Blog ini dibangunkan pada 28 Nov 2009 iaitu hari yang sama diadakan Perhimpunan Perdana Keluarga Haji Salleh
Blog iko dibuek pado 28 Nov 2009 iaitu ari nan samo diadokan Parimpunan Pardano Kaluargo Haji Salleh

MAKLUMAT TERKINI

Warna hijau adalah dalam bahaso urang awak. Kok salah arok dapek dimaafkan


01/01/2011 - 1.00 pg
Selamat Menyambut tahun baru 2011. Semoga tahun baru ini lebih mendekatkan lagi tali silaturrahmi antara kita anak cucu cicit piut Haji Salleh.




Arkib MAKLUMAT TERKINI di sini
 
Jom sembang-sembang di sini. Nak komen ke, nak bagi cadangan ke, nak kutuk ke, semua boleh demi kebaikan bersama. Tolong bagi tau cucu cicit piut Haji Salleh yang lain-lain tu..
Molah sembang siko. Nak komen ko, nak bagi cadangan ko, nak kutuak ko, kasado buliah dami kabaikan basamo. Toloang bagi tau cucu cicik piuik Haji Salleh nan lain-lain tu..

07 Januari 2010

3 Generasi Hjh Mariam Hj Salleh



Dari Kiri: Rogayah Elias (Che Lah), Hjh Zabedah Hj Ibrahim(Kak Bedah), Salmanfarsi(Kayo), Hjh Mariam Hj Salleh(Ngah Yam) dan Arwah Ismail Illias(Walad)

Foto: Circa awal 50an

06 Januari 2010

Hari Raya 1976




Waktu AngkuE dan pak pak menakan AngkuE, serta kawan kawan kami di pondok remaja belia, kami akan menziarah rumah rumah saudara mara dan kawan-kawan yang terdapat di pondok secara beramai-ramai.
Pada setiap hari raya, selepas sembahyang, samaada di balai atau mesjid, kami akan mula berkumpul di rumah Tok Lang. Rumah Tok Lang menjadi rumah pertama yang wajib kami(anak-anak Kak Bedah) lawati, begitu juga dengan pupu papat yang lain.
Di rumah Tok Lang kami selalu di layan oleh 'Tok Lang perempuan' dan mak -mak menakan kesayangan kami, terutama Mak Lang Aton.

Di situ, kami akan mula berkumpul dan bergerak ke rumah Tok Su Saniah dan seterusnya ke rumah-rumah yang berada di sepanjang jalan menuju ke rumah AngkuE.

Setelah kami mula dewasa dan ramai yang terpaksa meninggalkan pondok untuk melanjutkan pelajaran masing-masing, kami tidak lagi berupaya melakukanya lagi...

AngkuE amat merindukan saat saat nostalgia sebegini.
Untuk Pak -pak menakan dan kawan-kawan sepermainan AngkuE, AngkuE ingin megucapkan salam rindu dan terima kasih kerana mewarnai hidup AngkuE ini.

Salam dari, Shukri, E, KuE,AngkuE,@anak Kak Bedah.

Foto: 'Geng Angkue' beraya di rumah AngkuE... Biar saya cuba ya, kalau salah, PakJang Nizat tolong no... Berdiri Dari Kiri: (?),Mahadi KakMelah, Majdi, Shaari Uztaz Mud, Sol(kamceng AngkuE),(?),Din KakMelah, Mahadin,AngkuE dan Duan. Tengah: Bashir dan Salleh. Duduk Depan: Pakcik Naim, Kar aka Bakri Soekarno dan Ali(Syazli)

Posting Dari AngkuE, Terima Kasih.

Hajjah Mariam binti Haji Salleh




Inilah foto Tok kami, Allahyarhamah Hajjah Mariam Haji Salleh,
Seorang yang amat sayang pada cucu-cucunya. Dikenali dengan panggilan Ngah Yam oleh anak-anak menakannya. Tok meninggalkan kami pada tahun 1981. Banyak kenangan manis kami bersama Tok.
Tok amat memanjakan cucu-cucu jantannya.
Saya merindui percakapan Tok yang masih pekat telo Kampar nya.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Tok Mariam.

Foto: Tok tengah bersedia untuk ke balai (Surau).
Foto ini diambil oleh saya sendiri pada tahun 1976.
Posting dihantar oleh Angku-E, Terima Kasih.

Famili A.Shukri Elias



Salam semua,

Inilah foto terkini keluarga Angku-E tercinta.

Isteri Angku-E, Rositah Hj Ibrahim, berasal dari Machang, Kelantan, Anak keempat dari tujuh orang adik beradik. Mula berkenalan sejak semester pertama(1982) sewaktu kami sama sama menuntut di UiTM dalam bidang seni halus. Kami melangsungkan perkahwinan pada 2 Jun 1988. 'Mak Ude' adalah panggilan sayang dari anak-anak menakan. Mak Ude, seorang Cikgu Seni di Sekolah Menengah Bukit Jelutong, Shah Alam.

Anak-anak Angku-E:

Ilham Fitriah, penuntut tahun 2, program Ijazah 'Software Engineering' di Universiti Malaysia Trengganu. Kuala Trengganu.


Amna Syakira, penuntut semester 2, program Ijazah 'Seni Halus' UiTM, Shah Alam.


Nur Adibah, sedang menunggu keputusan SPM.


Fathanah Hanan, penuntut tingkatan 5 di Sekolah Menengah Puncak Alam.


Najaa Athirah, penuntut tahun 3, sekolah rendah Puncak alam.

Terima Kasih.


05 Januari 2010

Angku-E dan anak-anak




Salam semua.
Dari Angku-E.
Foto dari kiri : Nur Adibah, Ilham Fitriah, Angku-E(masih hensem), Fathanah Hanan dan Amna Syakira.
Ummi mereka tak ada dalam foto sebab mekap lama sangat.
Foto diambil pada suatu hari di hari raya di Langgar

Ilmu Tadika


Artikel ini dikutip dari laman Mak Teh kerana saya dapati ianya ada kena mengena dengan saudara mara kita.Saya harap pemilik artikel ini berikan kebenaran untuk disiarkan di sini. Jika ada bantahan sila kemukakan.


Assalamualaikum !

Mak teh nak menceritakan kisah ini supaya kita dapat berfikir dan berhibur dengannya. Kisah ini berlaku kira-kira 30 tahun yang lalu di sebuah kampung di Negeri Kedah.

Seorang anak buahku ( kita namakan dia Ali ) sangat cerdik dan mudah mempelajari sesuatu perkara. Semasa dia berumur 5 tahun dia telah di hantar ke sebuah Tadika. Dia amat seronok dapat belajar membaca dan mempelajari perkataan-perkataan baru setiap hari. Suatu hari, di Tadika dia telah belajar bahawa buah nyiur itu di sebut sebagai kelapa dalam bukunya. Sebagai yang umum tahu buah kelapa orang Kedah sebut " Nyiok " Maka berlarilah dia pulang amat teruja untuk memberitahu orang lain perkara baru yang di pelajarinya.

Alkisah Ali ada seorang bapa saudara ( dia panggil Pak Lang ) yang selalu melayan kepetahannya. Mereka berdua selalu buat teka-teki. Jadi pada hari itu, Ali rasa dia akan kenakan Pak Lang dengan sebuah teka-teki. Pada sangkaannya tentu Pak Lang tidak boleh menjawab teka-teki ini.

Ali berkata, " Pak Lang, ini ada satu teka-teki best. Cuba jawab! "

Pak Langpun berlagak kehairanan, " Apakah teka-teki itu. Tentu susah nak jawab ! "

Ali berkata, " Dia bulat. Pokok dia tinggi. Daun dia macam ni, macam ni, ( sambil menggayakan dengan tangannya bentuk daun kelapa ). Ada orang panggil dia kelapa. Buah apa ? "

Pak lang yang hendak tertawa, melenyapkan senyumannya, lalu berpura-pura cemas. " Isy ! Isy ! Isy ! Susah sungguh nak jawab teka-teki ini. Haaa.....Pak Lang tahu, Buah durian !" teka Pak Lang.

Sambil menggeleng-gelengkan kepalanya, Ali berkata, " Bukaaan ! "

Kata Pak Lang lagi, " Buah cempedak....." Maka banyaklah lagi nama buah-buahan tekaan Pak Lang.

Kepada semua jawapan itu Ali menggeleng-gelengkan kepalanya dan berkata " Bukaaan ! "

Akhirnya sambil tersenyum kemenangan Ali berkata, " Buah nyiok !! "

Di kalangan ahli keluarga kami menyimpan kisah ini untuk di ceritakan dan berderailah gelak-tawa mengenangkan telatah si kecil yang petah itu.

Sekarang Ali adalah seorang jurutera dan bekerja sebagai Konsultan Pakar IT dengan pendapatan yang amat lumayan. Alhamdulillah !

Pada masa kini, sesekali Ali menghantar SMS kepadaku nasihat-nasihat agama dari ilmu yang di pelajarinya. Untuk mengeluarkan pendapat dalam perkara-perkara agama sudah tentu Ali memastikan ilmunya tidak secetek ilmu Tadika !

03 Januari 2010

Two Thousand and Ten


Two Thousand and Ten

2010. Perbincangan kasual di halaman FacebookWhat shall we call it? O-Ten? Will it do, as what we used to call O-nine (2009) and O-eight (2009)?” ; sungguh mencuit hati. Maka tersenyum-senyumlah seorang diri di hadapan komputer riba yang usianya sudah 4 tahun ini. Topik perbincangan yang hangat setiap kali tahun baru; “Apa ye azam kamu di tahun baru ni ?”. Hurmmm…Macam-macam sebenarnya yang terlintas di benak hati terutamanya azam yang berbentuk materialistic dan individualistic. Memang seronok kalau melayan angan-angan, sebab tak perlu keluar modal sesen pun dan tidak pula mengganggu ruang privacy sesiapa.

Yang menariknya, apabila call family adik-adik sibuk bertanya… ‘’Akak, apa plan New Year ni?”…dan jawapan kebiasaannya diberi…”Alaaa, akak duk rumah je la, rimaslah nak keluar orangberasak-asak ni?”. Mama dan abah pun tak ketinggalan memberi pesanan supaya jaga keselamatan diri. Risaulah agaknya mereka tu.

Tahun baru, tahun baru! Satu fenomena besar setiap kali ia menjelma.

Mungkin sebab kita berada dalam “comfort zone”, membuatkan kita memikirkan makna tahun baru dari persepsi yang tipikal. Zon selesa sering kali menghijabkan kita daripada berfikir dari sudut pandangan lain. New Year bagi kita adalah perkara-perkara yang indah sahaja. Keseronokan. Konsert tengah malam di dataran. Ahli keluarga atau kawan-kawan berkumpul. Keramaian yang memecah tawa memang dinanti-nantikan semua. “Countdown’’ yang ditunggu-tunggu semua; “Ten, nine, eight…..” Seperti baru belajar mengira pun ada.Tak ketinggalan juga kesibukan pak-pak lebai mengintai-intai dan menghendap-hendap di malam tahun baru. Penilaian masing-masing, terpulang. But there is a saying which says; “Prevention is always better than cure’’.

Ingin saya berkongsi mengenai tahun 2010 dari persepsi lain. Al-Nakhba (catastrophe) yang juga dikenali sebagai al-Hijra al-Filasīnīya bakal mencecah usia 62 tahun di tahun 2010. 750,000 rakyat Palestin diusir dari tanah milik mereka angkara tipu muslihat Zionist pada tahun 1948, iaitu selepas Khalifah Turki Uthmaniyyah, pimpinan Sultan Abdul Hamid III digulingkan. Bermulanya dari tarikh itu, bukan sahaja saudara-saudara kita di Palestin menderita, kita umat Islam secara umumnya turut dilanda kemurungan. Mandom. Hilang izzahnya.

Jika disebut sahaja tentang Islam, kawan-kawan Mat Salleh dan MinahSalleh pastinya akan mengaitkan Islam dengan “terrorist’’, ‘’oppression towards women’’, “conservative”, “extremist”  dan segala macam label lagi. Fenomena “Islamophobia’’ begitu biasa sekali, sehinggakan Oxford Dictionary mendaftarkan maksud “Terrorist” sebagai berkaitan atau bersangkut paut dengan Jihad dan Islamic Terrorism.

Sungguh menyedihkan.

Tetapi takkan nak bersedih je. Kerja kena jalan juga. Kalau berada di Tanah Air mungkin saya takkan dengar pun berkenaan Al-Nakhba. Chris Doyle, seorang wakil Europe lebih spesifiknya wakil Britain yang berada dalam misi keamanan Asia Barat menceritakan kepada kami para penuntut di Universiti. Penyampaiannya ‘neutral’ pada pandangan saya. Banyak pengalaman yang diceritakannya dari sudut pandangan dia sebagai seorang yang menghormati hak asasi manusia. Tambahan dia bukanlah seorang Islam.

Sepanjang 61 tahun Al-Nakhba, maruah masyarakat Palestin dirobek-robek. “The settlers’’dengan sewenang-wenangnya meneroka tanah-tanah rakyat Palestin secara haram. Chris Doyle berkata “They bulldozed the Palestinians’ houses and left them the rubbles while they build new houses on the Palestinian lands”. Tambahnya lagi, “The Settlers dominate the areas of the best facilities and infrastructures and leave the Palestinians to drink sewage (air kumbahan) and deny their right to use their own land”.

Kejelekan Sang Zionist tidak setakat berhenti di situ. Mereka membina tembok-tembok yang membentuk Ghaza dan Rafah seperti penjara-penjara besar. Perjalanan rakyat Palestin disukarkan dengan segala bentuk Check Points, hatta beribadat di Masjidil Aqsa, Baitul Maqdis hampir mustahil bagi pemuda-pemuda Islam di sana. Hanya lelaki yang berusia 70 tahun dan ke atas, ibu-ibu yang bersama-sama 2 atau 3 orang anak sahaja yang dibenarkan masuk oleh tentera Zionis ke Baitul Maqdis. Alangkah sedihnya apabila kebebasan dan hak-hak asasi kemanusiaan seperti tidak wujud langsung bagi rakyat Palestin. Gambarkan perasaan kita apabila tetamu yang datang ke rumah tiba-tiba mengambil alih rumah kita dan menentukan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh kita lakukan di dalam rumah kita sendiri.

Justeru, apakah social/religious obligation yang  wajar kita semua pikul? Mendoakan mereka menjadi kewajipan. Yvonne Ridley, seorang wartawan yang memeluk Islam selepas dibebaskan daripada tahanan Taliban, turut berkunjung ke Universiti kami dan menyatakan pemimpin-pemimpin Hammas berkata kepadanya “Doa kalian, protes kalian di jalanan menjadi pembakar semangat kami’’.  Acap kali mendengar ucapan yang penuh bersemangat daripada pimpinan mereka di halaman Youtube menjadikan hati turut bersemangat, berdebar-debar dan pilu. Umat Islam di seluruh dunia mendoakan dan berharap agar akan adanya Umar Al-Khattab yang kedua membebaskan Palestin daripada Al-Nakhba ini. Izzah Islam pasti akan kembalikan. Kunci kegemilangannya berpusat di Palestin/Jurusalem.

“Percaya Untuk Berjaya”.

Insyaallah, semua umat Islam bercita-cita untuk melihat Islam bangkit kembali. Wajarlah untuk kita sama-sama menyumbang ke arah kemenangan tersebut kerana perasaan menjadi pemenang sudah tentu berbeza dengan hanya menjadi penyorak kepada kemenangan.

‘’Percaya untuk berjaya’’ slogan yang dipinjam daripada Ustaz Hasrizal sangat-sangat saya suka dan relevan. Seperti mana Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya menawan Constantinople, Insyaallah kita pasti beroleh kemenangan iaitu Islam kembali gemilang, cemerlang dan terbilang. Kata-kata motivasi Rasulullah kepada tentera-tentera Islam sewaktu perang Al-Ahzab berkenaan konsep percaya untuk berjaya, “Constantinople akan kita kuasai, sebaik-baik ketua adalah ketuanya, sebaik-baik tentera adalah tenteranya” dan janji Rasulullah ini menjadi kenyataan selepas 800 tahun kemudiannya, kerana usaha keras umat Islam ketika itu untuk melihat apa yang mereka percaya supaya menjadi kenyataan.

Membuat perubahan dalam hidup ini bukanlah suatu pilihan menurut Ustaz Hasrizal lagi, malah ia adalah suatu kemestian. Kita mesti menjadi manusia yang terbaik kerana Allah telah mencipta kita sebagai sebaik-baik kejadian. Di dalam kotak pemikiran ini tidak dinafikan persoalan ; “Bilakah Islam akan menang?”, “Bilakah Palestin akan dibebaskan?”, “Adakah aku menyumbang ke arah kemenangan Islam?’’, atau “Adakah aku hanya akan tergolong seperti manusia-manusia yang digambarkan oleh Allah di dalam surah An –Nars; Manusia berbondong-bondong masuk ke dalam agama Allah setelah dikurniakan pertolongan dan kemenangan ?”.

Apabila 2009 melabuhkan tirai, ia juga menandakan genap setahun yang lalu bumi Ghaza dibasahi darah syuhada’, jiwa-jiwa  tidak berdosa dibunuh, anak-anak menjadi yatim piatu, isteri-isteri menjadi balu dan ketika itulah umat-umat Islam seluruh dunia tersedar seketika dari tidur, menuju ke jalan-jalan menjerit-jerit “Israel laknatullah”, “Free Ghazza”, “Bush is Terrorist” dan buat sementara produk-produk Zionist diboikot secara kolektif. McDonald sunyi sepi, Star Bucks tidak dikunjungi, Mark & Spencer tidak lagi menjadi pilihan untuk membeli belah. Tetapi hanya untuk sementara sahaja perasaan amarah umat Islam kekal.

Janganlah kita lupa seketika pun kesengsaraan yang ditempuhi saudara-saudara kita di Palestin. Di kala ramai manusia bergembira yang tidak berasaskan keimanan, mereka di sana bertarung nyawa. Pastikan sekecil-kecil usaha kita lakukan, doakan mereka, boikot produk-produk Israel selagi mana kita mampu. Malulah kita sekiranya orang yang bukan beragama Islam yang berada di ‘frontlines’ menjuarai isu membebaskan Palestin seperti usaha Chris Doyle, sedangkan kita masih dibuai mimpi-mimpi. Semoga tahun 2010 (Gregorian Calendar) atau 1431 Hijriah ini menjanjikan sesuatu yang lebih baik dan positif berbanding tahun-tahun sebelumnya buat kita semua.

Berazam sempena tahun baru. Thabatkan hati.

Maryam Jameelah Aizuddin
4th Year Medical Student,
Nottingham University, Nottingham.


01 Januari 2010

ARKIB SEMBANG-SEMBANG 6


Sehingga 01/01/2010 jam 6 pagi

Nizar: kampong pon tak pa, asalkan ada arab yg celebrate, hang pi snap gambar depa
Afnan: tanta ni kampung la paknjang.. haha.. kalau ada pn yg men bunga api tu..
Nizar: sambut pun dia mai tak sambut pun dia mai jugak, macam kentut hahhaaa
paksu sukarno/bakri: SAMBUT TAHUN BARU...2010 KA
paksu sukarno/bakri: MASIH ADA YANG TAK TIDOQ
Nizar: ada percik2 api tak? try snap gambar dgn SLR hang tu, then antar mari
Afnan: 6jam.. haha
Nizar: dah tentu acap yg paling lambat hahaha
Nizar: tanta lagi brapa jam mau new year?
Nizar: amin
Afnan: cerdik ini budak!
Nizar: orait! gambar dah di edit, bagi saiz besar sikit
Fahima: anan dia saja dok cangkuk sbab lagi clear dia leh tengok upin ipin..kita bagi dia dok betui pun dia cangkung balik
Fahima: owh ok...pantas tul paknjang..dan jugak sebelum kul 12..angpa nak gambaq yg bertompok ka..tak pa next year plak..ima bagi gmbaq yg ada tompok..mmasa tu mesti lagi obvious pa..
Nizar: dah masuk 2010 pon!
Nizar: ima, dah siap up dah
Acap: Loh.. tompok tu yg mahal tu.. muhahahaha
Nizar: pandai ima cari angle, tak nampak tompok tu hahaa
Afnan: haha.. duk camtu.. agak2 da boleh berak sendiri x ni?
Acap: tompok!!!
Nizar: email kat atas tu betul untuk terus posting, kalau imej attached besar, sure kena reject  
Nizar: dah up dah, skroll kat bawah nun
Afnan: paklang by three.. wakakak
Fahima: jadi kena hntaq kat [email] ka

Selamat Ulangtahun Pertama Anas Syamil Ahmad Shyazli


Hari ini 01/01/2010 genap setahun usia Anas Syamil bin Ahmad Shyazli

Gambar-gambar kiriman Ruhill Fahima bt Mohamad 

Anas Syamil bin Ahmad Shyazli adalah anak ke-3 dari 3 orang adik-beradiknya (setakat ini). Bapanya seorang pangaturcara komputer yang berpengalaman dan ibunya pula seorang guru di sebuah sekolah di Selayang, Kuala Lumpur.

Keunikan Anas Syamil ini, dan juga kakak-kakaknya ialah dari  segi generasi. Kalau dilurut mengikut Hajah Mariam, Anas Syamil adalah dalam Generasi ke-6. Tetapi jika dilurut mengikut Haji Abdul Hamid, Anas Syamil dalam Generasi ke-5. Dua-dua boleh pakai.


Ini dia wajah budak comel


Kalau main air dia suka sangat

Kecik2 dah pandai guna laptop


Mencari VCD Upin & Ipin


Ada gaya 'programmer'!