Salam dan selamat petang,
Petang ni Angku-E post foto Angku-E dan Solhi bergambar di kedai gambar di Aloq Staq.
Pada hari Sabtu iaitu hari cuti untuk sekolah-sekolah di Aloq Staq, Kami selalu mengunakan kad bas kami untuk ronda-ronda di Pekan. Satu hari kami secara spontan mengambil keputusan untuk bergambar bersama. He he... mujur kami terpikir untuk berbuat begitu, ada juga foto dan cerita yang dapat kami kongsikan bersama anak- anak kami sekarang.
Cuba lihat kaki kami... heheh pakai selipar jepun aja, time tu mana la ada duit nak beli kasut cantik-cantik... Ni kira geng rapat la ni. Solhi dan Angku-E beserta Din geruduik atau Din Tok'Kong memang ngam habis.
Foto: Berdiri dari kiri, Zaidi anak Cikgu Enon,( Angku-E tak pernah berjumpa dengan dia dah berpuluh-puluh tahun.),
Berdiri kanan: Angku-E, lihat lah rambut tu... heheh.. baju tu beli kat Aloq staq- seringgit... haaa..
Duduk: Solhi Tagor, memang rapat ngan Angku-E, kelakar dan sangat bertimbang rasa pada kawan-kawan. Tidak pernah menyakiti hati kawan-kawan, dan tidak pernah menyimpan perasaan dendam.
So good to be with.Duduk kanan: Mahyuddin Othman aka Din Tok Kong, anak Kak Melah, jiran sebelah rumah Angku-E. Pada suatu ketika, kalau kemana pun kami bertiga sahaja. Din sekarang seorang peniaga kereta mewah yang berjaya.
Miss you Guys!
3 comments:
Hahah! pakndak sebijik mcm ifham - eh ifham sebijik mcm pakndak. org putih ckp chip off the old block
Pandai la hang acap! hahaa
Zaidi ada di alorstaq, jarang jugak jumpa dia.
Aku tengok yg depan tu dintokong!
dah jadi taukey besaq la ni!
Aku paling suka tengok kasut jepun yang hangpa pakai! class gitu! hahaaa
Catat Ulasan