Pengirim: Hazidi Abdul Hamid Hanis bt Hazidi

16 Januari 2010

Foto ayahanda Hj.Abdul hamid bin Hj Salleh bin hj khatib


Foto ayahanda Hj.Abdul hamid bin Hj Salleh bin hj khatib



ni foto Allahyarham ayahanda Hj.Abdul Hamid bin Hj Salleh bin hj Khatib
tahun diambil tidak dapat dikesan.tapi yang pasti diusia mudanya.

Kiriman Solhi Tagor Abd Hamid

14 Januari 2010

Potret budak comel


Ini satu lagi gambar lama,
lebih kurang 20 tahun yang lalu.

boleh sapa2 nak cuba teka potret siapa ini?

11 Januari 2010

Pak Su Sukarno/Bakri time belum sekolah
























Ini gambar Pak Su Sukarno/Bakri bersama Tok Su Saniah
Masa ini Pak Su belum masuk sekolah rendah lagi
Umur dia dalam 5 atau 6 tahun
Comel tak?
Ada nampak macam adnin? irfan? arham? atau arif?
Time ni nampak aurat tak pa, budak kecik lagi.

Tarikh dirakam: 1969

Gambar Lama




Ini pula gambar tahun 70-an.

Dari kiri Tok Su Saniah, Sokkeria (Mak Ngah Kia), Ahmad Nizar (Pak Anjang) dan di belakang itu Sukarno (Pak Su/Bakri)

Mak Ngah Kia tinggal di Desa Jaya Kepong, seorang guru di sebuah sekolah menengah di Selayang. Sekolah apa tak ingat. Jadi dalam keluarga Pak Anjang (sebelah Tok Su Saniah) ada empat orang yang jadi cikgu.

Gambar ini dirakam di rumah kami di Pondok Haji Hussain (Pak Lang) Langgar.

Kami 3 beradik



Ini gambar kami tiga beradik lelaki anak Tok Su Saniah. Dari kiri: Solhi Tagor, Tok Su, Ahmad Nizar. Manakala di belakang pula Sukarno dari Generasi ke-3.

Tok Su Saniah, anak-anak saudaranya ada yang panggil Mak Tam Langgar adalah isteri kepada Almarhum Haji Abdul Hamid bin Haji Salleh. Almarhum Haji Abdul Hamid dikenali juga sebagai Pak Tam di kalangan anak-anak saudaranya. Tok Su Saniah masih sihat walafiat dan sekarang ini tinggal bersama-sama Mak Long Nor di Pokok Sena, Kedah.

Pak Anjang adalah anak keempat Tok Su Saniah, Solhi Tagor (Pak Andak) anak kelima dan Sukarno (Pak Su) anak yang keenam dari kami enam beradik anak-anak Tok Su Saniah. Gambar ini dirakamkan sekitar tahun 70-an di rumah di Pondok Tuan Guru Haji Hussain (Pak Lang), Langgar di mana kami membesar.

Kesemua anak Tok Su yang lelaki ini adalah cikgu-cikgu belaka.


09 Januari 2010

Gambar gambar saya dan Hanis bersama Tok Wan kami, Allahyarham Haji Abdullah Haji Omar






Gambar-gambar dikirim oleh Syahirah bt Hazidi

Bergambar Di Kedai 1975



Salam dan selamat petang,
Petang ni Angku-E post foto Angku-E dan Solhi bergambar di kedai gambar di Aloq Staq.
Pada hari Sabtu iaitu hari cuti untuk sekolah-sekolah di Aloq Staq, Kami selalu mengunakan kad bas kami untuk ronda-ronda di Pekan. Satu hari kami secara spontan mengambil keputusan untuk bergambar bersama. He he... mujur kami terpikir untuk berbuat begitu, ada juga foto dan cerita yang dapat kami kongsikan bersama anak- anak kami sekarang.
Cuba lihat kaki kami... heheh pakai selipar jepun aja, time tu mana la ada duit nak beli kasut cantik-cantik... Ni kira geng rapat la ni. Solhi dan Angku-E beserta Din geruduik atau Din Tok'Kong memang ngam habis.

Foto: Berdiri dari kiri, Zaidi anak Cikgu Enon,( Angku-E tak pernah berjumpa dengan dia dah berpuluh-puluh tahun.),
Berdiri kanan: Angku-E, lihat lah rambut tu... heheh.. baju tu beli kat Aloq staq- seringgit... haaa..

Duduk: Solhi Tagor, memang rapat ngan Angku-E, kelakar dan sangat bertimbang rasa pada kawan-kawan. Tidak pernah menyakiti hati kawan-kawan, dan tidak pernah menyimpan perasaan dendam. So good to be with.
Duduk kanan: Mahyuddin Othman aka Din Tok Kong, anak Kak Melah, jiran sebelah rumah Angku-E. Pada suatu ketika, kalau kemana pun kami bertiga sahaja. Din sekarang seorang peniaga kereta mewah yang berjaya.

Miss you Guys!

08 Januari 2010

Geng Pondok



Foto ini, AngKu-E dah remaja dah. Inilah sahabat karib Angku-E dari kecik sampai besaq.
Ada tiga orang pak menakan Angku-E dalam ni. Depa ni terlampau kamceng dengan Angku-E sampai Angku-E tak panggil pangkat pak apa-apa kat depa. Pak menakan yang Angku-E maksudkan adalah: Nizar, Solhi, Bakri, Uzed, Budin dan Eid. Pakcik Naim pun sangat kamceng dengan Angku-E, tapi Angku-E suka panggil dia Pakcik.
Nanti Angku-E akan cerita banyak kisah-kisah menarik kami bersama dalam posting akan datang.

Foto: Bergambar bersama di suatu hari raya.
Berdiri dari kiri: Man,(?), Raof, Salleh, Pakcik Naim, Ba-E, Sol(Tok Tan), Angku-E dan Mahadin.
Duduk dari kiri: Mahadi, Nizat( tengok la spek tu...), Johari, Muhammad (Mat Kongo), dan Duan.

07 Januari 2010

Cicit Haji Salleh



Puan Hjh Salmiah Alias, Puan Hjh Rogayah Alias dan Tuan Hj Ahmad Ziyad Elias.
Foto: circa hujung 50an

Ali Bhutto 1980



Ni anak menakan Angku-E yang dah jauh kaya dari Angku-E. Dia dapat nama Ali Bhutto (pronounce 'Bato') dari arwah Tok Wan Jitra dia, Arwah PakMan.
Lihatlah betapa kamceng nya Angku-E dengan anak-anak menakan.
Tapi kalau dilihat dari foto di atas, jelas bahawa Pak menakan jauh lebih hensem dari anak menakan, malahan sampai sekarang, belum ada seorang pun anak menakan Angku-E dapat menandingi kehenseman Angku-E sampai hari ini.... heee....

Foto: Angku-E bersama Ahmad Syazli Ismail.
Notice the cigarette in Angku-E's hand; baru dapat lesen hisap rokok kat rumah.

3 Generasi Hjh Mariam Hj Salleh



Dari Kiri: Rogayah Elias (Che Lah), Hjh Zabedah Hj Ibrahim(Kak Bedah), Salmanfarsi(Kayo), Hjh Mariam Hj Salleh(Ngah Yam) dan Arwah Ismail Illias(Walad)

Foto: Circa awal 50an

06 Januari 2010

Hari Raya 1976




Waktu AngkuE dan pak pak menakan AngkuE, serta kawan kawan kami di pondok remaja belia, kami akan menziarah rumah rumah saudara mara dan kawan-kawan yang terdapat di pondok secara beramai-ramai.
Pada setiap hari raya, selepas sembahyang, samaada di balai atau mesjid, kami akan mula berkumpul di rumah Tok Lang. Rumah Tok Lang menjadi rumah pertama yang wajib kami(anak-anak Kak Bedah) lawati, begitu juga dengan pupu papat yang lain.
Di rumah Tok Lang kami selalu di layan oleh 'Tok Lang perempuan' dan mak -mak menakan kesayangan kami, terutama Mak Lang Aton.

Di situ, kami akan mula berkumpul dan bergerak ke rumah Tok Su Saniah dan seterusnya ke rumah-rumah yang berada di sepanjang jalan menuju ke rumah AngkuE.

Setelah kami mula dewasa dan ramai yang terpaksa meninggalkan pondok untuk melanjutkan pelajaran masing-masing, kami tidak lagi berupaya melakukanya lagi...

AngkuE amat merindukan saat saat nostalgia sebegini.
Untuk Pak -pak menakan dan kawan-kawan sepermainan AngkuE, AngkuE ingin megucapkan salam rindu dan terima kasih kerana mewarnai hidup AngkuE ini.

Salam dari, Shukri, E, KuE,AngkuE,@anak Kak Bedah.

Foto: 'Geng Angkue' beraya di rumah AngkuE... Biar saya cuba ya, kalau salah, PakJang Nizat tolong no... Berdiri Dari Kiri: (?),Mahadi KakMelah, Majdi, Shaari Uztaz Mud, Sol(kamceng AngkuE),(?),Din KakMelah, Mahadin,AngkuE dan Duan. Tengah: Bashir dan Salleh. Duduk Depan: Pakcik Naim, Kar aka Bakri Soekarno dan Ali(Syazli)

Posting Dari AngkuE, Terima Kasih.

Hajjah Mariam binti Haji Salleh




Inilah foto Tok kami, Allahyarhamah Hajjah Mariam Haji Salleh,
Seorang yang amat sayang pada cucu-cucunya. Dikenali dengan panggilan Ngah Yam oleh anak-anak menakannya. Tok meninggalkan kami pada tahun 1981. Banyak kenangan manis kami bersama Tok.
Tok amat memanjakan cucu-cucu jantannya.
Saya merindui percakapan Tok yang masih pekat telo Kampar nya.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Tok Mariam.

Foto: Tok tengah bersedia untuk ke balai (Surau).
Foto ini diambil oleh saya sendiri pada tahun 1976.
Posting dihantar oleh Angku-E, Terima Kasih.