Kisah ini berlaku pada hayat Luqman al-Hakim dimana seorang wanita dermawan menghadiahkan seekor kambing kepada Luqman al-Hakim dan berpesan:
"Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian terburuk daripadanya untuk saya makan,"
Setelah kambing itu disembelih, Luqman al-Hakim mengirimkan hati dan lidah kambing itu kepada wanita itu. Beberapa hari kemudian, wanita itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing kepada beliau dan berpesan agar dikirimkan sebahagian daripada kambing tersebut.
Namun pada kali kedua ini, bukan bahagian terburuk yang diminta oleh wanita itu, tetapi dia meminta bahagian yang terbaik daripada kambing itu untuk dikirimkan kepadanya. Setelah kambing itu disembelih, Luqman al-Hakim tetap mengirimkan hati dan lidah kepadanya. Lalu wanita itu bertanya:
"Mengapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk? dan mengapakah lidah dan hati juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?"
Lalu Luqman al-Hakim menjawab:
"Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya."
Mendengar jawapan Luqman, wanita itu memahami bahawa hati dan lidah adalah pokok segala kebaikan begitu juga sebaliknya. Dari hati dan lidah juga akan terbit segala kejahatan dan keburukan.
Oleh itu, marilah kita sama-sama menjauhkan hati dan lidah kita dari perkara yang melalaikan kerana ia merupakan akar kegala kebaikan dan kejahatan dalam diri kita. Bertepatan dengan hadis Nabi S.A.W:
" Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati."
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)
Muhamad Afiq
0 comments:
Catat Ulasan