Blog ini dibangunkan pada 28 Nov 2009 iaitu hari yang sama diadakan Perhimpunan Perdana Keluarga Haji Salleh
Blog iko dibuek pado 28 Nov 2009 iaitu ari nan samo diadokan Parimpunan Pardano Kaluargo Haji Salleh

MAKLUMAT TERKINI

Warna hijau adalah dalam bahaso urang awak. Kok salah arok dapek dimaafkan


01/01/2011 - 1.00 pg
Selamat Menyambut tahun baru 2011. Semoga tahun baru ini lebih mendekatkan lagi tali silaturrahmi antara kita anak cucu cicit piut Haji Salleh.




Arkib MAKLUMAT TERKINI di sini
 
Jom sembang-sembang di sini. Nak komen ke, nak bagi cadangan ke, nak kutuk ke, semua boleh demi kebaikan bersama. Tolong bagi tau cucu cicit piut Haji Salleh yang lain-lain tu..
Molah sembang siko. Nak komen ko, nak bagi cadangan ko, nak kutuak ko, kasado buliah dami kabaikan basamo. Toloang bagi tau cucu cicik piuik Haji Salleh nan lain-lain tu..

03 Januari 2010

Two Thousand and Ten


Two Thousand and Ten

2010. Perbincangan kasual di halaman FacebookWhat shall we call it? O-Ten? Will it do, as what we used to call O-nine (2009) and O-eight (2009)?” ; sungguh mencuit hati. Maka tersenyum-senyumlah seorang diri di hadapan komputer riba yang usianya sudah 4 tahun ini. Topik perbincangan yang hangat setiap kali tahun baru; “Apa ye azam kamu di tahun baru ni ?”. Hurmmm…Macam-macam sebenarnya yang terlintas di benak hati terutamanya azam yang berbentuk materialistic dan individualistic. Memang seronok kalau melayan angan-angan, sebab tak perlu keluar modal sesen pun dan tidak pula mengganggu ruang privacy sesiapa.

Yang menariknya, apabila call family adik-adik sibuk bertanya… ‘’Akak, apa plan New Year ni?”…dan jawapan kebiasaannya diberi…”Alaaa, akak duk rumah je la, rimaslah nak keluar orangberasak-asak ni?”. Mama dan abah pun tak ketinggalan memberi pesanan supaya jaga keselamatan diri. Risaulah agaknya mereka tu.

Tahun baru, tahun baru! Satu fenomena besar setiap kali ia menjelma.

Mungkin sebab kita berada dalam “comfort zone”, membuatkan kita memikirkan makna tahun baru dari persepsi yang tipikal. Zon selesa sering kali menghijabkan kita daripada berfikir dari sudut pandangan lain. New Year bagi kita adalah perkara-perkara yang indah sahaja. Keseronokan. Konsert tengah malam di dataran. Ahli keluarga atau kawan-kawan berkumpul. Keramaian yang memecah tawa memang dinanti-nantikan semua. “Countdown’’ yang ditunggu-tunggu semua; “Ten, nine, eight…..” Seperti baru belajar mengira pun ada.Tak ketinggalan juga kesibukan pak-pak lebai mengintai-intai dan menghendap-hendap di malam tahun baru. Penilaian masing-masing, terpulang. But there is a saying which says; “Prevention is always better than cure’’.

Ingin saya berkongsi mengenai tahun 2010 dari persepsi lain. Al-Nakhba (catastrophe) yang juga dikenali sebagai al-Hijra al-Filasīnīya bakal mencecah usia 62 tahun di tahun 2010. 750,000 rakyat Palestin diusir dari tanah milik mereka angkara tipu muslihat Zionist pada tahun 1948, iaitu selepas Khalifah Turki Uthmaniyyah, pimpinan Sultan Abdul Hamid III digulingkan. Bermulanya dari tarikh itu, bukan sahaja saudara-saudara kita di Palestin menderita, kita umat Islam secara umumnya turut dilanda kemurungan. Mandom. Hilang izzahnya.

Jika disebut sahaja tentang Islam, kawan-kawan Mat Salleh dan MinahSalleh pastinya akan mengaitkan Islam dengan “terrorist’’, ‘’oppression towards women’’, “conservative”, “extremist”  dan segala macam label lagi. Fenomena “Islamophobia’’ begitu biasa sekali, sehinggakan Oxford Dictionary mendaftarkan maksud “Terrorist” sebagai berkaitan atau bersangkut paut dengan Jihad dan Islamic Terrorism.

Sungguh menyedihkan.

Tetapi takkan nak bersedih je. Kerja kena jalan juga. Kalau berada di Tanah Air mungkin saya takkan dengar pun berkenaan Al-Nakhba. Chris Doyle, seorang wakil Europe lebih spesifiknya wakil Britain yang berada dalam misi keamanan Asia Barat menceritakan kepada kami para penuntut di Universiti. Penyampaiannya ‘neutral’ pada pandangan saya. Banyak pengalaman yang diceritakannya dari sudut pandangan dia sebagai seorang yang menghormati hak asasi manusia. Tambahan dia bukanlah seorang Islam.

Sepanjang 61 tahun Al-Nakhba, maruah masyarakat Palestin dirobek-robek. “The settlers’’dengan sewenang-wenangnya meneroka tanah-tanah rakyat Palestin secara haram. Chris Doyle berkata “They bulldozed the Palestinians’ houses and left them the rubbles while they build new houses on the Palestinian lands”. Tambahnya lagi, “The Settlers dominate the areas of the best facilities and infrastructures and leave the Palestinians to drink sewage (air kumbahan) and deny their right to use their own land”.

Kejelekan Sang Zionist tidak setakat berhenti di situ. Mereka membina tembok-tembok yang membentuk Ghaza dan Rafah seperti penjara-penjara besar. Perjalanan rakyat Palestin disukarkan dengan segala bentuk Check Points, hatta beribadat di Masjidil Aqsa, Baitul Maqdis hampir mustahil bagi pemuda-pemuda Islam di sana. Hanya lelaki yang berusia 70 tahun dan ke atas, ibu-ibu yang bersama-sama 2 atau 3 orang anak sahaja yang dibenarkan masuk oleh tentera Zionis ke Baitul Maqdis. Alangkah sedihnya apabila kebebasan dan hak-hak asasi kemanusiaan seperti tidak wujud langsung bagi rakyat Palestin. Gambarkan perasaan kita apabila tetamu yang datang ke rumah tiba-tiba mengambil alih rumah kita dan menentukan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh kita lakukan di dalam rumah kita sendiri.

Justeru, apakah social/religious obligation yang  wajar kita semua pikul? Mendoakan mereka menjadi kewajipan. Yvonne Ridley, seorang wartawan yang memeluk Islam selepas dibebaskan daripada tahanan Taliban, turut berkunjung ke Universiti kami dan menyatakan pemimpin-pemimpin Hammas berkata kepadanya “Doa kalian, protes kalian di jalanan menjadi pembakar semangat kami’’.  Acap kali mendengar ucapan yang penuh bersemangat daripada pimpinan mereka di halaman Youtube menjadikan hati turut bersemangat, berdebar-debar dan pilu. Umat Islam di seluruh dunia mendoakan dan berharap agar akan adanya Umar Al-Khattab yang kedua membebaskan Palestin daripada Al-Nakhba ini. Izzah Islam pasti akan kembalikan. Kunci kegemilangannya berpusat di Palestin/Jurusalem.

“Percaya Untuk Berjaya”.

Insyaallah, semua umat Islam bercita-cita untuk melihat Islam bangkit kembali. Wajarlah untuk kita sama-sama menyumbang ke arah kemenangan tersebut kerana perasaan menjadi pemenang sudah tentu berbeza dengan hanya menjadi penyorak kepada kemenangan.

‘’Percaya untuk berjaya’’ slogan yang dipinjam daripada Ustaz Hasrizal sangat-sangat saya suka dan relevan. Seperti mana Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya menawan Constantinople, Insyaallah kita pasti beroleh kemenangan iaitu Islam kembali gemilang, cemerlang dan terbilang. Kata-kata motivasi Rasulullah kepada tentera-tentera Islam sewaktu perang Al-Ahzab berkenaan konsep percaya untuk berjaya, “Constantinople akan kita kuasai, sebaik-baik ketua adalah ketuanya, sebaik-baik tentera adalah tenteranya” dan janji Rasulullah ini menjadi kenyataan selepas 800 tahun kemudiannya, kerana usaha keras umat Islam ketika itu untuk melihat apa yang mereka percaya supaya menjadi kenyataan.

Membuat perubahan dalam hidup ini bukanlah suatu pilihan menurut Ustaz Hasrizal lagi, malah ia adalah suatu kemestian. Kita mesti menjadi manusia yang terbaik kerana Allah telah mencipta kita sebagai sebaik-baik kejadian. Di dalam kotak pemikiran ini tidak dinafikan persoalan ; “Bilakah Islam akan menang?”, “Bilakah Palestin akan dibebaskan?”, “Adakah aku menyumbang ke arah kemenangan Islam?’’, atau “Adakah aku hanya akan tergolong seperti manusia-manusia yang digambarkan oleh Allah di dalam surah An –Nars; Manusia berbondong-bondong masuk ke dalam agama Allah setelah dikurniakan pertolongan dan kemenangan ?”.

Apabila 2009 melabuhkan tirai, ia juga menandakan genap setahun yang lalu bumi Ghaza dibasahi darah syuhada’, jiwa-jiwa  tidak berdosa dibunuh, anak-anak menjadi yatim piatu, isteri-isteri menjadi balu dan ketika itulah umat-umat Islam seluruh dunia tersedar seketika dari tidur, menuju ke jalan-jalan menjerit-jerit “Israel laknatullah”, “Free Ghazza”, “Bush is Terrorist” dan buat sementara produk-produk Zionist diboikot secara kolektif. McDonald sunyi sepi, Star Bucks tidak dikunjungi, Mark & Spencer tidak lagi menjadi pilihan untuk membeli belah. Tetapi hanya untuk sementara sahaja perasaan amarah umat Islam kekal.

Janganlah kita lupa seketika pun kesengsaraan yang ditempuhi saudara-saudara kita di Palestin. Di kala ramai manusia bergembira yang tidak berasaskan keimanan, mereka di sana bertarung nyawa. Pastikan sekecil-kecil usaha kita lakukan, doakan mereka, boikot produk-produk Israel selagi mana kita mampu. Malulah kita sekiranya orang yang bukan beragama Islam yang berada di ‘frontlines’ menjuarai isu membebaskan Palestin seperti usaha Chris Doyle, sedangkan kita masih dibuai mimpi-mimpi. Semoga tahun 2010 (Gregorian Calendar) atau 1431 Hijriah ini menjanjikan sesuatu yang lebih baik dan positif berbanding tahun-tahun sebelumnya buat kita semua.

Berazam sempena tahun baru. Thabatkan hati.

Maryam Jameelah Aizuddin
4th Year Medical Student,
Nottingham University, Nottingham.


0 comments:

Catat Ulasan