Salam semua,
Inilah foto terkini keluarga Angku-E tercinta.
Isteri Angku-E, Rositah Hj Ibrahim, berasal dari Machang, Kelantan, Anak keempat dari tujuh orang adik beradik. Mula berkenalan sejak semester pertama(1982) sewaktu kami sama sama menuntut di UiTM dalam bidang seni halus. Kami melangsungkan perkahwinan pada 2 Jun 1988. 'Mak Ude' adalah panggilan sayang dari anak-anak menakan. Mak Ude, seorang Cikgu Seni di Sekolah Menengah Bukit Jelutong, Shah Alam.
Anak-anak Angku-E:
Ilham Fitriah, penuntut tahun 2, program Ijazah 'Software Engineering' di Universiti Malaysia Trengganu. Kuala Trengganu.
Amna Syakira, penuntut semester 2, program Ijazah 'Seni Halus' UiTM, Shah Alam.
Nur Adibah, sedang menunggu keputusan SPM.
Fathanah Hanan, penuntut tingkatan 5 di Sekolah Menengah Puncak Alam.
Najaa Athirah, penuntut tahun 3, sekolah rendah Puncak alam.
Terima Kasih.
1 comments:
Macam ni baru betul... besar dan jelas, tak lah jenuh nak teropong.. Kepada cucu cicit yang lain2 tu hantar la gambar macam ni..TQ KU-E.
Catat Ulasan