MAKLUMAT TERKINI
Arkib MAKLUMAT TERKINI di sini
|
Molah sembang siko. Nak komen ko, nak bagi cadangan ko, nak kutuak ko, kasado buliah dami kabaikan basamo. Toloang bagi tau cucu cicik piuik Haji Salleh nan lain-lain tu..
31 Januari 2010
Selamat Ulang Tahun Jalaluddin bin Jamal
30 Januari 2010
ARKIB SEMBANG-SEMBANG 9
Sehingga: 27/01/2010 - 12.18 pg
Afnan: butul.. jd doc.. nnt jd cam acap yg amat bzz.. har har har.. nnt nk snap satu.. arab ni jakun tgk slr.. nnt depa nk pegang2.. cis nye arab
Acap: jgnla jd doktor - baik jd cikgu, mcm omak. mlm2 buleh online. haha
Sokkeria: Bulan Januari sampai 31hb kan..
Sokkeria: tak pa la, tak yah nak kalut
Nizar: TAC not TAG
Nizar: oh Mak Ngah Kiya, Maybank TAG system malam ni ada masalah, esok aku bank-in
Nizar: Angah sibok tulis buku rekod ka? heheh da jadi cikgu camtu laa keja dia
Nizar: da malam dah bank-in ka?
Nizar: afnan, kalau sama hantag la gambaq mai, kami nak tengok jugak
paksu sukarno/bakri: PETANG NIE AKU PI BANK IN
R.Azimei: selamat ulang tahun afiq. moga selamat dunia akhirat. nak jadi doktor jugak ka hang he.he. tak yah ambik insuran lah. nanti pakat-pakat buat medical centre pulak na
R.Azimei: Tengok Baji tu teringat p bandung naik angkut. terantuk kepala rasa bengong sat. kalau orang tinggi tak tau macam mana.
Afnan: bajaj kat jakarta.. kat mesir dia panggil toktot.. haha, sebijik sama
Afnan: bkn ke Afiq minat jd ustaz ka?.. haha
Nizar: Acap, entahlah... dia tengok abang2 dia buat medic dia pun teringin la tuh hahaa
Nizar: Tenkiu Sol. Satu usaha yang baik. Loan tanpa riba. Bayar jangan tak bayar balik sudah
Acap: jak bile afiq nk buat medic nih? hau3
solhitagor: Jika telah bank in .simpan resit bank baik-baik untuk rujukan bendahari.
solhitagor: Salam,Good Morning...Pak Anjang Nizar,Pak Su Karno,MakLang Lai,Fathein,azimi,Husna,Hadi...sila Bank in RM100 ke ac Mak Ngah Kia" no ac.BIMB 12122020011860.Tabung kita bermula bulan ini. sapa yang tak menabung tak boleh bua loan.
Nizar: betoi2
Lye: gaji ka tak gaji ka orang menega juga yang senang
29 Januari 2010
Anniversary Pak Anjang dan Mak Anjang yg ke-23
70 km dari Jakarta semasa lawatan ke Jakarta/Bandung
Disember lepas. Latar belakang itu adalah ladang teh
tengoklah bila2 aku lapang...
Selamat Ulang Tahun Nafisah Amani Ahmad Najib
Selamat Ulang Tahun Puan Azmiyah Elias
28 Januari 2010
ARKIB SEMBANG-SEMBANG 8
Acap: Fuh busy pak su nih
Nizar: gambaq kita 6 bradik skali dgn mak tu ada lagi ka? gambar tu ambik sama time gambar hang kecik2 dgn mak tu, try rosek2 tengok
Nizar: tak pa, hang mmg sibuk, hang pi rosek2 gambaq lama tu boh dlm thumb drive bagi kat aku. nanti aku goreng hahaa
paksu sukarno/bakri: ahad telok air tawar pp
paksu sukarno/bakri: aku nak menulis payah sikit, dok kalut siapkan slaid nak pi ceramah, pagi esok di polimas jitra . .. mlm esok i kolej pertanian jln langgar, subuh jumaat kat poli kulim , pagi jumaat paksi kulim, malam sabtu di mrsm merbok, pagi sabtu di rumah mb mentalo
Nizar: aku suka kalau ada update, tambah2 kisah lama dengan gambar. biar anak cucu tengok dan kenal kita semua. La ni depa dok segan segan lagi
paksu sukarno/bakri: tak pa hang buat dan jaga blog nie pun kita terbaik dah... sipa dengan statistik lagi.... mana ada orang buat
Nizar: 27 mac tu cuti sekolah dak?
Nizar: oh macam tu ka? aku bab mesyorat ni paling rimas, hahaa
paksu sukarno/bakri: tak tau pulak nanti aku tanya balik kat dia
paksu sukarno/bakri: dia cadang nak buat pertemuan masyarakat kampar pada 27 mac di bagan datok minta kita hantar seramai mungkin dato zahis setuju nak rasmi
Nizar: ikmal ada website dak? nak tengok perkembangan kelab tu
Nizar: tak pa, yg penting ada feed back
paksu sukarno/bakri: TU YANG AKU BUAT DULU TU.. TAPI RESPON KURANG, TAPI YANG HANG BUAT LEBIH BERKESAN
Nizar: contoh, kak bushroh ada isi, tapi baharudin dan anak2 tak isi pulak, hehheh, macam2 ada.
paksu sukarno/bakri: dia minta semua daftar jadi ahli IKMAL
Nizar: actually rekod tu kena isi semua orang, tak kira menantu atau waris, semua kena isi baru tau letak duduk dan maklumat
Nizar: hehee tak pa, saja aku tertengok yg lain2 tu nanti aku sound
Nizar: hang bagi address blog ni kat dia dak?
paksu sukarno/bakri: bukan apa tak dan nanti aku suruh anak akumasukkan
Nizar: setiausaha kena tunjuk teladan heheh
27 Januari 2010
gambar keluarga
Keterangan Gambar:
Gambar ini dirakamkan semasa Majlis Perkahwinan anak kepada Puan Hajah Norainon bt Haji Husin dan Haji Hamaru bin Mamat, iaitu Nor Ismak Muliana dengan Mohamad Aflaha Solihin yang berlangsung pada bulan Oktober tahun lalu.
Dari kiri: Kak Teh Na (Puan Hajah Noraini bt Mohd Din - G4), Kak Non (Puan Hajah Norainon bt Haji Husin - G4), Pak Njang Aziz (Encik Abdul Aziz bin Ahdul Hamid - G3), Emak (Hajah Shamsidar bt Abdul Hamid - G3) dan Emak Fadhillah (Puan Hajah Fadhillah bt Jimat, isteri kepada Haji Mohd Din bin Yusuf)
G - Generasi Haji Salleh
Kiriman: Mohd Asri bin Mohd Din
Takziah kepada Mohd Syahir dan Ruhill Husna
Kami menerima berita sedih ini lebih kurang jam 1.00 tgh tadi. Haji Suffian bapa kepada Mohd Syahir bin Haji Suffian telah kembali ke rahmatullah pagi tadi di rumahnya di Pekan Pendang, Kedah. Mohd Syahir adalah menantu kepada Mak Long Hajah Norhairiah A Hamid dan juga suami kepada Ruhill Husna bt Mohamad.
Antara jasa-jasa Almarhum Haji Soffian ialah membangunkan sebuah sekolah arab yang terletak bersebelahan rumahnya, dulu dikenali sebagai Pondok Tuan Guru Haji Abdul Aziz Pendang. Kini sekolah itu diurus dan ditadbir oleh anaknya Mohd Syahir.
Amin.
26 Januari 2010
Naik Bajaj Di Jakarta
Selamat Ulang Tahun Muhamad Afiq Abdull Jalil
25 Januari 2010
Tarikh Terima Gaji 2010
JADUAL PEMBAYARAN GAJI KAKITANGAN AWAM KERAJAAN MALAYSIA TAHUN 2010 | ||
BULAN | TARIKH GAJI | SELA (hari) |
Januari | 25-01-2010 | 39 |
Februari | 08-02-2010 | 14 |
Mac | 25-03-2010 | 45 |
April | 22-04-2010 | 28 |
Mei | 24-05-2010 | 32 |
Jun | 24-06-2010 | 31 |
Julai | 22-07-2010 | 28 |
Ogos | 25-08-2010 | 34 |
September | 23-09-2010 | 29 |
Oktober | 25-10-2010 | 32 |
November | 10-11-2010 | 16 |
Disember | 20-12-2010 | 40 |
23 Januari 2010
MOHD ASRI BIN MOHD DIN
anak kepada pasangan Mohd Din dan Rosnah. Bertugas di dalam
perkhidmatan awam dan kini menetap di Klang, Selangor
Kiriman: Mohd Asri Mohd Din
hj hamaru mamat
menantu kepada hjh shamsidar. beliau kini menetap di kuala terengganu
dan memiliki profesion sebagai seorang guru. so, siapa2 nak melancong
ke Ganu Kite (pada masa cuti sekolah), boleh lah melantik beliau
menjadi tourist guide anda yang paling sesuai.
Kiriman: Mohd Asri Mohd Din
hj zaini hj hussain
bro zai
Nama beliau Haji Zaini bin Haji Husin.
Mempunyai 6 orang cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan Hajah Roziyati bt Abd Rahim adalah seorang usahawan yang berjaya. Kerjaya beliau sebelum itu adalah seorang Tentera Darat.
Beliau kini tinggal di Sungai Lalang, Sungai Petani
Kiriman: Mohd Asri Mohd Din
Allahyarhamah Hajah Nafsiah
Allahyarhaman Hajah Nafsiah adalah dari generasi ke-2. Meninggal dunia pada 20 Oktober 2009. Alfatihah kepada beliau. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT.
Beliau adalah isteri kepada Haji Abdul Hamid bin Haji Salleh bin Khatib. Mempunyai 7 orang cahaya mata, dua daripadanya telah meninggal dunia.
Hajah Shamsidar bt Haji Abdul Hamid dari generasi ke-3, adalah anak sulung dari 7 adik beradik. Mempunyai 2 orang anak hasil perkongsian hidup dengan Almarhum Haji Hussain bin Haji Md Zain iaitu Haji Zaini dan Hajah Norainon. Kini menetap di Langgar, Alor Setar, Kedah.
Kiriman: Mohd Asri Mohd Din
Selamat Ulang Tahun Nur Adibah Ahmad Shukri
Amin ya Robbal 'alamiin.
21 Januari 2010
Selamat Ulang Tahun Suha Wafieya Mohd Syahir
Suha Wafieya dari Henerasi ke-5 keluarga Haji Salleh, baru menyambut ulangtahun kelahirannya yang pertama. Beliau kini tinggal bersama ibunya di Pulau Pinang.
Bapanya Mohd Syahir adalah seorang Pengetua Sekolah Agama di Pendang, Kedah, manakala ibunya adalah seorang guru di Pulau Pinang. Ibunya masih menunggu kelulusan pertukaran ke Negeri Kedah.
Semoga Suha Wafieya sentiasa sihat dan cepat membesar.
Amin, ya rabbal 'alamiin
Selamat Ulang Tahun Aizul Kamal
Aizul adalah dari Generasi ke-4 keluarga Haji Salleh. Beliau merupakan anak sulung dari 4 orang adik beradiknya yang masih hidup.
Aizul Kamal yang lebih dikenali dengan panggilan Aizul adalah seorang yang peramah dan periang. Beliau kini tinggal di Changkat Jering, Taiping, Perak bersama-sama kedua orang tuanya.
Tuan Haji Aizuddin adalah seorang Pengetua sekolah dan Hajah Kamaliah juga seorang guru. Kedua-dua mereka kini masih bertugas di Negeri Perak, Darul Ridzuan.
Dengan ulangtahun kelahirannya yang ke-26 ini, kita mendoakan semoga Aizul akan bejaya dalam segala usaha dan cita-citanya.
Amin, ya rabbal 'alamiin
17 Januari 2010
Hari Keputeraan Sultan Kedah
Sumber: http://kdymmtuankusultan.kedah.gov.my/index.php
16 Januari 2010
Selamat Ulang Tahun Mohd Fakhrul Ariff Bin Hamaru
Bapa beliau berasal dari Trengganu dan kini menetap di bandar Kuala Trengganu.
Kepada Mohd Fakhrul Ariff kami semua doakan anda berjaya mencapai cita-cita dan dirahmati Allah SWT sepanjang masa.
Amin.
Ayah inyo barasa dari Trengganu jo kini manatap di banda Kualo Trengganu
Bakeh Mohd Fakhrul Ariff kami kasado doakan waang barjayo mancapai cito-cito jo dirahmati Allah SWT sapanjang maso.
Amin
**nota
Maklumat beliau baru diperolehi hari ini. Sebab itulah terlewat 4 hari
Maklumaik inyo baru denai dapek ari iko sabab itulah talapeh ompek ari
Foto ayahanda Hj.Abdul hamid bin Hj Salleh bin hj khatib
ni foto Allahyarham ayahanda Hj.Abdul Hamid bin Hj Salleh bin hj Khatib
tahun diambil tidak dapat dikesan.tapi yang pasti diusia mudanya.
Kiriman Solhi Tagor Abd Hamid
Mudiak Arau - Lagu Minang
Mudiak Arau
Anak urang sabuak andaleh yo mamak oi
Singgah ka rumah si sutan mudo
Si sutan mudo
Singgah ka rumah si sutan mudo
Si sutan mudo
Bia abih oi bialah tandeh yo kanduang oi
Hati den kanai ka baa juo
Ka baa juo
Hati den kanai ka baa juo
Ka baa juo
Indak dapek musim manyiang yo tuan oi
Musim manuai den nanti juo
Den nanti juo
Musim manuai den nanti juo
Den nanti juo
Indak dapek oi tarago bujang yo tuan oi
Baranak ampek den nanti juo
den nanti juo
Baranak ampek den nanti juo
den nanti juo
Indak dapek musim manyiang yo tuan oi
Musim manuai den nanti juo
Den nanti juo
Musim manuai den nanti juo
Den nanti juo
Indak dapek oi tarago bujang yo tuan oi
Baranak ampek den nanti juo
den nanti juo
Baranak ampek den nanti juo
den nanti juo
Ondeh mande sansai badan
Ondeh mande sansai badan
Gerhana Matahari Jumaat 15/01/2010
Ubekkan Denai
Lagu Deyen tujukan buek Paknjang Deyen tacinto dengan ucapan,
La habi kojo.... basuah tangan, pai baliok... heheh
15 Januari 2010
KERAHAN TENAGA
salam..
Hari raya kedua aidil adha
family besar ya aku punyai..akan membuat satu perjumpaan..
"PERHIMPUNAN KELUARGA HJ SALEH"
HJ Salleh neh moyang aku..
perjumpaan ini diadakan di rumah atok aku..iaitu HJ Hussain B HJ Salleh
yg terletak di Makam Diraja Langgar.. (Pondok Hj Hussain)
setelah atuk aku meninggal..
tok aku pon pndah..
dia pindah kat kawasan perumahan..dekat la dengan umah aku..
so, rumah tuh ditinggal kan kepada mak cik aku..(kakak ayah aku tp mak lain..)
p/s atuk aku kawin 3..hehe
semua org panggil kat makcik aku neh Cik Not..dia neh dh tua..
so..umah atok aku neh..tak terurus la..dh lama ditinggal kan..
lebih dr 10 tahun...lama tuh..
kalo tok aku balik tgk..kompom..mesti dia sedey..umah dia mcm tongkang pecah..hahah..
ada upah org indon utk kemas umah tuh..tp depa mcm x buat kerja jah..
kotar mcm tuh jgk..(hampa)
so, apa lagi..abg aku, adk aku..ngan semua sepupu2 aku.,kena kerahan tenaga laaa...
mcm zaman jepun..( kena paksa) tapi kami ikhlas,,hahaha..
nk baut perjumaan keluarga punya pasal...
kena la buat..
x kn nk biar buruk..
dianggarkn..haji salleh mempunyai anak,cucu,cicit, dn menantu seramai 30o org ..banyk tuh..
aku pon x kenal sapa..
hahahahaha...
penat sgt2 kami semua mengemas rumah tuh..hahaha..
rumah neh besaq..2 tinggkat..siap smbong ngan surau lg..
14 Januari 2010
Lagu Tiga Kupang
Salam semua,
Lagu ni AngkuE dengan Paknjang Nizar suka nyanyi sewaktu kami berusia 7 tahun,
hehe... dengarlah!
Potret budak comel
lebih kurang 20 tahun yang lalu.
boleh sapa2 nak cuba teka potret siapa ini?
13 Januari 2010
12 Januari 2010
Selamat Hari Lahir Puan Najat Dato' Haji Hussain
Beliau menetap di Kampong Baru Langgar, berdekatan dengan Maktab Mahmud Pokok Sena. Beliau dikenali dengan panggilan Ummi di kalangan anak-anak saudaranya.
Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik oleh Allah SWT.
Amin
11 Januari 2010
Potret Pak Cik Hj Omar
Inilah dia Pak Cik/Tok Cik Haji Omar
Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah sekitar tahun 1960-an selepas menang pilihanraya 1959 dan menjadi Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) Kerajan Negeri Kedah.
Sumber gambar ini, tanya Pak Su Sukarno
Pak Su Sukarno/Bakri time belum sekolah
Ini gambar Pak Su Sukarno/Bakri bersama Tok Su Saniah
Masa ini Pak Su belum masuk sekolah rendah lagi
Umur dia dalam 5 atau 6 tahun
Comel tak?
Ada nampak macam adnin? irfan? arham? atau arif?
Time ni nampak aurat tak pa, budak kecik lagi.
Tarikh dirakam: 1969
Gambar Lama
Ini pula gambar tahun 70-an.
Dari kiri Tok Su Saniah, Sokkeria (Mak Ngah Kia), Ahmad Nizar (Pak Anjang) dan di belakang itu Sukarno (Pak Su/Bakri)
Mak Ngah Kia tinggal di Desa Jaya Kepong, seorang guru di sebuah sekolah menengah di Selayang. Sekolah apa tak ingat. Jadi dalam keluarga Pak Anjang (sebelah Tok Su Saniah) ada empat orang yang jadi cikgu.
Gambar ini dirakam di rumah kami di Pondok Haji Hussain (Pak Lang) Langgar.
ARKIB SEMBANG-SEMBANG 7
Kami 3 beradik
10 Januari 2010
Salam Hari Lahir Aimi Aqilah Solhi Tagor
Salam Hari Lahir yg ke 12 buat Aimi Aqilah,
Semoga panjang umur dan tercapai segala cita-cita.
Aimi Aqilah bt Solhi Tagor adalah anak bongsu dari 5 adik beradiknya. Beliau sekarang ini adalah murid tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Alor Mengkudu dan akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini.
Semoga panjang umur dan berjaya dalam segala yang dicita-citakan.
09 Januari 2010
Bergambar Di Kedai 1975
Salam dan selamat petang,
Petang ni Angku-E post foto Angku-E dan Solhi bergambar di kedai gambar di Aloq Staq.
Pada hari Sabtu iaitu hari cuti untuk sekolah-sekolah di Aloq Staq, Kami selalu mengunakan kad bas kami untuk ronda-ronda di Pekan. Satu hari kami secara spontan mengambil keputusan untuk bergambar bersama. He he... mujur kami terpikir untuk berbuat begitu, ada juga foto dan cerita yang dapat kami kongsikan bersama anak- anak kami sekarang.
Cuba lihat kaki kami... heheh pakai selipar jepun aja, time tu mana la ada duit nak beli kasut cantik-cantik... Ni kira geng rapat la ni. Solhi dan Angku-E beserta Din geruduik atau Din Tok'Kong memang ngam habis.
Foto: Berdiri dari kiri, Zaidi anak Cikgu Enon,( Angku-E tak pernah berjumpa dengan dia dah berpuluh-puluh tahun.),
Berdiri kanan: Angku-E, lihat lah rambut tu... heheh.. baju tu beli kat Aloq staq- seringgit... haaa..
Duduk: Solhi Tagor, memang rapat ngan Angku-E, kelakar dan sangat bertimbang rasa pada kawan-kawan. Tidak pernah menyakiti hati kawan-kawan, dan tidak pernah menyimpan perasaan dendam. So good to be with.
Duduk kanan: Mahyuddin Othman aka Din Tok Kong, anak Kak Melah, jiran sebelah rumah Angku-E. Pada suatu ketika, kalau kemana pun kami bertiga sahaja. Din sekarang seorang peniaga kereta mewah yang berjaya.
Miss you Guys!
Cara-cara membuat mee 'Pak Hashim'
Kira-kira jam 4.30 pg tadi, telefon Pak Anjang berdering. Mak Ngah Kia dari Kuala Lumpur call. Bila terbangun, dah miss call dah 3 kali rupa-rupanya. Pak Anjang tengok ada nombor, tak ada nama pon. Lepas tu pulak ada mesej. Bila baca baru tau yang Mak Ngah Kia call. Dia minta Pak Anjang jemput dia di Shahab Perdana, stesyen bas ekspres di Bandaraya Alor Setar ni.
So Pak Anjang call dia balik. Nasib baik dia 'on the way', belum sampai lagi di Alor Setar. Jam 6.15 dia bagitau dah sampai. Pak Njang minta dia solat subuh di surau stesyen bas itu.
Gambar keluarga Solhi Tagor
ni gambar keluarga Solhi Tagor bin Abd.Hamid bin hj Salleh bin Hj.Khatib
berdiri dari kiri Aina mardhiah 16 tahun, Najwa Arifah 19 tahun,Ahmad Ifham 21 tahun, huda hayati 18 tahun dan aimi aqilah 12 tahun.
08 Januari 2010
Hepi Besdey Janan Salim Jamal
Salam Hari jadi Janan,
ni abang Ku-E cari lagu besdey kat Janan.
Semoga panjang umur dan murah rezki.
Janan Salim bin Jamal dilahirkan pada 8 Januari 1989 di Kucing, Sarawak. Masa itu bapanya Encik Jamal bin Haji Hussain dan ibunya Jemelah bt Saat masih bertugas di Sarawak. Anak kedua dari 8 adik beradik ini.
Janan Salim masih menuntut di Politeknik Muadzam Shah Bandar Darulaman Jitra. Beliau mesra dengan panggilan Nanan dalam anggota keluarganya dan dikalangan sepupu-sepupunya.
Semoga panjang umur dan berjaya dalam segala yang dicita-citakan.
Amin
Geng Pondok
Foto ini, AngKu-E dah remaja dah. Inilah sahabat karib Angku-E dari kecik sampai besaq.
Ada tiga orang pak menakan Angku-E dalam ni. Depa ni terlampau kamceng dengan Angku-E sampai Angku-E tak panggil pangkat pak apa-apa kat depa. Pak menakan yang Angku-E maksudkan adalah: Nizar, Solhi, Bakri, Uzed, Budin dan Eid. Pakcik Naim pun sangat kamceng dengan Angku-E, tapi Angku-E suka panggil dia Pakcik.
Nanti Angku-E akan cerita banyak kisah-kisah menarik kami bersama dalam posting akan datang.
Foto: Bergambar bersama di suatu hari raya.
Berdiri dari kiri: Man,(?), Raof, Salleh, Pakcik Naim, Ba-E, Sol(Tok Tan), Angku-E dan Mahadin.
Duduk dari kiri: Mahadi, Nizat( tengok la spek tu...), Johari, Muhammad (Mat Kongo), dan Duan.
Lagu Nostalgia
Salam dan selamat pagi.
Lagu ni Angku-E selalu dengaq waktu Angku-E kecik-kecik dulu. Waktu dulu belum ada cd, jadi pasang melalui tape recorder. Angku-E pasti lagu ini akan mengimbau nostalgia ramai anak cucu Haji Salleh terutama yang dah berumur macam Angku-E.
Untuk generasi muda anggaplah ia sebagai " time machine adventure".
Untuk semua.... Nikmati lah, Kaparinyo dari Elly Kassim.
07 Januari 2010
Cicit Haji Salleh
Ali Bhutto 1980
Ni anak menakan Angku-E yang dah jauh kaya dari Angku-E. Dia dapat nama Ali Bhutto (pronounce 'Bato') dari arwah Tok Wan Jitra dia, Arwah PakMan.
Lihatlah betapa kamceng nya Angku-E dengan anak-anak menakan.
Tapi kalau dilihat dari foto di atas, jelas bahawa Pak menakan jauh lebih hensem dari anak menakan, malahan sampai sekarang, belum ada seorang pun anak menakan Angku-E dapat menandingi kehenseman Angku-E sampai hari ini.... heee....
Foto: Angku-E bersama Ahmad Syazli Ismail.
Notice the cigarette in Angku-E's hand; baru dapat lesen hisap rokok kat rumah.
3 Generasi Hjh Mariam Hj Salleh
06 Januari 2010
Hari Raya 1976
Waktu AngkuE dan pak pak menakan AngkuE, serta kawan kawan kami di pondok remaja belia, kami akan menziarah rumah rumah saudara mara dan kawan-kawan yang terdapat di pondok secara beramai-ramai.
Pada setiap hari raya, selepas sembahyang, samaada di balai atau mesjid, kami akan mula berkumpul di rumah Tok Lang. Rumah Tok Lang menjadi rumah pertama yang wajib kami(anak-anak Kak Bedah) lawati, begitu juga dengan pupu papat yang lain.
Di rumah Tok Lang kami selalu di layan oleh 'Tok Lang perempuan' dan mak -mak menakan kesayangan kami, terutama Mak Lang Aton.
Di situ, kami akan mula berkumpul dan bergerak ke rumah Tok Su Saniah dan seterusnya ke rumah-rumah yang berada di sepanjang jalan menuju ke rumah AngkuE.
Setelah kami mula dewasa dan ramai yang terpaksa meninggalkan pondok untuk melanjutkan pelajaran masing-masing, kami tidak lagi berupaya melakukanya lagi...
AngkuE amat merindukan saat saat nostalgia sebegini.
Untuk Pak -pak menakan dan kawan-kawan sepermainan AngkuE, AngkuE ingin megucapkan salam rindu dan terima kasih kerana mewarnai hidup AngkuE ini.
Salam dari, Shukri, E, KuE,AngkuE,@anak Kak Bedah.
Foto: 'Geng Angkue' beraya di rumah AngkuE... Biar saya cuba ya, kalau salah, PakJang Nizat tolong no... Berdiri Dari Kiri: (?),Mahadi KakMelah, Majdi, Shaari Uztaz Mud, Sol(kamceng AngkuE),(?),Din KakMelah, Mahadin,AngkuE dan Duan. Tengah: Bashir dan Salleh. Duduk Depan: Pakcik Naim, Kar aka Bakri Soekarno dan Ali(Syazli)
Posting Dari AngkuE, Terima Kasih.
Hajjah Mariam binti Haji Salleh
Seorang yang amat sayang pada cucu-cucunya. Dikenali dengan panggilan Ngah Yam oleh anak-anak menakannya. Tok meninggalkan kami pada tahun 1981. Banyak kenangan manis kami bersama Tok.
Tok amat memanjakan cucu-cucu jantannya.
Saya merindui percakapan Tok yang masih pekat telo Kampar nya.
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Tok Mariam.
Foto: Tok tengah bersedia untuk ke balai (Surau).
Foto ini diambil oleh saya sendiri pada tahun 1976.
Posting dihantar oleh Angku-E, Terima Kasih.
Famili A.Shukri Elias
Salam semua,
Inilah foto terkini keluarga Angku-E tercinta.
Isteri Angku-E, Rositah Hj Ibrahim, berasal dari Machang, Kelantan, Anak keempat dari tujuh orang adik beradik. Mula berkenalan sejak semester pertama(1982) sewaktu kami sama sama menuntut di UiTM dalam bidang seni halus. Kami melangsungkan perkahwinan pada 2 Jun 1988. 'Mak Ude' adalah panggilan sayang dari anak-anak menakan. Mak Ude, seorang Cikgu Seni di Sekolah Menengah Bukit Jelutong, Shah Alam.
Anak-anak Angku-E:
Ilham Fitriah, penuntut tahun 2, program Ijazah 'Software Engineering' di Universiti Malaysia Trengganu. Kuala Trengganu.
Amna Syakira, penuntut semester 2, program Ijazah 'Seni Halus' UiTM, Shah Alam.
Nur Adibah, sedang menunggu keputusan SPM.
Fathanah Hanan, penuntut tingkatan 5 di Sekolah Menengah Puncak Alam.
Najaa Athirah, penuntut tahun 3, sekolah rendah Puncak alam.
Terima Kasih.