Blog ini dibangunkan pada 28 Nov 2009 iaitu hari yang sama diadakan Perhimpunan Perdana Keluarga Haji Salleh
Blog iko dibuek pado 28 Nov 2009 iaitu ari nan samo diadokan Parimpunan Pardano Kaluargo Haji Salleh

MAKLUMAT TERKINI

Warna hijau adalah dalam bahaso urang awak. Kok salah arok dapek dimaafkan


01/01/2011 - 1.00 pg
Selamat Menyambut tahun baru 2011. Semoga tahun baru ini lebih mendekatkan lagi tali silaturrahmi antara kita anak cucu cicit piut Haji Salleh.




Arkib MAKLUMAT TERKINI di sini
 
Jom sembang-sembang di sini. Nak komen ke, nak bagi cadangan ke, nak kutuk ke, semua boleh demi kebaikan bersama. Tolong bagi tau cucu cicit piut Haji Salleh yang lain-lain tu..
Molah sembang siko. Nak komen ko, nak bagi cadangan ko, nak kutuak ko, kasado buliah dami kabaikan basamo. Toloang bagi tau cucu cicik piuik Haji Salleh nan lain-lain tu..

09 Januari 2010

Gambar gambar saya dan Hanis bersama Tok Wan kami, Allahyarham Haji Abdullah Haji Omar






Gambar-gambar dikirim oleh Syahirah bt Hazidi

Bergambar Di Kedai 1975



Salam dan selamat petang,
Petang ni Angku-E post foto Angku-E dan Solhi bergambar di kedai gambar di Aloq Staq.
Pada hari Sabtu iaitu hari cuti untuk sekolah-sekolah di Aloq Staq, Kami selalu mengunakan kad bas kami untuk ronda-ronda di Pekan. Satu hari kami secara spontan mengambil keputusan untuk bergambar bersama. He he... mujur kami terpikir untuk berbuat begitu, ada juga foto dan cerita yang dapat kami kongsikan bersama anak- anak kami sekarang.
Cuba lihat kaki kami... heheh pakai selipar jepun aja, time tu mana la ada duit nak beli kasut cantik-cantik... Ni kira geng rapat la ni. Solhi dan Angku-E beserta Din geruduik atau Din Tok'Kong memang ngam habis.

Foto: Berdiri dari kiri, Zaidi anak Cikgu Enon,( Angku-E tak pernah berjumpa dengan dia dah berpuluh-puluh tahun.),
Berdiri kanan: Angku-E, lihat lah rambut tu... heheh.. baju tu beli kat Aloq staq- seringgit... haaa..

Duduk: Solhi Tagor, memang rapat ngan Angku-E, kelakar dan sangat bertimbang rasa pada kawan-kawan. Tidak pernah menyakiti hati kawan-kawan, dan tidak pernah menyimpan perasaan dendam. So good to be with.
Duduk kanan: Mahyuddin Othman aka Din Tok Kong, anak Kak Melah, jiran sebelah rumah Angku-E. Pada suatu ketika, kalau kemana pun kami bertiga sahaja. Din sekarang seorang peniaga kereta mewah yang berjaya.

Miss you Guys!

Cara-cara membuat mee 'Pak Hashim'


Cara-cara membuat mee 'Pak Hashim'

Kira-kira jam 4.30 pg tadi, telefon Pak Anjang berdering. Mak Ngah Kia dari Kuala Lumpur call. Bila terbangun, dah miss call dah 3 kali rupa-rupanya. Pak Anjang tengok ada nombor, tak ada nama pon. Lepas tu pulak ada mesej. Bila baca baru tau yang Mak Ngah Kia call. Dia minta Pak Anjang jemput dia di Shahab Perdana, stesyen bas ekspres di Bandaraya Alor Setar ni.


So Pak Anjang call dia balik. Nasib baik dia 'on the way', belum sampai lagi di Alor Setar. Jam 6.15 dia bagitau dah sampai. Pak Njang minta dia solat subuh di surau stesyen bas itu.

Gambar keluarga Solhi Tagor




ni gambar keluarga Solhi Tagor  bin Abd.Hamid bin hj Salleh bin Hj.Khatib

berdiri dari kiri Aina mardhiah 16 tahun, Najwa Arifah 19 tahun,Ahmad Ifham 21 tahun, huda hayati 18 tahun dan aimi aqilah 12 tahun.

08 Januari 2010

Hepi Besdey Janan Salim Jamal



Salam Hari jadi Janan,
ni abang Ku-E cari lagu besdey kat Janan.
Semoga panjang umur dan murah rezki.





Janan Salim bin Jamal dilahirkan pada 8 Januari 1989 di Kucing, Sarawak. Masa itu bapanya Encik Jamal bin Haji Hussain dan ibunya Jemelah bt Saat masih bertugas di Sarawak. Anak kedua dari 8 adik beradik ini.

Janan Salim masih menuntut di Politeknik Muadzam Shah Bandar Darulaman Jitra. Beliau mesra dengan panggilan Nanan dalam anggota keluarganya dan dikalangan sepupu-sepupunya.

Semoga panjang umur dan berjaya dalam segala yang dicita-citakan.

Amin

Geng Pondok



Foto ini, AngKu-E dah remaja dah. Inilah sahabat karib Angku-E dari kecik sampai besaq.
Ada tiga orang pak menakan Angku-E dalam ni. Depa ni terlampau kamceng dengan Angku-E sampai Angku-E tak panggil pangkat pak apa-apa kat depa. Pak menakan yang Angku-E maksudkan adalah: Nizar, Solhi, Bakri, Uzed, Budin dan Eid. Pakcik Naim pun sangat kamceng dengan Angku-E, tapi Angku-E suka panggil dia Pakcik.
Nanti Angku-E akan cerita banyak kisah-kisah menarik kami bersama dalam posting akan datang.

Foto: Bergambar bersama di suatu hari raya.
Berdiri dari kiri: Man,(?), Raof, Salleh, Pakcik Naim, Ba-E, Sol(Tok Tan), Angku-E dan Mahadin.
Duduk dari kiri: Mahadi, Nizat( tengok la spek tu...), Johari, Muhammad (Mat Kongo), dan Duan.

Lagu Nostalgia



Salam dan selamat pagi.
Lagu ni Angku-E selalu dengaq waktu Angku-E kecik-kecik dulu. Waktu dulu belum ada cd, jadi pasang melalui tape recorder. Angku-E pasti lagu ini akan mengimbau nostalgia ramai anak cucu Haji Salleh terutama yang dah berumur macam Angku-E.
Untuk generasi muda anggaplah ia sebagai " time machine adventure".
Untuk semua.... Nikmati lah, Kaparinyo dari Elly Kassim.

07 Januari 2010

Cicit Haji Salleh



Puan Hjh Salmiah Alias, Puan Hjh Rogayah Alias dan Tuan Hj Ahmad Ziyad Elias.
Foto: circa hujung 50an

Ali Bhutto 1980



Ni anak menakan Angku-E yang dah jauh kaya dari Angku-E. Dia dapat nama Ali Bhutto (pronounce 'Bato') dari arwah Tok Wan Jitra dia, Arwah PakMan.
Lihatlah betapa kamceng nya Angku-E dengan anak-anak menakan.
Tapi kalau dilihat dari foto di atas, jelas bahawa Pak menakan jauh lebih hensem dari anak menakan, malahan sampai sekarang, belum ada seorang pun anak menakan Angku-E dapat menandingi kehenseman Angku-E sampai hari ini.... heee....

Foto: Angku-E bersama Ahmad Syazli Ismail.
Notice the cigarette in Angku-E's hand; baru dapat lesen hisap rokok kat rumah.