Blog ini dibangunkan pada 28 Nov 2009 iaitu hari yang sama diadakan Perhimpunan Perdana Keluarga Haji Salleh
Blog iko dibuek pado 28 Nov 2009 iaitu ari nan samo diadokan Parimpunan Pardano Kaluargo Haji Salleh

MAKLUMAT TERKINI

Warna hijau adalah dalam bahaso urang awak. Kok salah arok dapek dimaafkan


01/01/2011 - 1.00 pg
Selamat Menyambut tahun baru 2011. Semoga tahun baru ini lebih mendekatkan lagi tali silaturrahmi antara kita anak cucu cicit piut Haji Salleh.




Arkib MAKLUMAT TERKINI di sini
 
Jom sembang-sembang di sini. Nak komen ke, nak bagi cadangan ke, nak kutuk ke, semua boleh demi kebaikan bersama. Tolong bagi tau cucu cicit piut Haji Salleh yang lain-lain tu..
Molah sembang siko. Nak komen ko, nak bagi cadangan ko, nak kutuak ko, kasado buliah dami kabaikan basamo. Toloang bagi tau cucu cicik piuik Haji Salleh nan lain-lain tu..

09 Januari 2010

Cara-cara membuat mee 'Pak Hashim'


Cara-cara membuat mee 'Pak Hashim'

Kira-kira jam 4.30 pg tadi, telefon Pak Anjang berdering. Mak Ngah Kia dari Kuala Lumpur call. Bila terbangun, dah miss call dah 3 kali rupa-rupanya. Pak Anjang tengok ada nombor, tak ada nama pon. Lepas tu pulak ada mesej. Bila baca baru tau yang Mak Ngah Kia call. Dia minta Pak Anjang jemput dia di Shahab Perdana, stesyen bas ekspres di Bandaraya Alor Setar ni.


So Pak Anjang call dia balik. Nasib baik dia 'on the way', belum sampai lagi di Alor Setar. Jam 6.15 dia bagitau dah sampai. Pak Njang minta dia solat subuh di surau stesyen bas itu.



Lepas solat subuh Pak Anjang pergi jemput dia dan anaknya Aufa Syukrina dan terus bawa mereka ke Pokok Sena, rumah Mak Long Nor. Sampai di sana Pak Anjang jumpa dengan Mak Long Nor, Pak Long Mad dan Tok Su Saniah, ibu Pak Anjang. Tok Su sihat saja. Alhamdulillah.

Kebetulan pagi itu Mak Long nak masak 'mee Pak Hashim'. Asal nama mee Pak Hashim ini ialah Pak Hashim yang jual mee ini sejak dari dulu lagi. Kalau tak silap Pak Anjang sejak tahun 60'an lagi. Oleh kerana keistimewaannya, nama Pak Hashim lekat pada mee ini. Orang Langgar boleh kata semua tau mee Pak Hashim ni. So macam biasalah, Pak Anjang pon tengoklah Mak Long Nor membuat mee ini.

Ni Pak Anjang nak kongsi-kongsi apa yang dirakam pagi tadi.




Inilah jenama mee yang perlu disediakan.
Mak Long Nor kata kalau nak cari,
tengok yang ada gambar dua orang
menari ronggeng ini,
jenama 'EKA'.




 Mula-mula Mak Long Nor
tumiskan yang ini. Apa isinya kena tanya Mak Long Nor.
 Pak Anjang reti ambil gambar saja.
Yang Pak Anjang nampak Mak Long Nor masukkan
beberapa ketul ayam yang dipotong kecil
ke dalam perencah tadi.



Masa tunggu perencah yang
ditumis itu masak,
Mak Long Nor merebus mee
yang dibuka tadi dalam periuk besar.



Dua bungkus mee digunakan
pagi ini. Jom tengok dekat-dekat mee yang sedang direbus dengan api yang
perlahan-lahan.



Perencah sedang ditumis,
belum masak lagi




Sambil tunggu mee direbus,
Mak Long masukkan
sos cili/tomato
 sambil mengacau
supaya rata.




Sempat jugak Pak Anjang
ambil gambar bungkusan
mee tadi untuk tatapan semua.
Manalah tau kalau nak cuba
buat jugak.Tengok betul-betul



Perencah yang ditumis tadi
ditambah kicap dan digaul.
Bila tambah kicap,
warna yang merah tadi
dah jadi hitam!.


Mak Long Nor pesan,
kalau nak cari perencah,
beli yang ini.
Ini jenama perencah yang
Mak Long gunakan pagi ini




Bahan yang ditumis tadi
dikacau sampai masak.



Kalau nampak kering
macam ni
kira masak kot?




Sambil itu ditambah sedikit
garam untuk mendapatkan
rasa masinnya.



Mak Long menekan-nekan
mee yang direbus tadi
supaya tenggelam dalam
air yang panas itu.




Sempat juga Pak Anjang
snap gambar Mak Ngah Sokkeria
dan Aufa yang
sedang berbincang sesuatu.



Sekarang, perencah tadi
sudah nampak macam
masak betul. Api dapur ditutup.



Mak Long angkat periuk yang direbus mee tadi dah menuangkan ke dalam tapis dalam sinki.
Ini untuk membuang air rebus.



Apabila mee yang direbus tadi
sudah dituang semuanya,
Mak Long kemudia jirus lagi
dengan air yang ditapis
atau 'mineral water'.



 Kemudian mee tadi
semuanya sekali
dituangkan ke dalam kuali
yang berisi perencah



Perencah itu diigaul
dengan mee.
Api dibuka dan
dibiarkan kecil.



Sekarang, kena kacau
sampai rata




Kacau 




Kacau





Kacau
dan kacau lagi
sampailah semua rata.





Kacau lagi sampai puas hati.




Masa ini baru nampak mee
jadi mee Pak Hashim walaupun
yang masaknya Mak Long Nor.





Kemudian mee dihidangkan
di atas meja makan





Dengan air teh panas,
berseleralah sarapan
pagi kami.




Ini mee dalam pinggan
Pak Anjang.
 .



Tengoklah Mak Ngah Kia yang
berselera makan.
Tok Su Saniah pun makan bersama.


Nampaknya sorang pekena
dua pinggan pagi tadi.


Lepas tu Pak Anjang pon
balik ke Langgar.
Tengok-tengok, Mak Anjang pon
buat mee jugak,
namanya Bihun Goreng Penang.





Sekian, coretan pagi ini.

Pak Anjang Nizar

7 comments:

A.Shukri Elias berkata...

Waaa... telan air liur saya tengok posting ni...
Nanti Ku-E balik Kedah, nak pi rumah Mak Long Nor, nak makan mee pak hashim laaa.. Kirim salam Kat makLong dan Pak Long, Kat MakNgah Kia dan tak lupa kat Tok Su.

Nizar berkata...

Lepas aku post posting ni, line internet aku jammed. Teruih tak boleh masuk sampai la ni baru buleh.

Ku-E, try la buat, aku tengok senang saja

A.Shukri Elias berkata...

Tak mau, saya nak yang maklong Nor buat...hehe

Acap berkata...

Susah tu nak buat kat UK nih.... mana mau cari laksa beras EKA dgn perencah tu... haha

Nizar berkata...

Minta omak poskan, sonang jo!

Maryam Jameelah berkata...

Mak aihhhh..laksa boleh digoreng rupa2nya..tak pernah eden tau..menarik~~

solhitagor berkata...

...sayangnya Pak hashim tak dan nak buat francais...kalau tak dah jutawan dia...

Catat Ulasan