Blog ini dibangunkan pada 28 Nov 2009 iaitu hari yang sama diadakan Perhimpunan Perdana Keluarga Haji Salleh
Blog iko dibuek pado 28 Nov 2009 iaitu ari nan samo diadokan Parimpunan Pardano Kaluargo Haji Salleh

MAKLUMAT TERKINI

Warna hijau adalah dalam bahaso urang awak. Kok salah arok dapek dimaafkan


01/01/2011 - 1.00 pg
Selamat Menyambut tahun baru 2011. Semoga tahun baru ini lebih mendekatkan lagi tali silaturrahmi antara kita anak cucu cicit piut Haji Salleh.




Arkib MAKLUMAT TERKINI di sini
 
Jom sembang-sembang di sini. Nak komen ke, nak bagi cadangan ke, nak kutuk ke, semua boleh demi kebaikan bersama. Tolong bagi tau cucu cicit piut Haji Salleh yang lain-lain tu..
Molah sembang siko. Nak komen ko, nak bagi cadangan ko, nak kutuak ko, kasado buliah dami kabaikan basamo. Toloang bagi tau cucu cicik piuik Haji Salleh nan lain-lain tu..

26 Julai 2010

Fadhilat Puasa Sya’aban & Nisfu Sya’aban


Fadhilat Puasa Sya’aban & Nisfu Sya’aban
  1. Telah memberitahu kepada kami Abdullah bin Yusuf Telah memberitahu kami Malik daripada Abi An-Nadhri daripada Abi Salamah daripada Sayyidatina ‘Aishah telah berkata : Rasulullah S.A.W berpuasa sehingga kita mengatakan dia tidak berbuka dan baginda S.A.W berbuka sehingga kami berkata dia tidak berpuasa. Dan aku tidak pernah melihat Rassulullah S.A.W menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda S.A.W banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban. (Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya dan imam Muslim di dalam sohihnya)
  2. Telah memberitahu kami Muaz bin Fudhalah telah memberitahu kami Hisham daripada Yahya daripada Abi Salamah sesungguhnya Sayyidatina ‘Aishah telah memberitahunya dengan berkata : Nabi S.A.W tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban, dan baginda S.A.W telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Sya’ban. Dan adalah baginda S.A.W bersabda "Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan ( mewajib )kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan". Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W adalah sembahyang(sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda S.A.W apabila mendirikan sembahyang maka baginda S.A.W sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian. (Diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam sohihnya dan imam Muslim di dalam sohihnya)
  3. Telah memberitahu kami Sufian bin ‘Uyainah daripada Ibn Abi Labid daripada Abi Salamah telah berkata : Aku telah bertanya Sayyidatina ‘Aishah tentang puasa Rasulullah S.A.W maka dia menjawab: Adalah baginda S.A.W berpuasa sehingga kami berkata: Sesungguhnya baginda S.A.W telah berpuasa dan baginda S.A.W berbuka sehingga kami mengatakan: Telah baginda S.A.W berbuka. Aku tidak pernah melihat baginda S.A.W berpuasa dari sebulan sahaja lebih banyak daripada puasa baginda S.A.W pada bulan Sya’ban. Kadang-kadang baginda S.A.W berpuasa Sya’ban sebulan penuh dan kadang-kadang baginda S.A.W berpuasa sedikit daripadanya. (Diriwayatkan oleh imam Muslim di dalam sohihnya)
  4. Telah memberitahuku Muawiyah bin Soleh daripada Abdullah bin Abi Qais sesungguhnya dia telah mendengar Sayyidatina ‘Aishah berkata "Bulan yang disukai oleh Rasulullah S.A.W yang mana baginda S.A.W berpuasa padanya adalah bulan Sya’ban kemudian disambung puasa pada bulan Ramadhan". (Hadis ini sanadnya Hasan dan diriwayatkan oleh Abu Daud, An-Nasaei, Ibn Khuzaimah, Al-Baihaqi dan Al-Baghawi)
  5. Telah memberitahuku Al-Maqburi daripada Abu Hurairah daripada Usamah bin Zaid telah berkata: Aku telah berkata: Wahai Rasulullah! sesungguhnya aku telah melihat engkau berpuasa pada bulan yang mana aku tidak melihat engkau berpuasa pada bulan yang mana engkau puasa padanya. Soal Rasulullah S.A.W: Bulan apa? Aku telah berkata: Sya’ban bulan diantara Rejab dan Ramadhan yang mana melupai manusia mengenainya (diangkat kepadaNya) segala amalan semua hamba maka aku lebih suka amalanku tidak diangkat melainkan bersamanya aku berpuasa. Maka aku berkata lagi: Aku melihat engkau berpuasa pada hari Isnin dan Khamis dan tidak mengabaikan kedua-dua hari itu.Sabda baginda S.A.W: Sesungguhnya segala amalan semua hamba akan diangkat pada kedua-dua hari itu maka aku lebih suka tidak diangkat amalanku melainkan bersamanya aku berpuasa. (Hadis ini sanadnya Hasan dan telah dikeluarkan oleh An-Nasaei, Imam Ahmad dan imam Al-Baihaqi)

HADIS MENGENAI KELEBIHAN MALAM NISFU SYA’BAN

  1. Daripada Makhul daripada Malik bin Yakhamir daripada Muaz bin Jabal daripada Nabi S.A.W telah bersabda: Sesungguhnya Allah ta’ala memerhati makhlukNya pada malam nisfu(pertengahan) daripada Sya’ban maka Dia akan mengampuni semua makhlukNya melainkan orang yang syirik atau orang yang bermusuhan. (Hadis ini isnadnya Hasan dan dikeluarkan oleh Ibn Habban, Al-Baihaqi dan At-Thobarani )
  2. Daripada Hisham bin Hassan daripada ( Al-Hasan daripada) Usman bin Abi Al-’As daripada Nabi S.A.W telah bersabda : Apabila tibanya malam nisfu (pertengahan) daripada bulan Sya’ban, pemanggil akan memang- gil : Adakah daripada mereka yang memohon keampunan maka nescaya diampun baginya? Adakah daripada kalangan mereka yang meminta maka akan diberi? Maka tidak ada seseorang yang memohon sesuatu melainkan akan diberi melainkan penzina dengan kemaluannya ataupun orang syirik. (Hadis ini isnadnya Hasan dan dikeluarkan oleh Al-Kharaiti, Al-Baihaqi dan imam Sayuti )


Penerangan Hadis
  1. Hadis-hadis ini menjelaskan kepada kita bagaimana kelebihan bulan Sya’ban yang mana Rasulullah S.A.W sentiasa berpuasa bahkan melebihi bulan-bulan yang lain.
  2. Hadis-hadis ini juga menerangkan bagaimana hukum berpuasa pada bulan Sya’ban iaitu sunat bukannya wajib. Oleh itu baginda S.A.W kadang-kadang berpuasa penuh sebulan pada bulan ini dan pada suatu ketika baginda tidak berbuat demikian. Kita perlu ingat bahawa setiap perbuatan Rasulullah S.A.W merupakan sunnah fi’liyyah (sunnah yang berasaskan perbuatan) yang boleh dijadikan hujjah di dalam mengeluarkan sesuatu hukum.
  3. Baginda S.A.W juga menggalakkan kita agar di dalam melakukan sesuatu yang baik terutama dalam ibadat khusus seperti solat sunat, puasa sunat dan sedekah maka ia mestilah dilakukan secara berterusan walaupun sedikit. Kita kadang-kadang melakukan perkara ini secara banyak tetapi tidak berterusan dan ia dilakukan apabila timbulnya perasaan rajin sahaja. Ini menyebabkan kita kurang merasai hikmat dan kesan daripada amalan tersebut. Ini kerana apabila ia dilakukan secara berterusan akan mendatangkan kepada kita perasaan untuk menghisab dan menghitung diri sendiri secara berterusan dan ini akan melahirkan individu yang sentiasa berada dalam ibadat dan mengingati Allah setiap masa dan tempat sama ada ditikar sembahyang, ketika belajar mahupun ketika berkerja.
  4. Galakan ini juga bertujuan untuk melatih dan membiasakan kita dengan berpuasa sebelum masuknya bulan Ramadhan yang memang kita mesti berpuasa padanya. 
  5. Baginda juga menekankan bagaimana seseorang muslim mesti percaya bahawa setiap amalan yang dilakukan bukanlah sia-sia malah ia akan diangkat kepada Allah untuk dihisab kualitinya. Apabila perasaan ini timbul sepanjang kehidupan dan peribadatan kita seharian akan menyebabkan kita semakin yakin kepada balasan Allah terhadap apa yang telah kita sama-sama tunaikan. Ini dapat menghindarkan diri daripada melakukan sesuatu ibadat sambil lewa dan penuh dengan perasaan malas dan juga mampu memberi peringatan agar jangan mendekati segala maksiat kerana setiap gerak laku kita diperhati dan dihisab oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.
  6. Baginda S.A.W juga menjelaskan bagaimana adanya waktu-waktu tertentu yang mempunyai kelebihannya tersendiri seperti pada hari Isnin dan Khamis serta pada bulan Sya’ban terutama pada malam pertengahan bulannya. Baginda S.A.W juga mengajar kita agar menggunakan kesempatan yang ada dengan berdoa dan beribadah kepada Allah.
  7. Islam mengajar kita agar menjaga masa dan menggunakan peluang yang ada untuk beribadat bukannya dihabiskan begitu sahaja disebabkan kita tidak merasa berdosa apabila tidak mempedulikan masa. Orang kafir mapu menjaga masa dan menggunakan masa untuk perkara berfaedah serta tidak kurang juga digunakan untuk mengatur strategi di dalam menyerang Islam. Adakah kita terus hanyut dibuai mimpi sedangkan musuh Islam telah lama merancang untuk menghancurkan kita.
  8. Islam mahu melahirkan umat yang berkualiti dalam ibadat, masa dan pekerjaan yang mana ia tidak menyuruh kita sekadar menunaikan ibadat khusus seperti sembahyang, puasa dan bersedekah sahaja tetapi juga menekankan agar setiap ibadat yang dilakukan mampu melahirkan umat yang sedar siapa mereka dan apa tanggungjawab mereka. Ingatlah bahawa Rasulullah S.A.W pernah memarahi sahabat yang hanya mahu beribadat khusus sahaja sedangkan baginda S.A.W sendiri bukan sahaja merupakan orang yang kuat beribadat khusus, memohon keampunan malah baginda juga sebagai bapa, suami, ahli masyarakat dan juga yang paling besar dan berat adalah sebagai pemimpin negara. Semuanya dikira ibadat jika dilakukan mengikut landasan Islam. Kita jangan termakan dengan dakyah sesat golongan kuffar yang menyatakan ibadat adalah perkara yang berkaitan dengan sembahyang, puasa, haji dan ibadat khusus yang lain sahaja tanpa mempedulikan kewajipan kita yang besar seperti tanggungjawab terhadap kerja, keluarga, masyarakat setempat dan juga pemerintahan negara.
  9. Islam mencela mereka yang syirik, berzina dan bermusuhan yang mana doa mereka tidak dimaqbulkan.

Bibiografi

1. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibnu Hajar jilid 4 cetakan Maktabah Al-Risalah Al-Hadisah
2. Syarah Sohih Muslim oleh imam An-Nawawi jilid 15/16 cetakan Darul Makrifah
3. Kitab Fadahailul Auqat oleh Abi Bakar bin Al-Husin Al-Baihaqi di kaji oleh Adnan Abdul Rahman Majid Al-Qaisi cetakan Maktabah Al-Manarah Makah Mukarramah

NESFU SYAABAN


Malam ini 15 Syaaban atau lebih dikenali dengan nama Nesfu Syaaban. Nesfu Syaaban atau pertengahan bulan Syaaban adalah satu hari di mana amalan kita sepanjang tahun iaitu dari Nesfu Syaaban tahun lalu hingga ke hari ini diangkat ke langit.

Dan bermula malam ini kita membuka lembaran kitab baru untuk dicatatkan segala amalan dan perbuatan kita sehingga bertemu Nesfu Syaaban tahun depan.

Malam ini juga dituntut kepada kita supaya membaca surah Yaasin sebanyak 3 kali dengan permulaan bacaan itu kita memohon 3 doa yang berlainan.

Semoga Allah Rahmati kita semua

23 Jun 2010

Pesta Perkahwinan Hidayati & Joko di Tanjung Pinang, Indonesia


Tuan Haji Syarifuddin Abdul Hamid bersama Pak Andak Solhi
di Pulau Penyengat, Tanjung Pinang

Satu lagi pesta (majlis) perkahwinan anak cucu Haji Salleh akan berlangsung pada 28 Jun 2010 nanti. Kali ini melibatkan cicit Haji Salleh, dari jaluran Haji Abdul Hamid. Pesta ini akan berlangsung di Tanjung Pinang, Indonesia. Farjria Rahma Hidayati binti Syarifuddin bin Abdul Hamid bin Haji Salleh akan bernikah dengan pilihan hatinya Joko Kurniawan. Kedua-dua pasangan ini menetap dan bekerja di Tanjung Pinang juga.

Joko Kurniawan
Bakal menantu Tuan Haji Syarifuddin

Farjria Rahma Hidayati dari generasi keempat keluarga Haji Salleh adalah anak kedua kepada pasangan Syarifuddin Hamid dan Nurfarida. Selain Farjria, Nusyah Rizal anak sulung, bekerja dan menetap di Jakarta sudah mempunyai sepasang cahaya mata, Muhhammad Sulthani anak ketiga masih kuliah (menuntut) di Universiti Andalas, Padang dan Rahmi Rahmadhani anak bongsu, kini sedang menjalani latihan praktikum keguruan di Pekan Baru, Sumatra.

Tarikh yang dipilih itu bersempena dengan hari libur persekolahan (cuti sekolah) dua minggu yang bermula pada 19 Jun. Di Malaysia pula baru saja selesai cuti persekolahan dua minggu, minggu lepas.

Pak Andak Solhi berposing dekat jadual feri

Baru-baru ini semasa cuti persekolahan, Pak Anjang dan Pak Andak (Solhi) berkesempatan mengunjungi Tanjung Pinang selama 3 hari. Kunjungan silaturrahim ke Tanjung Pinang ini adalah yang pertama bagi kami dan kunjungan ini dibuat kerana pada tarikh pesta tersebut, kami sudah mulai bertugas. Kami ke sana melalui penerbangan dari Jakarta.

Untuk sampai ke Tanjung Pinang dari Malaysia, kita boleh menggunakan perkhidmatan feri dari Pelabuhan Stulang, Johor Baharu terus ke Pelabuhan Tanjung Pinang. Perkhidmatan feri 3 kali setiap hari (waktu pagi, tengahari dan petang) ini mengenakan tambang sebanyak RM90 sehala atau RM150 pergi balik. Perjalanan dengan feri yang memakan masa lebih kurang 2 jam ini sangat selesa dan nyaman.


Sedang tawar menawar harga telur penyu
Ada yang sudah direbus dan yang mentah

Kepada sanak saudara yang telah dijemput ke pesta tersebut silalah mengunjungi Tanjung Pinang. Di sana anda boleh membeli belah seperti di Jakarta atau Bandung. Pemeriksaan Kastam di Johor Baharu tidaklah begitu cerewet.

Menanti matahari tenggelam di waktu senja di Tanjung Pinang

Kepada Farjria Rahma Hidayati dan Joko Kurniawan, kami mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan moga-moga berkekalan sehingga ke akhir hayat nanti. Insya Allah.

21 Jun 2010

Sri Kedah (Pagi lah Pagi)


18 Jun 2010

Hari Tunang Adik Lelaki Ku


Nota: Catatan ini diambil dari blog Along


...dah lama tak post any entry dalam blog kesayangan ku ini. Sibuk sangat2, macam2 yang nak di'setel'kan. sekolah, rumah, sekolah, rumah.. dan hari ini juga telah selesai satu perkara terakhir yang dibuat dalam bulan Jun ini. Boleh dikatakan 'Buziest Month of this Year'.
Ye..hari ini terlaksanalah majlis yang diriku ini adalah antara peneraju utama. Kalau dalam ranking, duduk di tempat kedua selepas my mom. Majlis Pertunangan Adik Lelaki Ku.
Angah

Along (me)

3 dara kecil

3 dara kecil..again




antara hantaran dari pihak lelaki

acara menyarung cincin

*Muhammad Hasnul Hadi & Hasnita*
moga berjaya mengharungi alam pertunangan yang penuh dengan cabaran dan dugaan


05 Jun 2010

Satu Lagi Majlis Walimah (26/06/2010)


Satu lagi majlis perkahwinan dari kalangan sanak saudara kita akan diadakan pada 26 Jun 2010, Sabtu.
Kali ini giliran Fakhrulrazi Ismail, anak kepada Almarhum Ismail Elias dan Salmah Othman. Fakhrulrazi adalah dari generasi ke-5 dan beliau anak ke-5 dari 6 adik beradik.



Semoga majlis yang rancangkan itu nanti akan berjalan dengan lancar dan kedua mempelai diberkati Allah SWT hendaknya, amin.

30 Mei 2010

Tahniah Fahmi dan Siti Norezah


Selepas menjamu selera di rumah Abang Baharudin kami ke rumah Dato' Arfanuddin pula untuk meraikan perkahwinan Fahmi dan Siti Norezah. Sampai lebih kurang jam 4.00 ptg. Tetamu masih bertali arus.

Antara peristiwa yang sempat dirakamkan






lain-lain gambar selepas ini
Kepada sanak saudara yang ada merakam peristiwa ini boleh kirimkan kepada anizar256@gmail.com

Tahniah Ratna Salwani & Ramli


Kemaren 29/05/2010 Sabtu pergi kenduri perkahwinan Ratna Salwani dan Ramli di Jalan Fajar, Off Jalan Sultanah, Alor Setar. Kami sampai tu dah dekat pukul 3.00ptg. Tetamu masih ramai dan jalan sesak.

Antara peristiwa yang dapat dirakamkan





lain-lain gambar, selepas ini
Kepada sanak saudara yang ada merakam peristiwa ini boleh kirimkan kepada anizar256@gmail.com

24 Mei 2010

Dua Kenduri Serentak Sabtu ini (29-05-2010)


Pak Anjang menerima jemputan kenduri dari sanak saudara kita minggu lepas. Yang menariknya tarikh yang dipilih itu adalah sama.


Yang pertama daripada Datuk Arfanuddin Haji Hussain, di mana anak beliau Mohamad Fahmi akan melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya Siti Norezah



Manakala kad kedua pula dari Tuan Haji Baharuddin Tahir di mana anak beliau Ratna akan melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Ramli.

Semoga kedua-dua mempelai ini akan dirahmati oleh Allah dan dipanjang usia perkahwinan mereka hingga akhir hayat.