Blog ini dibangunkan pada 28 Nov 2009 iaitu hari yang sama diadakan Perhimpunan Perdana Keluarga Haji Salleh
Blog iko dibuek pado 28 Nov 2009 iaitu ari nan samo diadokan Parimpunan Pardano Kaluargo Haji Salleh

MAKLUMAT TERKINI

Warna hijau adalah dalam bahaso urang awak. Kok salah arok dapek dimaafkan


01/01/2011 - 1.00 pg
Selamat Menyambut tahun baru 2011. Semoga tahun baru ini lebih mendekatkan lagi tali silaturrahmi antara kita anak cucu cicit piut Haji Salleh.




Arkib MAKLUMAT TERKINI di sini
 
Jom sembang-sembang di sini. Nak komen ke, nak bagi cadangan ke, nak kutuk ke, semua boleh demi kebaikan bersama. Tolong bagi tau cucu cicit piut Haji Salleh yang lain-lain tu..
Molah sembang siko. Nak komen ko, nak bagi cadangan ko, nak kutuak ko, kasado buliah dami kabaikan basamo. Toloang bagi tau cucu cicik piuik Haji Salleh nan lain-lain tu..

27 Januari 2010

Takziah kepada Mohd Syahir dan Ruhill Husna


Al-Fatihah

Kami menerima berita sedih ini lebih kurang jam 1.00 tgh tadi. Haji Suffian bapa kepada Mohd Syahir bin Haji Suffian telah kembali ke rahmatullah pagi tadi di rumahnya di Pekan Pendang, Kedah. Mohd Syahir adalah menantu kepada Mak Long Hajah Norhairiah A Hamid dan juga suami kepada Ruhill Husna bt Mohamad.


 Rumah Almarhum Haji Soffian di Pendang, Kedah

Almarhum Haji Soffian telah lama menderita sakit, dan aruah hanya dapat bergerak dengan kerusi roda sahaja. Mohd Syahir adalah anak bongsu Almarhum dari 10 orang adik beradik. Almarhum Haji Soffian adalah anak kepada Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Aziz Pendang, seorang ulamak yang terkenal di Negeri Kedah.

Antara jasa-jasa Almarhum Haji Soffian ialah membangunkan sebuah sekolah arab yang terletak bersebelahan rumahnya, dulu dikenali sebagai Pondok Tuan Guru Haji Abdul Aziz Pendang. Kini sekolah itu diurus dan ditadbir oleh anaknya Mohd Syahir.

Pak Anjang dan Mak Anjang sempat menziarahi jenazah di Pekan Pendang jam 4.00 ptg tadi. Mohd Syahir memberitahu bahawa jenazah Almarhum Haji Soffian akan dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Pendang pada jam 6.00 ptg ini.



Orang ramai datang menziarahi jenazah bapa Mohd Syahir

Kepada Mohd Syahir dan Ruhill Husna, semoga anda berdua tabah menghadapi saat-saat sedih ini. Banyakkan bersabar dan berdoa. Kami mendoakan agar ruh Almarhum Haji Soffian dirahmati Allah SWT dan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Amin.

0 comments:

Catat Ulasan