Blog ini dibangunkan pada 28 Nov 2009 iaitu hari yang sama diadakan Perhimpunan Perdana Keluarga Haji Salleh
Blog iko dibuek pado 28 Nov 2009 iaitu ari nan samo diadokan Parimpunan Pardano Kaluargo Haji Salleh

MAKLUMAT TERKINI

Warna hijau adalah dalam bahaso urang awak. Kok salah arok dapek dimaafkan


01/01/2011 - 1.00 pg
Selamat Menyambut tahun baru 2011. Semoga tahun baru ini lebih mendekatkan lagi tali silaturrahmi antara kita anak cucu cicit piut Haji Salleh.




Arkib MAKLUMAT TERKINI di sini
 
Jom sembang-sembang di sini. Nak komen ke, nak bagi cadangan ke, nak kutuk ke, semua boleh demi kebaikan bersama. Tolong bagi tau cucu cicit piut Haji Salleh yang lain-lain tu..
Molah sembang siko. Nak komen ko, nak bagi cadangan ko, nak kutuak ko, kasado buliah dami kabaikan basamo. Toloang bagi tau cucu cicik piuik Haji Salleh nan lain-lain tu..

13 Mac 2010

Hadiah Terbaik dan Terburuk


Hadiah Terbaik dan Terburuk

Kisah ini berlaku pada hayat Luqman al-Hakim dimana seorang wanita dermawan menghadiahkan seekor kambing kepada Luqman al-Hakim dan berpesan:

"Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian terburuk daripadanya untuk saya makan,"

Setelah kambing itu disembelih, Luqman al-Hakim mengirimkan hati dan lidah kambing itu kepada wanita itu. Beberapa hari kemudian, wanita itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing kepada beliau dan berpesan agar dikirimkan sebahagian daripada kambing tersebut.

Namun pada kali kedua ini, bukan bahagian terburuk yang diminta oleh wanita itu, tetapi dia meminta bahagian yang terbaik daripada kambing itu untuk dikirimkan kepadanya. Setelah kambing itu disembelih, Luqman al-Hakim tetap mengirimkan hati dan lidah kepadanya. Lalu wanita itu bertanya:

"Mengapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk? dan mengapakah lidah dan hati juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?"

Lalu Luqman al-Hakim menjawab:

"Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya."

Mendengar jawapan Luqman, wanita itu memahami bahawa hati dan lidah adalah pokok segala kebaikan begitu juga sebaliknya. Dari hati dan lidah juga akan terbit segala kejahatan dan keburukan.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menjauhkan hati dan lidah kita dari perkara yang melalaikan  kerana ia merupakan akar kegala kebaikan dan kejahatan dalam diri kita. Bertepatan dengan hadis Nabi S.A.W:


" Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati."
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)


Muhamad Afiq

PeRcaYa DaN YaKiN


- PeRcaYa DaN YaKiN -

Telah dikhabarkan kepada aku akan sebuah cerita...

Seorang pemanah yang cekap dan 'terer' dalam memanah hendak membuktikan bahawa dia adalah seorang pemanah yang dapat memanah tepat pada sasarannya. Datang seorang pemuda yang tidak percaya dan tidak yakin lalu meminta dia membuktikan kata-katanya itu.

Pemanah tersebut meminta seseorang menjadi pembantunya. Kemudian dia meletak sebiji buah tembikai di atas kepala pembantunya dan si pemanah tersebut berundur untuk mengambil jarak. Kemudian pemanah tersebut memanah dan anak panahnya berjaya menembusi buah tembikai tersebut.

Si pemuda itu tadi tidak puas hati dan tidak percaya bahawa si pemanah tersebut dapat memanah tepat pada sasarannya. Pemuda itu berkata, "Alah, dekat ja tu. Bukan jauh mana pon. Aku pon boleh buat". Mendengar kata-kata ketidakpuasan pemuda itu, pemanah tersebut meletakkan sebiji epal di atas kepala pembantunya dan meminta pembantunya berundur jauh ke belakang. Jarak kedua ini lebih jauh dari yang pertama.

Kemudian, si pemanah tersebut memanah dan kena tepat pada buah epal tersebut. Pemuda itu berasa tidak puas hati lagi dan tidak percaya. Si pemanah meletakkan pula sebiji buah limau nipis dan meminta pembantunya berada sejauh mungkin. Si pemanah tersebut melakukan panahannya. Anak panah tersebut sekali lagi berjaya kena tepat pada limau nipis tersebut.

Kali ini, pemuda itu percaya bahawa si pemanah itu merupakan pemanah yang cekap dan tepat pada sasarannya. Mendengar kata pemuda tersebut, si pemanah dengan senang hati memintanya menjadi pembantu untuk membuat pertunjukkan di hadapan khalayak. Terus pemuda tersebut gugup dan menggigil ketika buah epal diletakkan di atas kepalanya. Kerana apa? Kerana pemuda tersebut hanya percaya akan kehebatan pemanah tersebut tetapi dia tidak yakin akan kehebatan pemanah itu. Jika kita adalah pemuda tersebut, tidak kiralah lelaki atau perempuan, bagaimana pula halnya?

Itulah Iman

Begitulah perihalnya dengan iman. Iman itu bukanlah setakat percaya, bahkan iman itu merangkumi dua perkara yakni percaya dan yakin. Yakin di sini adalah yakin yang sebenar-benarnya. Bukannya dengan 50-50, 70-30, 90-10, 99-1 kadarnya. Tetapi dengan 100% itulah yakin. Jika masih belum sampai 100% yakin, maka masih ada sedikit rasa syak dalam diri dan hati seseorang terhadap agamanya yakni Islam.

Ayuhlah, koreksi diri kembali. Bagaimana rupa iman kita? Serupakah iman kita dengan iman pemuda itu? 50-50? 70-30? 90-10? 99-1? Tanyalah diri sendiri. Tepuk dada tanya hati.

Wallahu a'lam...


ahmad nizamuddin
http://singlexxxx.blogspot.com/

28 Februari 2010

Gambar2 Sekitar Majlis Perkahwinan Alyana Azmi dan Zuber (2)


Dua orang saudara kita yang macho.
Muammar Taufiqi & Muadz Amini bin Mustafa

 
Lagi tetamu sedang menjamu selera

26 Februari 2010

Andai Rasulullah s.a.w bersama kita


Andai Rasulullah s.a.w bersama kita



Assalamualaikum warahmatullah

Hari ini 12 Rabiul Awwal, hari kelahiran/kewafatan kekasih Allah yang kita cintai, Muhammad Rasulullah sallallahu alaihi wasallam [pakat-pakat selawat bila dengar/baca namanya disebut; kalau tak kita jadi kedekut].

Mungkin semalam kita dah dengar ceramah ustaz-ustaz di mana saja kita berada, jadi tak perlulah saya nak berceramah kepada ibu-ibu, bapa-bapa, abang-abang dan adik kakak sekalian. Tapi ada satu video tentang program menarik yang ingin saya kongsikan dengan saudara semua.

Tonton sampai habis video ni, dan sama-sama fikirkan - kalau Rasulullah ada dengan kita sekarang apa baginda rasa? Gembira? Bangga? Marah? Kecewa? Malu?

Selamat meraikan kedatangan insan mulia ini beserta risalah yang dibawanya. =)

Kiriman: Acap, London

Selamat Ulang Tahun Jahis Syahar Binti Jamal


JAHIS SYAHAR BINTI JAMAL menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-17 pada hari ini 26 Februari 2010. Jahis Syahar lebih mesra dipanggil Jahis ialah anak ke-5 dari pada 8 adik-beradik.

Anak kepada pasangan Ustaz Jamal bin Dato' Haji Hussain dan Puan Jemelah bt Saad, kini sedang menuntut di SMK Syed Mohamad Al-Bukhary, Alor Setar dalam tingkatan 5. Beliau akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada hujung tahun ini. Bapanya Ustaz Jamal bin Dato' Haji Hussain bin Haji Salleh adalah seorang guru dan ibunya juga seorang guru.

Semoga Jahis akan belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM nanti. Kami juga mendoakan semoga Jahis beroleh kesihatan yang baik dan berjaya dalam mencapai cita-citanya. Amin

25 Februari 2010

Selamat Ulang Tahun Muhammad Zikri Bin Ahmad Najib


MUHAMMAD ZIKRI BIN AHMAD NAJIB menyambut hari ulangtahun kelahirannya yang ke-22 pada hari ini 25 Februari 2010. Dilahirkan di Alor Setar, Muhammad Zikri adalah anak ke-3 bagi pasangan Tuan Haji Ahmad Najib bin Dato' Haji Hussain dan Puan Hajah Fathillah binti Ahmad Nasaruddin. 

Kedua-dua ibu bapa Muhammad Zikri adalah guru dan kini mereka baru sahaja bersara dari bidang pendidikan dan menetap di Taman Mulia, Alor Setar.

Muhammad Zikri kini sedang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Puncak Alam, Shah Alam, Selangor dalam bidang kejuruteraan. Muhammad Zikri adalah dari Generasi ke-4 Keluarga Haji Salleh. 

Beliau memulakan pelajaran di SK Taman Uda dan kemudian menyambung pelajaran di SMK Dato Syed Omar sehingga ke Tkn 5. 

Kami mendoakan Muhammad Zikri diberikan Allah SWT kesihatan yang baik berjaya dalam mengejar cita-citanya. Amin

Selamat Ulang Tahun Mohd Asri Bin Mohd Din


MOHD ASRI BIN MOHD DIN menyambut hari ulangtahun kelahirannya yang ke-34 pada hari ini 25 Februari 2010. Mohd Asri adalah anak kepada pasangan Mohd Din bin Yusof dan Almarhum Rosnah binti Abdul Hamid. 

Anak bungsu dari 5 adik beradik ini yang terdiri dari 3 perempuan dan 2 lelaki ini telah berumahtangga dengan pasangannya Puan Siti Hamidah binti Mohamad Lasim pada 10 Februari 2002.  

Ibunya Almarhum Rosnah binti Abdul Hamid meninggal dunia beberapa minggu selepas Mohd Asri dilahirkan akibat 'tumpah darah'. Sejak dari hari itu, Mohd Asri dibesarkan oleh Mak Longnya iaitu Puan Hajah Shamsidar bin Abdul Hamid. 

Memulakan persekolahannya di SK Langgar dan kemudian ke Maktab Mahmud Alor Setar, kini Mohd Asri atau lebih mesra dengan panggilan Asri atau 'E', bekerja sebagai pegawai kastam di Klang, Selangor. Manakala isterinya, Puan Hamidah pula adalah seorang guru, juga bertugas di Klang, Selangor. Mereka masih belum dikurniakan cahaya mata. 

Kami mendoakan semoga Asri dan isteri dimurahkan rezeqi, diberikan kesihatan yang baik oleh Allah SWT dan bergembira dengan kerjaya masing-masing. 

Di samping itu jangan putus harapan untuk berdoa supaya cepat dikurniakan zuriat. Insya Allah

23 Februari 2010

Gambar2 Sekitar Majlis Perkahwinan Alyana Azmi dan Zuber (1)


 
Penganti bergambar bersama teman-temannya

 
Suasana di hadapan rumah pengantin

21 Februari 2010

Majlis Perkahwinan Masrurul Azni Bin Abdul Aziz pd 20-02-2010.


Tahniah buat Asrul kerana melangsungkan perkahwinan dgn gadis pilihan, Zaiayu bt Abdul Rahman.

Asrul merupakan generasi ke-4  dan anak ke-3 kepada pasangan Encik Abdul Aziz bin Hj Abdul Hamid bin Hj Salleh dan Puan Siti Rohani bt Hj Kassim.

Majlis telah berlangsung di Kuantan, dan ramai juga anak cucu Hj Salleh yang datang memeriahkan majlis. Terima kasih kerana sudi datang.

Gambar terdiri daripada generasi ke-3 (Pn Samsidar, En. Abd. Aziz, En. Ahmad Taufik) hingga generasi ke-6 (Anak kpd Nur Fatil Ayuni).