Telah dikhabarkan kepada aku akan sebuah cerita...
Seorang pemanah yang cekap dan 'terer' dalam memanah hendak membuktikan bahawa dia adalah seorang pemanah yang dapat memanah tepat pada sasarannya. Datang seorang pemuda yang tidak percaya dan tidak yakin lalu meminta dia membuktikan kata-katanya itu.
Pemanah tersebut meminta seseorang menjadi pembantunya. Kemudian dia meletak sebiji buah tembikai di atas kepala pembantunya dan si pemanah tersebut berundur untuk mengambil jarak. Kemudian pemanah tersebut memanah dan anak panahnya berjaya menembusi buah tembikai tersebut.
Si pemuda itu tadi tidak puas hati dan tidak percaya bahawa si pemanah tersebut dapat memanah tepat pada sasarannya. Pemuda itu berkata, "Alah, dekat ja tu. Bukan jauh mana pon. Aku pon boleh buat". Mendengar kata-kata ketidakpuasan pemuda itu, pemanah tersebut meletakkan sebiji epal di atas kepala pembantunya dan meminta pembantunya berundur jauh ke belakang. Jarak kedua ini lebih jauh dari yang pertama.
Kemudian, si pemanah tersebut memanah dan kena tepat pada buah epal tersebut. Pemuda itu berasa tidak puas hati lagi dan tidak percaya. Si pemanah meletakkan pula sebiji buah limau nipis dan meminta pembantunya berada sejauh mungkin. Si pemanah tersebut melakukan panahannya. Anak panah tersebut sekali lagi berjaya kena tepat pada limau nipis tersebut.
Kali ini, pemuda itu percaya bahawa si pemanah itu merupakan pemanah yang cekap dan tepat pada sasarannya. Mendengar kata pemuda tersebut, si pemanah dengan senang hati memintanya menjadi pembantu untuk membuat pertunjukkan di hadapan khalayak. Terus pemuda tersebut gugup dan menggigil ketika buah epal diletakkan di atas kepalanya. Kerana apa? Kerana pemuda tersebut hanya percaya akan kehebatan pemanah tersebut tetapi dia tidak yakin akan kehebatan pemanah itu. Jika kita adalah pemuda tersebut, tidak kiralah lelaki atau perempuan, bagaimana pula halnya?
Itulah Iman
Begitulah perihalnya dengan iman. Iman itu bukanlah setakat percaya, bahkan iman itu merangkumi dua perkara yakni percaya dan yakin. Yakin di sini adalah yakin yang sebenar-benarnya. Bukannya dengan 50-50, 70-30, 90-10, 99-1 kadarnya. Tetapi dengan 100% itulah yakin. Jika masih belum sampai 100% yakin, maka masih ada sedikit rasa syak dalam diri dan hati seseorang terhadap agamanya yakni Islam.
Ayuhlah, koreksi diri kembali. Bagaimana rupa iman kita? Serupakah iman kita dengan iman pemuda itu? 50-50? 70-30? 90-10? 99-1? Tanyalah diri sendiri. Tepuk dada tanya hati.
Wallahu a'lam...
ahmad nizamuddin
http://singlexxxx.blogspot.
1 comments:
bagus atikel ni Nizam, post lagi dilain masa
Catat Ulasan